Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 18 July 2015

SAMY VELLU MENGHINA MUHYIDDIN YASIN DAN DR MAHATHIR

Bekas pemimpin India yang muntahkedarah duit rakyat entah kerja apa di India tu boleh masuk program TV maharaja lawak rasanya.

RAJA LAWAK (BHARIAN)

Siapa paling vokal menyerang Najib kalau bukan bos dia dulu? Kalau bukan Dr Mahathir jadi PM dulu, agak-agak dia di mana ya?

MAHATHIR CABAR NAJIB (CHEDET)

Ada versi Bahasa Malaysia. Pergilah ke link di atas.

Itulah sikap pemimpin BN (dan bekas pemimpin BN). Bukan peduli mana betul mana salah. Siapa yang berkuasa, itulah yang harus dijilat.

Dr Mahathir mencabar supaya dirinya ditangkap. Apa lagi, tangkaplah. Mengapa susah payah mencari pemimpin pembangkang? 

Samy Vellu memang menghina Dr Mahathir yang berpuluh tahun memberi dia peluang walaupun kaum India ramai yang terpinggir sehingga mereka ramai-ramai meninggalkan MIC dan membentuk parti lain atau masuk parti lain. Dari 9 kerusi Parlemen dimenangi dalam tahun 2004, kini tinggal 4. Dia sendiri kalah di Sungai Siput dalam tahun 2008.

MIC menjadi parti yang melukut di tepi gantang. Apa yang harus dibuat selain mengampu?

Sebenarnya kalau Najib turunpun yang akan ganti ialah Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO.

Adakah maksud Samy Vellu kalau Muhyiddin Yasin jadi Perdana Menteri Malaysia akan jadi mundur?

Kalau begitu, lebih baik lagi seruan Mat Sabu:


Bagi peluang parti lain pulak memerintah Malaysia. Perdana Menteri dari parti lain. Baru Malaysia boleh maju. 

Bukan Yong cakap. Inilah maksud Samy Vellu. 

Lebai-lebai pun boleh bertanding semua 222 kerusi Parlemen.

Wakaka!

4 comments:

  1. Kali ini saya amat bersetuju dgn mat sabu.. memang perlu najib bubarkan parlimen.. tapi sepatutnya mat sabu mengecualikan kerajaan negeri pulau pinang kerana kerajaan itu lebih islamik katanya.. maka mungkin sudah lebih dari cukup sekadar tok guru LGE yg membimbing golongan haru biru ke arah politik islam yg syumul..

    ReplyDelete
  2. Suka sgt ayat Yong yg akhir tu....

    ReplyDelete
  3. Kmi d swak tak nak lebai tanding kerusi kami..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.