Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 9 February 2015

PIJAK GAMBAR PEMIMPIN SENDIRI - SILA AMBIL TINDAKAN DISIPLIN

Entah apa penyakit yang sudah diserap. Benci pada pemimpin sendiri sampai perangai kalah UMNO.

GAMBAR YANG MEMALUKAN

Gambar di atas telah berlegar-legar dalam media sosial. Tentu diambil sendiri oleh yang melakukannya. Tujuannya pretty obvious. Untuk melahirkan perasaan menyampah orang yang memijak itu dan dikongsi dengan warga media sosial.

Tetapi dia sebenarnya sedang memalukan organisasi yang dia menjadi ahli. Ini kerana tiada ajaran yang membenarkan ahli melakukan perbuatan biadap tersebut terhadap pemimpin sendiri.

AJK Disiplin PAS tak boleh berdiam diri. Tindakan disiplin wajar diambil terhadap pelaku-pelaku ala samseng ini.

Berikut petikan Perlembagaan PAS yang diterbitkan oleh peguam Zulhazmi Shariff yang boleh digunapakai untuk membawa pelaku-pelaku tersebut ke muka Jawatankuasa Disiplin PAS:


FASAL 82 PERLEMBAGAAN PAS - TATATERTIB PAS

Fasal 82 (1) memperuntukkan bahawa semua ahli PAS hendaklah :

a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS.

b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.

c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.

d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.

e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.

f) Mengamal akhlak Islam.

g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.

h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Mengapa bukan pemimpin PasMa yang diambil tindakan tatatertib?

Menurut Zulhazmi Sharif:

"Fasal 82 dan seluruh peruntukkan Perlembagaan PAS tidak menyebutkan bahawa menukar Presiden ialah suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib. Jika benar sekali pun ada komplot atau gerakan terancang atau apa saja istilah untuk menukar Presiden, ianya bukan suatu kesalahan tatatertib mahu pun kesalahan syarak. 

Tetapi apabila melakukan sesuatu perkara yang boleh mencemarkan imej parti, merugikan parti maka ianya adalah suatu kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib" (Zulhazmi Sharif).

Sebaliknya, ahli PAS selama ni tidak dilarang untuk menganggotai NGO-NGO termasuk ISMA, ABIM, ANAK dan juga yang tidak meletakkan Islam dalam objektifnya seperti Persatuan Ibu-Bapa, Kesatuan Sekerja dan lain-lain.

Dr Hatta Ramli telah lama berjuang dalam PAS. Dia tidak segan turun berdemonstrasi menentang ketidakadilan Kerajaan yang dipegang BN, contohnya BERSIH. Selain dari itu Dr Hatta juga sinonim dengan kerja-kerja kebajikan dan misi kemanusiaan antarabangsa sejak awal tahun 1990an lagi.  

Lalu, apakah sebenarnya kesalahan Dr Hatta?
ENGGAN MENJENTIK

Jangan samakan memijak gambar pemimpin ini dengan memijak gambar Benjamin Netanyahu.


4 comments:

  1. NAK HERAN APA BRO. PUAK HARAM JADAH UG YANG BERCAKAP GUNA ALQURAN DAN HADIS INILAH PEROSAK PAS. PUAK PRESIDENG BANGANG NI KEBAL DALAM PAS.. SEMUA MSUPUN SAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seburuk umno ahlinya tak pijak gambar pemimpin sendiri...kesimpulannya perangai ahli pas lebih teruk dari umno

      Delete
  2. adakàh puaak pro pasma taat pemimpin?maki tuan presiden depan ahli pakatàn semasa krisis mb selangor.medahului pakatan drp kepentingan parti sendiri.tengok cermin bro.

    ReplyDelete
  3. Bro? sapa pulak bro kat sini? haha

    Salam buat KAK Yong.

    Jika kita lihat daripada nilai pandangan ALLAH apa saja perbuatan yang buruk akan tetap dikira berdosa - tak kira sapa dia ler.

    Buruk perangai, mulut longkang tu semua manifestasi "busuk hati" @ hati ada sakit. Penyakit batin ni kena balik jumpa doktor pakar... iaitu hadap & rayu keampunan, penyembuhan & selain mintak restu hidayah ALLAH Rabbul Jalil !

    Yang bangkang, protes pun kena jaga adab kita orang Islam. Kut dulu tu kita teruk, udah ler tu..tukor, tobat jangan buat perangai buruk tu lagi.

    Having said that... TGHH, Mustapha Ali & yang lain-lain "sekepala" dengan demer tu, boleh ler "berehat". Enough is enough. Mind you !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.