Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 21 February 2015

KALAULAH JADI DEBAT INI...

SAHUT, JANGAN TAK SAHUT 

Rasa loya tekak bila baca petikan bahasa yang keluar dari mulut Shafee. Budak-budak sekolah rendah tanya, "pasai apa cubit nenen?" 

Bagi budak-budak kecik, puting = nenen.

Tahniah UMNO/BN. Satu pendidikan sex untuk budak-budak yang berkesan!

UMNO YANG KALUT SUMBER

Dalan senario Shafee dan KJ syok bercerita kisah lucah itu, Hanipa Maidin tampil:

HANIPA MAIDIN SEDIA DEBAT DENGAN PEGUAM SHAFIE ABDULLAH.
KENYATAAN AKHBAR

SAYA SEDIA BERDEBAT DENGAN DATO SHAFIE ATAU KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA DALAM ISU KES DATO SRI ANWAR IBRAHIM

Saya mengikuti dengan penuh minat perkembangan kes Dato Sri Anwar Ibrahim ( DSAI ) khususnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan beliau dan mengenakan hukuman 5 tahun penjara ke atas beliau.

Saya dapati ada suatu yang tidak kena di dalam kes ini kerana meskipun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman ke atas DSAI , peguam Dato Shafie Abdullah masih terus mengeluarkan kenyataan termasuk menyerang DSAI di dalam akhbar dan juga yang terkini dalam forum yang dianjurkan oleh Umno.

Berdasarkan laporan media dikatakan Dato Shafie bersedia berdebat dengan mana mana peguam berkaitan isu DSAI ini. Ketua Pemuda Umno Malaysia juga dikhabarkan turut mencabar mana mana pihak untuk berdebat dengan Dato Shafie dalam isu yang sama di samping Umno dikhabarkan juga akan mengadakan program road show bagi menerangkan isu ini.

Saya merasa terpanggil dan insyaAllah bersedia menyahut cabaran Dato Shafie atau Ketua Pemuda Umno tersebut dan bersedia untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Dato Shafie sendiri atau Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu tersebut.

Maka saya berharap jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua mudah mudahan satu sessi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut.

Bagaimanapun perdebatan tersebut hendaklah diadakan di mana mana Universiti Awam di negara ini dan hendaklah juga dalam masa yang sama disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3 supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli ahli panel.

Jika Dato Shafie tidak selesa untuk berdebat dengan saya, saya bersedia berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu yang sama.

Sekian, terima kasih.

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG

Tapi Nancy Syukri cepat-cepat "cover line" dengan kenyataannya:

AGAK KAMU BERANI KE DEBAT DENGAN MAJLIS PEGUAM NI? (TMI)

Kenyataan Nancy Syukri "melarang" Shafee dan KJ dari membuat roadshow itu boleh ditafsirkan juga sebagai "melarang" debat dengan Hanipa Maidin.

Maka Shafee dan KJ boleh gunakan larangan ini untuk tidak menerima cabaran debat Hanipa Maidin. Jadi, nampaklah demer tu bukan penakut, tapi menghormati arahan pemimpin. 

Nampak tak?

Tapi Yong heran....Kenapa Hanipa Maidin yang bersuara? Kemana pergi pejuang Undang-Undang Hudud? 

Kenapa senyap sepi sampai peniti jatuh ke lantai pun boleh kedengaran bunyinya?


Kalaulah jadi debat ini...

Boleh masuk rekod Dunia. Negara lain debat tentang isu ekonomi. Kita debat tentang liwat!

Semakin semarak demokrasi versi 1Malaysia!

Mana perginya "pejuang-pejuang" Islam lain dalam PAS?

Oh...mungkin sedang sibuk membuat persediaan debat malam ini.

Debat apa tu?

Tunggu malam ini.





7 comments:

  1. Tapi Yong kenapa tak dapat menerima fakta yang dalam dubur Saifol terdapat DNA Anwar ? Berat tu Yong tapi kerana faktu tu merupakan fakta saintifik, kita terpaksa menelan nya walaupun pahit. Yong tak marahkan kalau saya pun kata Anwar sememangnya seorang peliwat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Labu8455

      Jika ada kenalan menumpangi kereta anda dgn motif yg anda tidak ketahui, lantas menyelitkan dadah dlm kereta anda itu. Selepas 3 hari dia melaporkan kpd polis anda memiliki dadah, setelah diperiksa dadah itu masih ada dlm kereta anda, sebabnya tak kan anda sentiasa membersih setiap pelosok dlm kereta dan setiap ketika pula. Jadi, tolong huraikan bagaimanakah anda hendak menafikan kewujudan dadah dlm kereta anda itu, sedangkan nama pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

      Delete
    2. Salam Labu8455

      Sila buka link ini. Semoga mendapat pencerahan:

      https://www.youtube.com/watch?v=AWA2DgCTiLA

      Delete
  2. DNA bukan air mani Beza tu Labu8455 . DNA bolih ambk dari mana2 bekas Anwar

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong

    Terdapat beberapa attribute yg menjurus menjadikan entiti UMNO itu unik, antaranya rasuah, fitnah, boros, penyalahgunaan kuasa, bangang (ini Najib beritahu dlm PAU 2014 lalu), memecah belahkan kaum termasuk kaum sendiri dan terdapat beberapa lagi attribute yg benar2 sinonim.
    Opsss... tertinggal pula nak nyatakan attribute yg penting lagi satu iaitu porno, porno, porno....until endless possibilities.

    ReplyDelete
  4. Apa yg dihujahkan oleh anwar dan barisan peguamnya serta hujahan saiful dan pendakwaraya terdapat dalam alasan penghakiman sebelum hukuman dijatuhkan. Ada mana2 hujahan peguambela anwar yg tercicir? Kenapa susah sangat nak terima hakikat bahawa peguambela anwar gagal menjalankan tugas dengan baik bagi membela anak guamnya, malah memberi nasihat yg salah kpd anak guam ketika diperintah membela diri. Hakikat liwat berlaku telah disahkan oleh mahkamah berdasarkan bukti dan tidak disangkal oleh barisan peguambela anwar. Masa yg amat panjang dalam proses keadilan kes ini dah pecah rekod, kenapa tidak gunakan masa yg teramat panjang ini untuk sediakan pembuktian dan fakta lengkap bahawa anwar tidak terlibat. Teori konspirasi patut disertakan dengan bukti, bukan hujah kosong tanpa bukti relevan. Dengan mengaitkan mana2 individu dengan konspirasi perlu dibuktikan dengan fakta, bukan auta. Semasa siasatan kes, kenapa penyiasat jude pereira cuba dipengaruhi agar bersetuju dengan skrip yg disediakan oleh bos mywatch mesra anwar? Berhentilah bertekak, terima sahajalah keputusan samada gembira atau berduka. Shafie berhenti bersyarah dan yg tidak setuju keputusan juga perlu berhenti berdrama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah dah tunjuk balasan kepada yang menzalimi dan menganiaya orang.... masihkah kita tak terfikir....

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.