Entah di mana makcik ni hibernate. Hari ini meletup.
Mungkin ada yang kata dia meletup sebab dia orang Chedet. Sebagai orang Chedet yang menangis-nangis masa Chedet nak letak jawatan dulu, mesti sokong Chedet dan belasah Najib.
Tapi ada betulnya apa yang disebut oleh makcik Tan Sri ni.
Elak keliru, beri senarai barang dikecualikan GST, kata Rafidah
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 31 March 2015 6:58 AM
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015. Putrajaya perlu menghentikan pendekatannya sekarang dalam mendidik orang ramai mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sebaliknya segera mengeluarkan senarai barangan yang dikecualikan cukai dalam setiap akhbar harian di negara ini, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok.
Katanya, kebergantungan Putrajaya terhadap penggunaan kartun, papan iklan dan istilah teknikal seperti "kadar sifar" untuk menerangkan GST selama setahun yang lalu menjadikan orang ramai, termasuk dirinya, lebih keliru berhubung cukai baru itu.
"Saya secara peribadi berfikir pada masa ini kita perlu ada senarai penuh kategori yang dikecualikan GST, supaya orang ramai tahu barangan mana yang tidak dikenakan cukai.
"Ia patut dihebahkan di semua akhbar, dalam semua bahasa dan tidak perlu menggunakan bahasa teknikal," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Masalah kita selama ini ialah, penjelasannya yang kabur, kerajaan menggunakan sumber atau pendekatan berbeza dan kebanyakannya terlalu teknikal.
"Sebagai contoh, siapa yang faham maksud 'kadar sifar'? Kenapa mereka tak guna istilah 'tak kena GST' atau 'no GST'. Ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati."
Rafidah berkata, penting juga bagi Putrajaya menjelaskan dahulu barangan yang tidak dikenakan cukai supaya pengguna tidak terburu-buru membeli awal-awal barangan yang tidak perlu kerana risau akan GST.
Katanya, dengan adanya sisipan akhbar menerangkan senarai itu, ia membantu pengguna mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak sepatutnya terlibat dengan GST.
"Katakan pada 1 April, saya baca surat khabar kata, sabun tidak dikenakan cukai. Kemudian saya ke pasar raya lihat mereka masih mengenakan caj 6% untuk sabun. Nasib baik ada sisipan akhbar itu, saya tahu mereka menipu, dan saya boleh buat laporan.
"Lupakan kod yang pelbagai, istilah teknikal dan sebagainya. Semua itu tak relevan," katanya.
Rafidah berkata Putrajaya boleh membiayai sisipan akhbar itu kerana kos yang terlibat akan jauh lebih rendah berbanding memasang papan iklan besar seluruh negara mendidik rakyat tentang GST.
"Suatu ketika dulu, ada papan iklan dekat rumah saya mengatakan pendidikan dikecualikan GST. Malah ada lukisan kartun. Saya fikir, apakah maksudnya itu? Adakah yuran universiti atau tuisyen dikecualikan GST? Bagaimana dengan buku, komputer atau alatan sekolah?
"Daripada berbelanja untuk semua papan iklan ini, lebih baik mereka menyediakan senarai penuh barangan yang tidak dikenakan cukai," katanya.
Bekas ketua wanita Umno itu berkata pendekatan berbeza harus digunakan kepada peniaga supaya mereka dapat menghitung bagaimana GST memberi kesan kepada mereka, dan menggesa Putrajaya mengadakan pertemuan dengan persatuan peniaga.
"Sekarang nampak macam tiada usaha yang diselaraskan. Itu saja masalahnya. Saya tidak mempersoalkan cukai itu, ia langkah yang baik untuk merasionalisasikan cukai.
"Tetapi rakyat belum biasa dengannya, ada yang mengambil kesempatan darinya, dan ia menyebabkan kekeliruan dan aktiviti menyimpan barangan," katanya.
Salah satu usaha Putrajaya mendidik orang ramai mengenai GST baru-baru ini dilaporkan menerima kritikan hebat dari pengguna Internet selepas ia menjadi viral.
Satu video muzik, dikatakan dibuat Jabatan Kastam, memuji-muji kebaikan melaksanakan GST. Ia dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggapnya "menyedihkan", "takda kualiti" dan "mengingatkan pada tahun 70-an".
Komen yang mengulas video yang disiarkan di YouTube itu, ada yang bernada tidak percaya dan ada yang secara terang-terangan naik marah.
Dalam pada itu, bagi memudahkan tempoh peralihan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam memantau harga barangan selepas GST bermula.
Terletak di Presint 2, Putrajaya, bilik gerakan itu juga akan menerima aduan dan laporan daripada orang ramai mengenai hal berkaitan GST. – 31 Mac, 2015.
- TMI
Yong tidaklah extreme dengan menganggap semua sistem percukaian itu menindas. Mana negara nak top-up hasil pendapatannya kalau tiada cukai langsung?
Tetapi, melepaskan diri dengan menganggap cukai satu sedekah juga adalah sangat lucu. Orang miskin patut mendapat sedekah bukan memberi sedekah.
Walau bagaimanapun sistem percukaian termasuk GST harus dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira semua sudut "stakeholders" - peniaga dan pengguna.
Tetapi, melepaskan diri dengan menganggap cukai satu sedekah juga adalah sangat lucu. Orang miskin patut mendapat sedekah bukan memberi sedekah.
Walau bagaimanapun sistem percukaian termasuk GST harus dilaksanakan secara teliti dengan mengambil kira semua sudut "stakeholders" - peniaga dan pengguna.
Buat propaganda memuji-muji (GST) hanya dianggap sebagai percubaan memperbodohkan rakyat dan sangat menjijikkan.
Maka kita berbaliklah kepada konsep ketelusan untuk tadbir-urus yang baik (transparency for good governance).
Sebuah dasar yang bagus, jika dilaksanakan dalam keadaan "kelabu asap" maka hasilnya akan jadi "kelabu asap" juga.
DeeDee Yong...
ReplyDeleteBagi gua yang duduk kat Cukai Kemaman nih... dah tak kisah pon bab Cukai nih... Hari-hari diCukai.... Hahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Assalamualaikum Yong
ReplyDeleteJika sisipan tersebut hanya boleh didapati dengan membeli Utusan sahaja, pasti jualan akhbar tersebut melonjak buat seketika. Bagi mereka yang tidak pernah beli pun akan beli, walaupun sekali.