Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 20 October 2015

HARAMNYA WUJUD PARTI POLITIK ISLAM LAIN SELAIN DARIPADA PAS TIDAK DISEBUT LANGSUNG OLEH DR YUSUF AL QARADHAWI: SALAHUDDIN (VIDEO INSIDE)

Berikut kenyataan rasmi Parti Amanah Negara yang menafikan "cerita" terkini mengaitkan tokoh Ulama sedunia itu:

KENYATAAN MEDIA

PERTEMUAN AMANAH DENGAN PROF DR YUSUF AL QARADHAWI DAN PIMPINAN GERAKAN ISLAM


1. Saya telah mengetuai misi antarabangsa Parti Amanah Negara (AMANAH) ke Doha, Qatar dan Istanbul, Turki dari 13 hingga 18 Oktober lalu. Misi ini bertujuan untuk memperkenalkan AMANAH di peringkat antarabangsa khususnya gerakan Islam.

2. Bersama saya ialah Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin selaku Timbalan Penasihat Umum AMANAH yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Naib Presiden Datuk Dr Mujahid Yusof serta Bendahari Hj Asmuni Awi.

3. Semasa di Doha, Qatar pada 13 Oktober, kami telah mengadakan pertemuan dengan Prof Dr Ali Al-Qaradaghi selaku Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Islam Sedunia. Pertemuan hampir dua jam itu antaranya adalah untuk memaklumkan mengapa AMANAH perlu wujud di persada politik tanah air. Perbincangan kami berlangsung dalam suasana amat mesra dengan saling bertukar pandangan dan memperjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan mengenai AMANAH.

4. Kami juga telah bertemu dengan Sheikh Dr Ibrahim Munir, Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin semasa di Istanbul, pada 16 Oktober. Di akhir pertemuan itu, beliau telah mencadangkan agar digerakkan usaha mencapai persefahaman dalam bidang siasah di kalangan parti politik termasuk PAS, agar politik Islam dapat diperkukuhkan di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

5. YB Dato' Dr Mujahid Yusuf pula ketika dalam perjalanan pulang dari Istanbul telah bertemu sendiri dengan Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi di Doha, Qatar pada 17 Oktober dengan membawa mesej yang sama. Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain daripada PAS. Bahkan kami berbincang perkara prinsip tentang kejelasan fikrah Islam, kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal ISIS atau seumpamanya. Lalu Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi menyokong usaha untuk membetuli salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam.

6. Saya sebagai mewakili AMANAH menegaskan bahawa kami bersedia dan sentiasa terbuka untuk bertemu, dan komited untuk berbincang dengan mana-mana pihak demi kepentingan perjuangan Islam dan ummah seluruhnya.

8. AMANAH juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada tokoh-tokoh ulamak dan gerakan Islam tersohor dunia yang menunjukkan sikap terpuji dengan mengambil pendekatan terbuka, dan memberi peluang untuk berbincang dengan AMANAH dan bukan mengambil pendekatan mencerca ataupun menghukum sewenang-wenangnya.

"Harapan Baru"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden AMANAH
19 Oktober 2015

Dari mana datangnya "cerita" haram ditubuhkan parti Islam lain selain daripada PAS itu? Dengar sendiri video mula dari minit 2:25:00:


Terpulang nak percaya siapa. 


13 comments:

  1. Bila Ayah Ping ghoyak Harang, mako harang la......wakpo dengar pendapat orang laing....deme tu bukang maksung....

    ReplyDelete
  2. Assalam Yong,

    Saya secara peribadi boleh menerima penubuhan PAN kerana dgn itu tidaklah lagi PAS mengandungi musuh dalam selimut..
    Bagaimanapun, utk menafikan pengakuan Timbalan Pengerusi PAN spt di atas tidaklah boleh saya komen apa2 mengenai haram atau tidaknya penubuhan PAN sbb sy x ada di sana.
    Tapi saya ada keyakinan bahawa pastinya kesah langgar bai'ah sewenang2nya dan langgar harta wakaf pastinya x diceritakan pada Ulamak Dunia tersebut kan yong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan nak cerita yg tuang presideng suka buat u-turn. Itu la orang cakap, nabi pun cakap, jangan dok jaja aib orang.... kalau dah perkara aib, tak kan nak pi ajak ulama bergossip. Mu paham dok ni???

      Delete
    2. As-salam kak yong, Wan Rosli & yg lain !

      1stly.. baguslah kita bagi salam & sambut salam - sebarkan salam.. bravo !

      Ya .. marilah kita jaga adab & memberikan penjelasan ttg 1, 1 isu... bukan dgn kita cari the ​middle ​ground...jangan kita polarise..lebih harmoni. Agree to disagree then.

      In short,berlapang dada@jiwa besar, menghargai khilaf pendapat orang lain juga & kalau boleh memaafkan walau kita mungkin betul @di pihak yg benar sekalipun !!

      Saya pun takder nak komen ttg TGHH cakap pasal usaha PAN, DAP mintak penjelasan drp "mereka yang tak laksana hukum hudud" .. ehem ehem... wah, Dr. Yusuf al-Qaradawi tepon dia, TGHH tulih balas pakai surat SAJA??

      DAN entah apa lak "penjelasan ttg parti Islam baru (PAN)" dalam surat balas TGHH tu bagi kpd maulana Dr. Yusuf al-Qaradawi & mereka yg berkenaan sana....SAMPAI aje surat tu boleh lak maulana Yusuf al-Qaradawi "cakap puak-puak ni HARAM" ?? (more less at min 2:25:50) !!

      Kalau kamu redha@ boleh terima PAN, please so be it, masing-masing... takyah la kamu nak buat propa@ be provocative. Redha mari kita berlapang dada & raikan khilaf.. bukan nyakat & sakit hati orang jemaah lain. Atau tu memang FIKRAH PAS yg didoktrinkan selama hari ni.

      Perlu apa "kamu ada di sana" ??? Takkan kamu tak boleh buat pendirian, penilaian lepas baca 2 sudut penghujahan ...mana ujung pangkal isu ni & sikap TGHH & ramai ulamak dalam PAS ?

      Come on mate, get real..be discreet .. put away BLIND FAITH !

      Delete
  3. Ni hadi awang punya goreng..
    Ramai plak walaun taksub apa saja hadi awang goreng..
    Bila bercakap,berbohong..tp walaun pas membenarkan
    Tp bila tny hadi awang apa psl bohong dan putar belit nti dijawabnya ucapan dia disalah erti atau diedit.
    Sebijik mcm puak shiah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Wan Rosli, pokok pangkal cerita adalah, apakah Hadi Awang berbohong semasa berucap? Seorang tokoh bertaraf ulama, membohongi ribuan hadirin?

    Bai'ah masalah personal. Tapi penubuhan sebuah parti baru selain PAS, betulkah ianya haram? PAS cuma parti, bukan agama!

    ReplyDelete
  5. Apa yang Yusuf Qardawi cakap ttg bagaimana yg sesuai dan bila perlu laksana hukum HUDUD tak nak ikut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mu cakap ler kat kawan baik Mursidul Am kamu. Cakap kat Amanah, PKR, DAP buat apa. Tapi kenapa tuang presideng mu tak nak bawa usul ke Parlimen kali ni?? Konpius aku...

      Delete
  6. Bolehkah dlm islam berbaiah utk sesuatu kedudukan dgn meletakkan isteri sebagai cagaran utk diceraikan??

    ReplyDelete
  7. Yong oiiiii
    Gemor benor demer ni haram mengharam..Bior je le PAN tu haram ke idak..MYOB je la hadi oiii..

    ReplyDelete
  8. Cerita pandangan Dr Yusof Qardawi ni dah lama dimainkan oleh Parti Al walaun Semalaysia semenjak penubuhan Amanah lagi. ..apa tujuan mereka?

    ReplyDelete
  9. Dahulu apabila Berjasa dan Hamim ditubuhkan, tiada kedengaran pun fatwa haram. Dahulu, apabila Dato Asri keluar dari jamaah, tiada seorang pun yang menuduhnya sebagai pengkhianat. Dahulu tiada seorang pun ulamak mahupun ustaz2 dan ustazah sanggup melabel dan memfitnah rakan sejemaah sebagai jebon, munafik, barua serta agen musuh dan babi. Apakah yang sudah berubah?

    Adakah PAS yang sudah berubah atau ahli2nya yang sudah mereng atau wujudnya anasir2 sonsang yang telah mengotori hati PAS? Kenapa dahulu, PAS dilihat sebagai Parti Islam yang sejati tetapi sekarang dilihat sebagai Parti orang2 yang cari makan jual agama? Dahulu orang2 PAS amat zuhud serta rela meninggalkan kemewahan dunia demi parti tetapi sekarang, pimpinan2 PAS bergelumang dengan kemewahan dan sanggup korbankan rakan demi jawatan. Kenapa PAS berubah sebegitu rupa? Rasa2nya rakyat yang berada di luar PAS dapat melihat dengan jelas angkara siapa tetapi para pentaksub dan pendewa golongan2 suci sudah terhalang dari melihat dan mendengar.

    Malang sungguh nasib PAS apabila Almarhum TG Nik Aziz sudah pergi dan tiada lagi untuk menegur dan memperbetulkan haluannya. Memang betul bahtera PAS terus belayar dengan laju tetapi kemana arahnya? Nakhoda pun asyik dok tukar fikiran dan suka buat U-turn..... "sailing to nowhere and everywhere but not to where we want to go" lah alamatnya! Selamat jalan, PAS! Bye! Bye! Jangan lupa untuk naikkan sauh bila layar dah dikembangkan!

    Nick.
    Cape Tiger

    ReplyDelete
  10. FATWA QARDHAWI: ORANG YANG MENDAKWA KUMPULANNYA SAJA KUMPULAN ISLAM & KUMPULAN YG DITUBUHKAN SELEPASNYA TERBUBAR MERUPAKAN PINTU KEJAHATAN, FATWA JAHIL MEROSAKKAN AGAMA DAN PATUT DIPENJARA.

    Sumber: http://qaradawi.net/new/all-fatawa/5359-2011-09-21-08-26-20

    Kepelbagaian Parti Politik Sama Seperti Kepelbagaian Mazhab Figh, melalui buku penulisan Dr Yusuf Al Qardhawi, 'FIGH DAULAH' secara tidak langsung menolak dakwaan Hj Hadi mengenai haramnya parti politik Islam lebih dari satu.

    dr bukti2 ini, nyatalah hadi telah MENIPU BERBOHONG bila dia kata Syeikh Qardhawi kata Parti Amanah Negara sbg haram.

    Waqf: (Pl: Awqaf/waqfs) Literally waqf means to stop, contain, or to preserve. In shari’ah, a Waqf is a voluntary, permanent, irrevocable dedication of a portion of ones wealth – in cash or kind – to Allah. Once a waqf, it never gets gifted, inherited, or sold. It belongs to Allah and the corpus of the waqf always remains intact. The fruits of the waqf may be utilised for any shari’ah compliant purpose.

    Waqaf ini hanya berlaku jika diserahkan untuk kegunaan umat Islam. Kalau org Islam waqafkan tanah dia untuk dijadikan kuburan kristian, maka waqaf tersebut tak laku.

    begitu bab waqaf bangunan utk pejabat pas. Ia bukan utk kegunaan umat Islam seluruhnya tp utk kegunaan pas saja. Dengan ini waqaf tersebut tidak berlaku. Lebih2 lg pas sekrg bukan lg berjuang utk Islam tp dah jadi parti asobiyah.

    Dah fail hudud diparlimen? Bila nak bahas?

    kalau hudud tak dilaksanakan dikelantan tahun ini, ahmad yakob sila kosongkan pejabat mb sbb mu dah janji tahun lepas.

    dan sblm sayonara, sila lunaskan dulu tunggakan caruman guru2 YIK rm14.6juta tu...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.