Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 9 February 2015

LEPAS PIJAK GAMBAR, TIMBUL SURAT PALSU PULAK (GAMBAR)

Petang tadi sekeping surat diselitkan dalam komen-komen di media sosial. 

SURAT PALSU 


Tak dan beberapa jam, timbul kenyataan bahawa surat dari Presiden PAS itu adalah palsu!

PENAFIAN SU (MALAYSIAKINI)

Kelmarin SU Agung PAS menafikan kewujudan usaha kumpulan tertentu yang diketuai Dr Hatta untuk menggulingkan Presiden.

Hari ini SU Haji Hadi menafikan ada mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan kes Anwar Ibrahim.

Siapa pulak yang berani buat surat palsu Presiden PAS ni?

Yong pasti surat palsu ini kerja kumpulan yang ingin memburukkan lagi hubungan antara PKR dan PAS. 

Apapun Yong bersangka baik. Ia bukan kerja ahli PAS yang takut kepada Allah (SWT). 

Ahli PAS yang istiqomah dalam perjuangan dan takut kepada Allah (SWT) tidak akan bertindak liar,  memfitnah, pijak gambar pemimpin jemaah, pukul ahli jemaah dan buat surat palsu Presiden jemaah.

Tak kisah sama ada dia pakai songkok tinggi atau serban, kalau perangai begitu maka dia bukan kawan sepakatan kita. 

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.