Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 17 May 2015

DR MAHATHIR SELAMBA JER TIBAI NAJIB (VIDEO)




Sumber: Mazhar Yusof II

Kata Dr Mahatnir dipetik dari Malaysian Insider:

"Banyak sangat kesalahan Najib yang saya hendak cerita ini, dan saya yakin penuh kalau dia pimpin, dia akan kalah. Apabila kalah, hendak pulih balik Umno, saya fikir tamatlah."

"Bapanya tubuh Umno, anaknya nak tanam Umno," 

Menurut perhitungan Dr Mahathir Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam PRU akan datang jika terus dipimpin Najib. Sebabnya rakyat sudah muak dengan style kepimpinan Najib. 

Kalau Najib ditukar, ada kemungkinan kerosakan dalaman ini boleh dipulihkan dan BN akan kembali kuat.

Adakah Presiden PAS Haji Hadi dan Mursyidul AM Haron Din takut BN akan kuat lalu begitu bersungguh-sungguh Najib dikekalkan?

Takkan PAS ada pemimpin yang penakut?

Bukankah PAS ada jentera yang besar yang boleh digerakkan untuk melawan kekuatan BN tak kira siapa pemimpin UMNO?

MASIHKAH KAU INGAT?

Dulu beriya-iya pertahankan Khalid Ibrahim kerana kononnya PAS sangat kuat. Sekarang pertahankan Najib kerana takut kalah?

Jangan buat lawaklah. Tak lucu taw!


5 comments:

  1. Assalam Yong,

    Pas dibawah kepimpinan Hj Hadi lemah dan ramai ahli Pas yg keliru kerana tidak ada visi yang jelas. Harap perwakilan akan gantikan dengan UAA.

    ReplyDelete
  2. Banyak ahli PAS ini macam ahli UMNO iaitu terikut2 dan tak boleh berfikir secara resional. Mereka cukup wala' kepada Presiden, macamlah presiden mereka itu tak pernah buat silap.

    ReplyDelete
  3. Salam prof.

    TGHA's, Us. Harun Din responses just make Najib look a good PM ! How ironic !

    Better mind their own bizZZ-ne$$ ! haha

    ReplyDelete
  4. Kelemahan orang Islam masa ini ialah malas berfikir, hanya terima sahaja apa yang disuap. Itu sebab orang Islam mundur dari bangsa lain.

    ReplyDelete
  5. Salam yong
    Teman cadang kn perlembagaan PAS di ubah,wala kpd presiden di utama kn..sape bertanding jwtan presiden di pecat serta merta..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.