Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 27 December 2014

USTAZ, APA HUKUMNYA MEMFITNAH ORANG KAFIR?

Ramai pengamal media sosial berkongsi berita yang diceduk entah dari mana - termasuklah yang menggelar diri Sekolah Pondok Maya. Siap dengan label lagi:

BERITA TIDAK TAHU DARI MANA

Hakikatnya cerita itu adalah fitnah:

MEMALUKN ISLAM

Walaupun sudah dinafikan sebagai fitnah, tapi gambar dan berita fitnah itu masih dibiarkan tersebar di https://www.facebook.com/pages/Sekolah-Pondok-Maya/349036898581009.

Bila sebut Sekolah Pondok, tentu kita ingat sekolah agama, kan? Tapi, adakah fitnah itu diajar dan disebarkan oleh sekolah agama?

Namun, fitnah itu bersambung:


 
FITNAH LAGI 

Posting di atas dibuat 2 jam tadi - Maknanya dalam jam 5 petang, 27 Disember 2014. Sedangkan sebelum itu DAP telah berusaha mendapat dana untuk membantu Negeri yang dilanda banjir. Lihat tarikh pada berita ini:

INI APA? (BULETIN MUTIARA)

Yong memang tak gemar dengan perangai DAP yang menyibuk bab undang-undang Islam ni. Hudud bukan nak dipanjangkan kepada bukan Islam pun. Tetapi, buat cerita atau menghebahkan cerita tentang DAP yang palsu adalah perbuatan yang langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Kalau nak pertahankan Islam dan hudud, tunjukkan akhlak Islam yang indah itu.

LKS atau DAP boleh saman pemilik laman facebook itu.

1 comment:

  1. Salam kak yong !

    yes, that's what ive been rallying since... kita kena back to basics ... Kita orang Islam (be it non-partisan, ahlul hizbullah, waliullah dalam mempertahan & mengembang dakwah Islam) ni kena buat kerja pakai otak, hati kena ikhlas & sabar, mulut nak kena jaga ( cakap tegas bertempat tapi tetap ikram sesama muslimin) .. on top of that, please, jaga ler akhlak.. sahsiah@akhlak kita kena kena tally dgn ilmu, iman, taqwa setiap individu !

    Baru kita boleh peroleh "menang" dunia & akhirat ! Allahu rabbana taqabbal du 'a a !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.