Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 3 September 2015

ISU BAI'AH: ADUAN SALAH LAKU DIFAILKAN

Malaysia ni nak jadi negara yang ditertawakan oleh seluruh dunia kah?

HUKUM CERAI REMOTE CONTROL 

Seorang bekas ahli PAS, Zulhazmi Sharif, yang juga seorang peguam, telah memfailkan aduan salahlaku terhadap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad, ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. 


ADUAN SALAH LAKU DAN/ATAU PERLANGGARAN KOD ETIKA HAKIM SYARIE OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN DATUK DAUD MUHAMMAD.

Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian khususnya Berita Harian Online bertarikh 2 September 2015 yang mana melaporkan antaranya bahawa Datuk Daud Muhammad, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan menyatakan bahawa perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini. Beliau juga dilaporkan berkata "Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama".

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka. "Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

Laporan berita tersebut boleh didapati dipautan berikut :-


Saya memohon merujuk kepada Arahan Amalan No. 1 Tahun 2001 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bertarikh 2 Februari 2001 yang bersamanya menguatkuasakan KOD ETIKA HAKIM SYARIE.

Saya memohon merujuk kepada Peraturan 3 (g) Kod Etika Hakim Syarie yang memperuntukkan seperti berikut :

Kod Etika Di Luar Mahkamah.

Seseorang Hakim Syarie tidak boleh :-

(g) memberi pendapat mengenai sesuatu perkara atau keadaan yang ianya sedang dibicarakan atau berkemungkinan akan menjadi suatu isu dalam mana-mana perbicaraan di hadapannya, kerana pendapatnya itu boleh kemudiannya digunakan oleh sesuatu pihak untuk menyokong hujahnya;

Berbalik kepada laporan akhbar Berita Harian di atas, maka jelas bahawa Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan telah melanggar Peraturan 3 (g) Kod Etika Hakim Syarie kerana telah mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu perkara atau keadaan yang ianya berkemungkinan akan menjadi isu dalam mana-mana perbicaraan kerana pendapatnya itu boleh kemudiannya digunakan oleh suatu pihak lain menyokong hujahnya.

Sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah, beliau telah mengeluarkan pendapat dengan memutuskan isu yang mungkin akan dibawa ke hadapan Hakim Syarie di bawahnya. Ini jelas merupakan perlanggaran Kod Etika Hakim Syarie.

Saya dengan ini memohon suatu siasatan dijalankan dan tindakan diambil terhadap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan di bawah Peraturan 2 (2) yang memperuntukkan seperti berikut :-

Pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika ini boleh menjadi suatu alasan bagi tindakan diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.[P.U.(A)395/93]

Sekian, Terima kasih.

ZULHAZMI SHARIFF
3 SEPTEMBER 2015

Semoga kamu boleh menjawabnya, wahai Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad.

PERHATIKAN PULA KENYATAAN BERIKUT:

Nik Amar nampaknya begitu beriya-iya mahu perkahwinan Dr Hatta Ramli runtuh! 

SIAPA YANG MENCERAIKAN ISTERI NI? (KOSMO)

Sebelum itu...

BAI'AH TANPA PENGETAHUAN MSU KAH? (MR)

Siapakah yang berbohong?

********************

Di saat negara sedang diperhati oleh seluruh dunia kerana isu derma USD700 juta (RM2.6 bil), umat Islam disogokkan dengan isu bai'ah pemimpin-pemimpin PAS.

ISU KETELUSAN (TMI)

Sesiapa yang melakukan tipudaya akan terserlah juga tipudayanya, walau bagaimana liciknya sekalipun.

Allah telah mengingatkan kita seperti FirmanNya dalam Surah Ali-Imran (ayat 54) yang berbunyi:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ الله وَاللهُ خَيرُ المَاكِرِينَ 

“Mereka itu melakukan muslihat dan tipudaya kepada Allah dan Allah membalas muslihat mereka dan Allahlah sebaik-baik pembuat muslihat dan tipudaya (bagi membalas tipudaya mereka)” 
(Ali Imran : 54).

16 comments:

  1. Please

    Lupakan PAS dengan ajaran dan amalan sesatnya

    ReplyDelete
  2. Salam Yong:

    Apa nak jadi Yong dgn PAS ni,Antara pemimpin PAS sendiri tiada kesepakatan dalam issue yg penting ini.Bagi saya yg bukan orng PAS, menceraikan isteri kerana politik adalah mengarut tak masuk AKAL langsung.Ini bermaknak PAS tidak menghormati kaum WANITA dan keharmonian rumah tangga.BAGI MEREKA MENGEKALKAN KUASA adalah segala-galanya.
    Sekarang dah jadi LAWAK ANTARABANGSA.

    wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja Pas ialah meruntuh rumah tangga, dan menghukum org islam. Pelik, najib punya kes dia minta 4 saksi wlaupun bukti nyata tentang akaun peribadinya ada........betul lah pas ganti ameno!

      Delete
  3. Apa mereka peduli dengan rasuah.mereka sekarang ini seolah melpas dendam nafsu jahat mereka kepad kawan seperjuanagn mereka sendiri.serangan puak2 Pas kini tidak lagi kepad musuh utma iaitu UMNO tetapi kepada rakan seperjuanagn dulu,,

    ReplyDelete
  4. Oleh demikian cadangan saya pada pru 14

    Pakatan 3.0
    DAP AMANAH PERKASA + Abu

    . . Vs

    PKR PAS UMNO + mahathir
    ( pakatan 2.0 )

    ReplyDelete
  5. Tak leh ke bai'ah dengan ayat " kalau aku tinggalkan PAS aku berjanji akan kahwin 1 lagi ". Baru lah power sebab aku pasti lebih separuh jantan muslim 1Msia akan masuk PAS. Ahli umno jantan pula sumer akan masuk PAS. Tapi kena ada syarat iaitu kalu kuar PAS sebelum cukup 5 thn jadi ahli bai'ah tak laku.

    ReplyDelete
  6. Adakah mereka2 ini orang2 yang diharapkan untuk menegakkan agama dan hukum Allah di Malaysia ni? Orang2 yang tidak dapat mengemukakan hujah2 yang mantap dan bernas bagi membenarkan tindakan mereka, hanya bergantung kepada ugutan serta ancaman. Mereka ini seperti karekter dalam komil Judge Dredd, iaitu pihak yang bertindak sebagai hakim, juri dan tukang pelaksana hukuman..Judge, Jury and executioner. Macam kpoi 2 dalam satu! Mereka sahaja yang betul, hujah mereka walaupun tandus dan dangkal juga mesti diambil sebagai betul dan hukuman mereka walaupun tanpa pengadilan dan pembelaan juga harus diambil sebagai benar belaka. Islam apa yang diamalkan oleh ulamak2 ni? Islam "aku sorang suci, korang semua masuk neraka"? Islam "aku sahaja yang betul sebab aku naib ketua ulamak sedunia'? Islam "guna alquran untuk ilmu ghaib bukan untuk pembinaan tamadun insan"? Islam" ustaz je yang betul, takde title ustaz jangan sibuk cakap pasal islam"? Islam " ketuana melayu itu sama seperti ketuanan Islam"? Islam " aku ulamak maka apa je yang aku cakap kena walak dan jangan banyak bertanya terutama pasal duit derma Najib"?

    Nick.
    Cape Tiger

    ReplyDelete
  7. Hebat betul ajaran sesat sampai letakkan syarat bai'ah mempertaruhkan isteri untuk kepentingan politik. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu buat keputusan sama ada meruntuhkan perkahwinan seperti bai'ah adalah haram kerana meruntuhkan institusi perkahwinan dalam Islam.

    ReplyDelete
  8. Sahih Muslim: Book of Divorce

    3491: Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them) reported that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (saw) and that of Abu Bakr and two years of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him) (was treated) as one. But Umar b. Khattab (Allaah be pleased with him) said: Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them, and he imposed it upon them.

    3492: Abu Sahba' said to Ibn 'Abbas (Allah be pleased with them): Do you know that three (divorces) were treated as one during the lifetime of Allah's Prophet (saw), and that of Abu Bakr, and during three (years) of the caliphate of Umar (Allah be pleased with him)? Ibn Abbas (Allah be pleased with them) said: Yes.

    3493: Abu al-Sahba' said to Ibn 'Abbas: Enlighten us with your information whether the three divorces (pronounced at one and the same time) were not treated as one during the lifetime of Allah's Messenger (saw) and Abu Bakr. He said: It was in fact so, but when during the caliphate of 'Umar (Allah be pleased with him) people began to pronounce divorce frequently, he allowed them to do so (to treat pronouncements of three divorces in a single breath as one).

    Jelas bhw talaq 3 sekaligus ini adalah sunnah umar; bukan sunnah Rasulullah saw dan juga bukan sunnah abu bakar.

    Allah swt berfirman sekiranya telah ada hukum utk sesuatu perkara, umat tidak boleh mengadakan hukum yg baru.

    "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (a-Ahzab:36)

    “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (an-Nisa': 59)

    Pilihlah – nak ikut sunnah Rasul-Nya atau sunnah orang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau beri le hujah seribu hadith dan seribu nas sekali pun,tapi klu talak tanpa niat di hati dan kerana terpaksa mana ada sah...klu masa baiah takliq tu di buat dgn bertaqiyah,mana talak tu sah......kan ke nabi ajar amar bin yassir boleh bertaqiyah......boleh bertqiyah klu sesuatu memerlukan bertaqiyah....ini bukan pasal dlm mazhab syiah atau sunnah...ini ada lah sesduatu yg betul2 mengarut yg di lakukan oleh ulamak2 pas yg betul2 dah gila ,memang patut pun tinggalkan pas seb ab pas sekarang telah di pimpin oleh golong2an org2 gila,adake hukum hakam di jadikan pertaruhan politik demi kepentingan parti....klu mcvm ni le aku berdoa agar pas ni cepat2 melingkup krn klu org gila ni dapat perintah negara m aka satu malaysia ni rakyat nya sure kompom akan jadi semuanya gila...gila dan terus gila,ulamak gila,ustaz gila lebai gila,imam gila makmum pun gila juga.........aku pun takut juga sebab nan ti aku pun akan jadi gila juga....wakakakakakakakaka......nanti satu malaysia org asyik ketawa aje tak berhenti2 sebab semua dah jadi gila....sebab di pimpin oleh org gila

      Delete
    2. Elllo... Peace be upon him

      Ini bukan sunah nabi juga bukan sunnah abu bakr atau umar TAPI


      SUNNAH AYOH HADI PING MARANG AL ARQAMI IBNU NAJIB

      jgn gelak yong

      Delete
    3. Yo lorr boh.Ini ajaran sesat hadi ayah ping marang.
      Mat banglo & Nik rover jong jadi barua...
      Balak di Ulu Sat kiro lagu mano guuu?

      Delete
  9. perkahwinan adalah ikatan yang murni ... amanah yang di ambil dari wali . jangan seperti jahilliah mempemainkan perkahwinan. jika jahiliah menyebut berhala ... PAS menyebut nama ALLAH. maaf cakap lebih teruk dari jahiliah ..

    ReplyDelete
  10. Mereka menghalalkan yang haran dan mengharamkan yang halal. Sungguh licik mereka menipu atas nama agama dan tuhan. Sesungguhnya Allah lagi maha mengetahui tentang semua tipu daya.

    ReplyDelete
  11. Salam.

    PAS & pimpinan a la "holier-than-thou" tu dah jadi a nation joke, laughing stock with all these gibberish @ rubbish !

    Teman paham sumpah baiah tu perlu... TAPI ia tak lebih daripada 'mengikat' kepada ketakwaan kepda Allah. Akaun janji setia, sumpah, baiah, bagai apa nama pun u name it ALL terms & conditions applied ! Kalau tak ia tak sah, terbatal ...not legit, it's null & void apparently !

    Apa barang nak terus ikut, terikat kalu yang 'Commissioner of oath' pun seleweng, bengkok !! Kepala (ketua) pun senget mana leh pakai weh ! Akhlak, ketokohan, kecekapan bukannya terletak kat berapa besor serban dia, jubah dia berapa punya lawa !! haha

    Takyah ler meraban teben nak serang orang lagi TGHH. Kalau dah berpisah (cerai) tu pun kita kena buat cara terbaik, berbaik-baik sehabis mungkin & teruskan hidup masing-masing.... TAK BAIK membuka aib orang, pasangan (dulu kawan) kita dengan terus menyerang cerita buruk kat orang ... ulamak apanya rupa ni !?

    Bior ler demer nak buat jalan perjuangan sendiri - GHB, PAN !!

    Laknat Allah lebih besor kat TGHH yang tak menunjukkan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah s.a.w. sejak dulu lagi & selalu menyeleweng amanah, jawatan, kuasa yg rakyat kat dia !

    Alaa kome bayor aje kafarah !

    "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dalam keadaan bersungguh-sungguh.

    Maka kafaratnya ialah:
    #Memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
    #Atau memberi pakaian untuk mereka,
    #Atau memerdekakan seorang hamba.
    #Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan tiga pilihan kafarat di atas), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari.

    Yang demikian itu ialah kafarat penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum agama-Nya) supaya kamu bersyukur.

    [al-Maidah 5:89]

    Orang yang melanggar sumpahnya kerana terlupa, keliru atau dipaksa. Ini berdasarkan keumuman hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

    إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ.

    Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku kesilapan, kekeliruan dan apa yang dipaksa ke atasnya.[19]

    Orang yang telah bersumpah untuk sesuatu yang akan datang, lalu kemudian dia mendapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia sumpahkan, maka tidaklah bersalah untuk dia melanggar sumpahnya yang awal, asalkan dia membayar kafarat. Dalilnya ialah hadis berikut:

    وَإِذَا حَلَفْتَ عَلَى يَمِينٍ فَرَأَيْتَ غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا فَكَفِّرْ عَنْ يَمِينِكَ

    وَأْتِ الَّذِي هُوَ خَيْرٌ.

    Apabila kamu bersumpah dengan sesuatu sumpah, lalu kamu melihat sesuatu lain yang lebih baik dari apa yang telah kamu sumpah, maka bayarlah kafarat dari sumpah kamu (yang awal itu) dan ambillah yang lebih baik itu.[20]


    Boleh selesei....saja TGHH & those bigots buat gempak, kecoh konon deme aje ler kot tahu ISLAM...yeah right ilmu tingi melangit TAPI takut kot komer tu yang tak paham ISLAM @ seleweng !!

    Na'uzubillahi minzalik.. bertaubat ler TGHH & sekalian pengikut ajaran karut, kesar & sesat !

    ReplyDelete
  12. Orang Kristian orang budha org hindu

    Ketawakan ajaran amalan agama islam

    Ketawa mereka ketawa kpd mufti mufti songsang...

    Ketawa mereka kpd agama 'suci' islam... Bg mereka mcm.tak suci dan bersih...5.0

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.