Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 21 August 2015

RUPANYA DEIG LAHIR SEBELUM ANAK PANDA DAN PENJELASAN AZMIN (VIDEO).

Beberapa hari sudah, PM 1Malaysia mewar-warkan kelahiarn seekor anak panda. Konon hebat diberitakan, kelahiran anak panda pertama di Malaysa itu juga mencatatkan rekod antara negara paling pantas membiak haiwan berkenaan di luar China. 

Ibu dan anak diberitakan sihat.

Fooyoooh!

Malaysia memang sering mencipta rekod!

Bolehlah anak-anak panda ini berkongsi makanan anak-anak rakyat marhaen Malaysia yang terbeban dengan GST dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Tapi dalam senyap-senyap rupanya satu anak lagi telah lahir di Selangor. Anak itu sihat kerana diberitakan ia ada sebanyak RM6.7 Billion khazanah negeri Selangor dalam tangannya. Ibunya MBI katanya tak berapa sihat sebab tak mengeluarkan susu!

Patutlah ramai yang rasa kerisauan!

YB BIMBANG, RAKYAT LAGI BIMBANG (MALAYSIAKINI)

Kali ini Yong petik Malaysikini yang ada gambor YB BN. Jangan marah ye yang keluar muka orang BN. Sebelum ini ada gambor YB PAS (yang digantung keahlian), Saari Sungip dan Khalid Ibrahim, bekas MB Selangor. Demer bertiga walaupun fikrah berbeza, tidak berapa gembira dengan kelahiran anak ini yang bernama DEIG.

Bila dah ramai bising, tentu ada yang tak kena.

Lalu berputar lidah MB Selangor membuat penjelasan:

Barulah Yong faham...

PJ PAS mana? PJ?

MASIH PAS LAGIKAH MAMAT NI? 


Fuuh! Memang berbelit lidah.

Mengkomer faham apa yang disebut oleh MB Selangor?

Bagi Yong yang hanya tahu membilang wang RM10.00 sampai RM100.00 tidaklah Yong dapat comprehend bila bilangan mencecah sampai billion-billion.

Orang tanya apa penjelasan perlunya DEIG yang menyebabkan penambahan bilangan anak-anak syarikat? Siapa nak pantau? Macam mana nak pantau? Audit mechanism tu cukup ke? 

4-5 soalan keluar. Beribu masih bersarang di kepala.

Yong tak faham, kalau banyak syarikat tentu ramai CEO dan BOD. Banyak gaji tu! Belum lagi termasuk keperluan lain seperti fasiliti pejabat, etc. 

Modal besar. 

Siapa buat kerja nanti? Outsource? Siapa dapat contract dari outsourcing? 

Jawapan bertulis, kata MB.

********************

Paling Yong tak faham mengapa PKR (khususnya team Azmin) sangat sukar untuk memberi kata putus tentang hubungan PKR dengan PAS. Ada kaitan dengan  DEIG ke?

Tanya jer. Takkan tanya pun tak boleh.

Apapun, pihak BN jangan sangka boleh guna DEIG untuk tutup isu 1MDB. 

UPDATE: Yong mohon maaf kerana video Youtube Penjelasan Lengkap MB Selangor telah hilang dari blog ini. Yong sudah masukkan balik.

5 comments:

  1. Salam Yong

    Umum tahu MBI mempunyai kuasa yg sgt luas sehinggakan MB boleh lulus saguhati berjuta kepada kakitangannya tanpa pengetahuan dewan

    Siapa dlnm MBI ? MB SUK PKN 3ekor nih saje. Patut lah Khalid gagap berkuasa penuh

    Kerana ini Azmin mahu kekang kuasa MB dalam MBI di mana apabila ada MB baru nanti ia tidk di salah guna

    DEIG adalah satu entity yg kami telah perjuangjan sudah lama dan skrg dh jd kenyataan. Satu entity yg boleh pantau kerja haram MBI .

    DEIG sebagai sebuah syarikat Berhad boleh di akses oleh rakyat. MBI milik 100% MB dan rakyat tak tahu apa jadah yg Khalid gagap dah buat.

    Tahniah azmin. Wujudnya DEIG akan ada lebih byk transparency dan aktiviti rakyat yg lebih menyeluruh menjanakan ekonomi rakyat Selangor.

    Ingat DEIG takde projek haram dgn Saudi. Qatar. UAE. Takde jho low . Takde jual tanah tun Razak bandar Malaysia kpd Yahudi. Takde lelong tanah Selangor kpd penyangak dgn harga murah !!!

    Saari sangap takkan tak paham... Sebenarnya saari takut ding ayamg rembat mcm di perangsang. Kami paham.

    DEIG milik rakyat tidak seperti entity public listed Selangor yg di miliki org luar. DEIG akan jadi pemangkin ekonomi rakyat Selangor tidak seperti 1mdobi yg miliknya di control dubai!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Malaysiabaru

      Yong setuju bab ketakutan Saari tu. Sebab pernah terjadi.

      So, PKR wajib berkongsi maklumat DEIG dengan rakan kongsi supaya jangan turut diserang oleh member sendiri dalam Dewan. Ia jadi very bad public relation job.

      Di luar isu DEIG, PKR wajib menunjukank keikhlasannya dengan PR 2.0. Jika sikap mahu kekal dengan PAS yang telah menerajang orang yang menyokong PKR ini berterusan, maka PKR akan dilihat memusuhi PR 2.0.

      Delete
    2. Salam balas

      Ye lah tu Yong, rakyat fobia dgn 1mdb....

      Rakyat di kedua belah di tipu hidup hidup oleh Najib. Bila bersuara di pecat. Di bogel maruah di khayalak umum..ini terjadi sama sama umno... Lanun dan lanun berperang.

      Pkr mungkin tidak maklumkan kpd semua penyokong tentang peranan DEIG ini disebabkan oleh peranan DEIG ini sekadar entiti pelaburan milik negeri seperti juga pkns(hartanah) KDE ( infrastruktur ) PKPS ( pertanian)

      Isunya bakal timbul.bila pelaburan DEIG jadi tidak betul seperti 1mdobi.

      Setakat ni takde yg tak betul..tapi fobia rakyat sudah datang melihat kpd 1mdb.

      Siapa BOD siapa konsultant dan siapa Ceo adalah penting menjaga amanah 30b DEIG. Wang dan value asset ini tidak boleh berkurang!!! Haram !!!

      Isunya seperti kata Yong, bolehkah DEIG keep up to the Standard and make It as a suceesful investment Company say like temasek Singapore. (dont memtion khazanah ok)

      Jika DEIG ada buat tahik barulah kita serang... Sementara itu baik kita lantik saari sangap sebagai CEO penasihat untuk pastikan ia tidak berulang seperti MBI !!!

      Takde cara lain dah... Lantik orang 'al amin' yg rakyat percaya seperti muhamad s.a.w ketika masih muda beliau di percayai oleh kalangan kaum kafir...

      Delete
  2. sayangnya admin pada tan sri khalid,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kijfd

      Bukan soal sayang atau benci. Just don't hit below the belt, ok?

      Kalau kamu rajin mengikuti blog Yong, kamu akan tahu pendirian Yong tentang isu MB Selangor.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.