Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 10 July 2015

LEPAS FACEBOOK KENA TUTUP, TWITTER PULAK ERK?

Baru-baru ini riuh-rendah dalam media sosial kononnya ada ura-ura kerajaan nak tutup facebook. Tadi Shabery Cheek memuatnaik statusnya dalam facecebook miliknya:

FB SHABERY CHEEK 

Senang cerita mamat ini sudah u-turn. Tetapi kenapa kaitkan dengan Dr M?

Bayangkan Facebook ini adalah sebuah rangkaian sosial terbesar di dunia. Di belakangnya MySpace, di tempat kedua. Data terkini menunjukkan terdapat 1.2 billion pengguna aktif di seluruh dunia. Dibuat pada tahun 2004 oleh mamat Yahudi, Mark Zuckerberg, Facebook telah berkembang menjadi platform popular yang digunakan sebagai buku harian peribadi, mempromosi perniagaan (syarikat besar atau kecil), menghubungkan bos dengan pekerja, memenangi hati pengundi dalam pilihan raya tahunan, mencari orang hilang, maklumat keselamatan, menyusun pergerakan protes dan sebagainya. 

Seperti Twitter, Facebook dibangunkan menggunakan perisian OS. Facebook boleh dipasang pada telefon bimbit yang menjadikan ia mudah bagi pengguna untuk menyambung kepada orang lain, mengemaskini dan menyemak maklumat terkini. 

China yang penduduknya 1.36 billion memang tak hairan dengan Facebook.

Kalau Facebook ditutup, siapa yang pening kepala?

Rakyat tak pening. Rakyat yang dahaga berita akan berpindah kepada MySpace, Twitter, Whatapps dan Telegram. 

Takkan nak haramkan semua itu?

Bila haramkan semua applikasi itu, siapa yang pening kepala?

Tentunya bukan rakyat, tapi bos-bos syarikat Telco yang mengendali Wifi dan bos-bos lain. Ini belum lagi migrain yang akan dideritai oleh pemimpin politik (Kerajaan dan Pembangkang) yang mengalami kesukaran berhubung dengan penyokongnya.

Rakyat boleh guna sms untuk berhubung antara satu sama lain.

Takkan sms pun nak haramkan juga?

Dr Mahathir senang cakap. Sebab dia tak duduk dalam kerajaan. 

Tolong erk. Yong mengalu-alukan kenyataan ringkas Shabery Cheek ini bukan bermakna Yong mempromosi Kerajaan Perpaduan dengan UMNO yer.


4 comments:

  1. Assalamualaikum Yong

    Jika Shabery Cheek mengarahkan supaya facebook ditutup, yang tentu meroyan panas satu badan adalah FOBN. Apa tidaknye, jarum tak boleh nak jalan dan nak kalihkan fokus tiada medianya pula. Nak tampar orang lain alih-alih anak sendiri pun terkena juga, tak ke haru.

    ReplyDelete
  2. umah kamu pakai PARABOLA, umah rakyat kamu SEKATSEMUA. dasar menteti otak di kepala lutut.

    ReplyDelete
  3. Salam kak yong !

    Dr.M who? haha .. he better just change the diaper.. ops ! Stop it, just change the broken record@ tune ! LIke you care for us all this whilst? Dia cuma takut BN gonna pay the price in coming GE14.. BUT thanks to some idiots-cum-bigots in PAS rendering them lifeline.

    Alas many "majority" the like of Wan Rosli are just so thick or tardy? to understand how the narrative of hypocrisy of some of their top dogs !

    Rue no more di padang masyar, depan Allah manti coz' defo NO chance in hell. We just have to make the most of it !

    haha well tak ape ler kite sabor aje... move on...no pain no gain.. we'll be having the last laugh ! InsyaAllah !

    I am a non partisan effective, hmm, now ! hehe .. no need to "pecat" me.

    ReplyDelete
  4. Hanz Azdi
    Bahasa yang anda gunakan termasuk dalam kategori 'rojak'. Bahasa Inggeris pun lintang pulang. Stick to standard Malay. That way you will commit less grammatical errors.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.