Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 31 December 2014

GEMPAR! RUPANYA PESAWAT MALAYSIA YANG HILANG BUKAN TIGA, TAPI EMPAT! HUHUHU...

1 Dunia dimaklumkan Malaysia kehilangan 3 pesawat penumpang.
  • MH370 disebut hilang di selatan lautan Hindi Selatan. Sudah 10 bulan hilang, tak jumpa lagi.
  • MH17 hilang di ruang udara Ukraine. Siasatan mendapati ia kena tembak, lalu hancur berkecai.
  • QZ8501 hilang di ruang udara Indonesia. Kabarnya ia telah jatuh di perairan Kalimatan.
Tetapi sebenarnya 1 Dunia sudah kena kencing. Bukan 3 pesawat yang hilang, tetapi 4.

PM 1 Malaysia telah bercuti main golf di Hawai. Dia bercuti dan menaiki pesawat milik Kerajaan Malaysia jet 9M-NAA.

Tetapi apabila balik terus ke Kota Bharu. Semua orang terpinga-pinga kerana PM pulang dengan menaiki jet VIP Tentera Udara Diraja Malaysia M53-01

Ramai tertanya-tanya.

Di mana jet 9M-NAA? Di mana jet 9M-NAA? Di mana jet 9M-NAA? Di mana jet 9M-NAA?

Ini bukan jet mainan suka-suka...

Menurut Shahidan Kassim, ketika menjawab di Parlimen (tak boleh tipu, tau) dalam tempoh tiga tahun dari 2010, kerajaan telah membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan kos pembaikan jet pula sebanyak RM3.32 juta (Sinar Harian). Maknanya dalm tempoh 3 tahun, kerajaan menanggung RM106.235 juta untuk pesawat peribadi PM.

Kita juga difahamkan yang layak naik jet rasmi ini ialah YDP Agong, PM dan TPM. Permaisuri Agong dan isteri-isteri PM/TPM boleh menaikinya jika menemani suami masing-masing dalam urusan rasmi sahaja. Yong ulang urusan rasmi.

Pergi Hawaii tu cuti ke urusan rasmi?

Lepas main golf di Hawaii mengapa pesawat tak balik?

Hilang???

Ah...rupanya hilang di sini:

FLIGHTRADAR24


Agaknya urusan rasmi apa di Indianapolis tu?

Di saat blog ini ditulis, pesawat itu masih belum pulang aka hilang di Indianapolis!

********************

Esok kita akan menyambut tahun 2015...

Tok Moh boleh teropong tak, macam mana rupa masa depan Malaysia kalau pemimpin kita terus dengan pembaziran ini?

Ya tak ya jugak. Gambar beg ini perlu update:




3 comments:

  1. Perdana Menteri yang tak sedar diri dan tak tahu yang hak dan batil...buat hak sendiri harta rakyat.....

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya yg jadi PM ialah RM, sbb tu lah jet tak balik.

    ReplyDelete
  3. Kapalterbang tu ke Los Angeles untuk angkut kargo. Maklumlah barang2 yg dibeli harga juta2 kalau masuk kargo biasa tka muat. Kan ini belian New Year sales. Tak perasan pulak siapa punya barang2 tu.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.