Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 2 August 2015

KUIZ PERPADUAN HUJUNG MINGGU MAT HASSAN

Walaupun Yong tak faham konsep berkhidmat kepada rakyat (ayat terakhir) yang disebut oleh Montori Bosar ni, Yong tetap tabik terhadap keberaniannya membawa UMNO berjuang "solo" tanpa komponen BN.

ANTAH TAK BOLEH BUAT EMPING MALAYSIAKINI

Keberanian Mohamad Hasan ini wajar diabadikan sebagai soalan kuiz untuk budak-budak yang akan mengambil UPSR. Berikut soalannya:

Mengapakah Muhamad Hassan yakin UMNO boleh mentabir Negeri Sembilan tanpa rakan komponen dalam BN?

I: Sebab UMNO telah ditipu oleh Cina Jho Low.
II: Sebab bukan Melayu tidak mengundi UMNO.
III: Sebab undi Melayu telah pecah kerana ada GHB.
IV: Sebab PAS akan menyokong UMNO.
V: Sebab Mohamad Hassan lupa makan ubat.

PILIH SATU JAWAPAN DI BAWAH:

A: IV sahaja.
B: I dan II sahaja.
C: I, II dan IV.
D: III sahaja.
E: V sahaja.

GUNAKAN GAMBAR DI BAWAH SEBAGAI RUJUKAN:


Sekian.



4 comments:

  1. Sokong disenarikan diBSKL sebagai turutan jadi pasangan suami FGVH kan nanti menggembirakan penyokong Umno BN serta rakyat mesia jadi Jutawan RM (Rupiah Mensia atau kalau berapa gemar ngan nama denominasi rupiah, boleh saja ambil Rupee ), lagipun tak sampai 5 tahun je lagi mensia nak jadi negara maju melalui Wawasan 2020 (dalam istilah opthalmy - perfect vision / pandangan jelas) mensia jadi setanding negara maju nombor 1Mensia.

    ReplyDelete
  2. FGV pun berjaya disenaraikan juga tanpa sebarang "hick up"........kesudahannya apo yang jadi jang oiii....

    ReplyDelete
  3. Melayu menjadi semakin LAYU, Kita tukar je lah nama melayu ni jadi Menyegar ke, Menawan ke baru, asyik kena tipu je.

    ReplyDelete
  4. Memang 'A' ler kak yong ni ... hehe !! oh so classy !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.