Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 22 February 2015

MULTAQA ULAMA 2015 IBARAT SAMBUNGAN MUKTAMAR PAS KE 60

Ini luahan isi hati Yong:

Muktamar PAS ke 60 telah ditangguhkan. Ramai yang pulang membawa kenangan pahit - Segerombolan budak-budak keluar dewan semasa Timbalan Presiden PAS Mat Sabu berucap, kesahihan kedudukan Ketua Pemuda PAS dicabar, doa laknat dan ahli jemaah dituduh barua dan broker.

Tetapi Muktamar itu seperti belum selesai. Masih ada yang belum habis melepaskan geram dan menghentam. 

Nasib ada Multaqa Ulama Se Malaysia. Lalu jadilah ia platform yang digunakan untuk menyambung maki hamun yang belum selesai semasa Muktamar ke 60 dahulu.


Macam mana rupa syaitan itu?

Lihatlah gambar lama ini. Siapakah mereka yang di dalam gambar lama ini?

Di manakah "ulama" yang pakai Vellfire, Honda Oddysey, BMW... pegang jawatan dalam GLC  etc... ketika insan-insan dalam gambar ini bertarung dengan pemerintah yang zalim demi melestarikan PAS dan mempertahankan perjuangan Islam?

Sekarang kamu gelar mereka dengan gelaran yang jelek - Jebon, Pengkhianat, Syaitan dan Babi. 

SUMBER

Tidakkah kamu malu?

Begitu besarkah jawatan yang kamu kejar/pegang itu sampai sanggup menghina rakan sejemaah dan  membuat tuduhan-tuduhan yang kamu sendiri tidak jelas.

Dan segala tohmahan ini akan kamu jadikan bekalan semasa Pemilihan Pucuk Pimpinan PAS dalam Muktamar ke 61 nanti?

Mohon kamu fikir!

Sekian.


10 comments:

  1. Orang gila selalu mengatakan orang lain yang gila...begitu juga golongan yang mudah menuduh orang lain syaitan, sebenarnya merekalah syaitan yang memakai serban lagi bangang!

    Bersihkan parti dari syaitan-syaitan kemaruk kuasa dan kurang akal ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul

      Mohon Allah SWT lindungi kita dari musibah ini

      Delete
  2. Base kampung teman, oghang ghope ni deme kate jenih tak sedo dighi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad

      Setuju. Kalau iapun tak suka, kenapa menjerit-menjerit dalam mesyuarat mengata orang itu begitu begini? Itu akhlak Islam ke?

      Ini macam mengata dulang paku serpih jer.

      Delete
  3. Mereka bersidang....kenapa orang lain yang sibuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam antahberantah

      Tolong yer. Yong bukan orang lain.

      Yang orang lain ialah ahli UMNO/BN dan yang sejenama dengan gerombolan itu.

      Delete
    2. mestilah orang yang kena sibuk sebab ulamak yang besidang sedang sedang gila babi.kalau kau tak nak sibuk kau joinlah mereka.

      Delete
  4. betuike pasma ada keluarkan senarai 50 nama2 yg mesti disingkirkan dlm muktamar akan dtg? sumber dr tranungkite. boleh caye ke?

    aku rasa ini fitnah puak2 serban yg otak tak terdedah kpd realiti. pakai serban tapi suka label org anjing, babi, barua, pengkhianat, dsb. selama hidup aku ni tak pernah jumpa nas al-Quran atau hadis yg menghalalkan apa yg mrk buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MrXYZ

      Kenapa tanya Yong?

      Kalau diorang tu bagus sangat apa takut?

      Kita dah tengok senarai itu ia serupa pengakuan dari demer sendiri yang demer tu tak perform sebenarnya.

      Delete
  5. Ajor teman jadi orang yang tak suka kena benci dan membenci supaya semua orang pun suka.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.