Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 12 June 2015

MENGAPA TIADA YANG PERTIKAI ZETI AKHTAR AZIZ SEBAGAI GOVERNOR BANK NEGARA?

Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik jadi Governor Bank negara pada tahun 2000. Semua parti menyambut baik lantikanya. Tidak timbul soal dia datang periods atau tiada kebolehan. 

Berdasarkan biodatanya, kelayakan Zeti Akhtar memang hebat. Dia mahir dalam bidang aliran modal dan implikasinya terhadap dasar monetari. sebab itu Chedet lantik dia. Pada tahun 2013, Zeti Akhtar telah diberikan "Gred A" untuk kali ke-10 oleh majalah Global Finance. Anugerah itu dikongsi bersama gabenor bank pusat Filipina 'Amando Tetangco, Jr dan Bank Pusat Taiwan Gabenor Perng Fai-nan.  Penilaian ini dari kalangan gabenor bank pusat lebih daripada 50 buah negara utama. 

Tetapi kenapa prestasi negara Malaysia tumbang macam pokok nangka yang sedang sarat berputik dilanda ribut?

Dr Mahathir pilih Pak Lah. Lepas tu dia kata Pak Lah tak efisyen. Dia jatuhkan Pak Lah.

Dr Mahathir pilih Najib. Lepas tu di kata Najib tak efisyen. Dia sedang berusaha menjatuhkan Najib.

Dr Mahathir pilih Dr Zeti Akhtar Aziz. Tapi Dr Mahathir sikitpun tak salahkan Dr. Zeti. 

Ini kerana Dr Mahathir tahu puncanya negara jadi begini ialah kerana kuasa membuat keputusan itu dipegang oleh ahli politik.

Dr Mahathir pegang pucuk pemerintahan negara ini selama lebih dari 2 dekad. Siapa yang lebih faham sepak terajang politik Malaysia selain dari dia?

Ooh? Ada seorang lagi yer? Tapi orang itu dalam penjara sekarang.

Jelas apa yang berlaku di Malaysia (masalah 1MDB, lembu dan kondo, TEKUN, Tabung Haji, KWSP, Felda, Tabung Pencen etc...) berlaku kerana masalah tadbirurus oleh ahli politik UMNO.

Sebab itu ditubuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin serta penyokong bersusah-payah nak jatuhkan UMNO. PR sokong Bersih. Rakyat disimbah air kimia. Dikejar FRU. Dipukul polis.

Ada yang ditangkap polis dan ada yang dipenjara.

Itu belum kira lagi yang digigit kerengga kerana memanjat pokok masa nak pasang bendera. Atau yang adik-beradik masam muka sebab tidak menyokong parti sinun.

Tetapi ada lebai PAS yang tak menghargai pengorbanan ini. Tak jelas. 

Sampai dikata cemburu PAS berbaik dengan UMNO.

AKU KAWAN UMNO, KAU ADA?

Kalau UMNO itu satu parti yang hebat, mungkin ada yang cemburu. Tapi kalau pemimpin UMNO itu dipertikaikan oleh ahli sendiri, siapa yang cemburu?

Mujur Dr Zeti Akhtar Aziz bukan Menteri UMNO.

Kalau dia menteri UMNO maka tahap dia macam menteri CGPA 3.85 sajalah jadinya.

Diharap Dr Zeti Akhtar Aziz bertindak tegas mengenai isu yang berkaitan dengan 1MDB.





6 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Aperlah sangat kuasa yang ader pada seorang Gabenor BNM... Semua tindakan dier boleh dioverrulledkan Perdana Menteri sesuka hatinyer... Mahathir Mohamed tahu benda nih.... Hahaha

    Kalo Gabenor BNM tue ader kuasa.. Dah lama dier sekat pengaliran dana dari Malaysia ke luar negara yang dibuat oleh orang politik.... Ooops... Bukan UMNO/BN ja yang sorok duit kat luar negara.... Hahaha... Parti siku dan lutut punya worang pon ader gak.... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak yong & bhai SysOp !

      Kepimpinan apa barang bila masih sanggup menipu cakap tak pernah khianat kawan sesama PR bila dah janji@tahaluf siyasi ? Uh oh kita ker yang silap selama ni ? Agenda UG yang pakat diam-diam dengan UMNo tanpa perkenan semua rakan komponen PR tu bukan KHIANAT ker namanya tu? Phew ... Celakalah bila kepimpinan diberi kepada yang tak layak !!

      Please come to term, pahamkan dulu apa makna "Khianat, tipu" ..entah entah applicatioan of "rasuah, hadiah" pun demer ni tak reti beza kot?

      Pity the fools who keeping buying his utter BS words ! Get a grip !

      We can only hope for improvement all but awaiting with bated breath !

      Delete
    2. Salam C++ & Hanz

      Syukur! Belum lagi tandatangan Najib keluar kat duit kita. Masih tandatangan Governor.

      Huhuhu...Huuuuwaah!

      Delete
    3. Hanz kau kena buka minda sikit.siapa mulakan pergaduhan ini,DAP lah dari zaman karpal sing lagi tak terima hudud.hinggakan ia pernah berkata langkah mayat dia dulu.skrg tuduh pas khinat tahalul siasi.masa langkah kajang kenapa tak kata khianat tahalul siasi.boleh jalan dah

      Delete
  2. Salam yong

    masyallah dlm blog kami setiap hari kami persoal dan terajang oh zeti tiba tiba ko biol...


    cuma baru hr ni kak yong perasan ...anyway tahniah


    zeti adalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Hahaha...

      Sabor dik. Kalau Zeti kata hitam, Najib kata putih, Zeti boleh buat apa? Resign. Itu saja. Who will be the next governor?

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.