Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 2 November 2015

ADA DEMER KISAH?

PBB gesa pembebasan Anwar, dakwa langgar undang-undang antarabangsa

OLEH MD IZWAN

Published: 2 November 2015 11:55 AM

Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB menyifatkan perbicaraan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan penahanan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggar undang-undang antarabangsa dan menggesa pembebasan beliau dengan segera.

Keputusan itu diputuskan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UNWGAD) yang menyifatkan perbicaraan membabitkan Anwar adalah haram dan perlu dibebaskan serta-merta.

"Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari mengeluarkan pendapat berikut: Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim adalah arbitrari... mengambil kira semua hal dalam kes itu, kumpulan kerja berpendapat jalan untuk membetulkan keadaan adalah membebaskan Saudara Anwar dengan serta-merta dan memastikan hak-hak politik beliau yang dirampas kerana pemenjaraan beliau ini dikembalikan," kata kumpulan kerja itu yang dibacakan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Parlimen pagi ini.

Nurul Izzah bersyukur dengan pendirian PBB itu sekali gus memberi isyarat jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menurut saranan mereka.

"Pendirian tegas sebegini, bersolidariti bersama-sama Anwar menghantar satu mesej jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan memastikan kemerosotan hak-hak asasi manusia yang berlaku di bawah kepimpinan beliau tidak diabaikan dunia," katanya. – 2 November, 2015. (TMI).

********************

Demer kata RM2.6 bilion itu duit derma dari luar negara, bukan duit rakyat.
Demer kata duit GST bayar gaji penjawat awam.
Demer kata kenaikan tol boleh guna untuk bayar BR1M.
Demer kata universiti boleh cari duit sendiri.
Demer kata 1MDB tak rugi.
Demer kata Saiful mengaku diliwat di hadapan PM 1Malaysia.

Sekarang PBB minta Anwar Ibrahim dibebaskan.
Ada demer kisah?

Mampukah Presiden PAS nasihat Kerajaan Malaysia (UBN) supaya membebaskan Anwar Ibrahim?

5 comments:

  1. Saya simpati dengan DSAI. Kita doakan supaya Allah melindungi orang-orang yang terinaya.

    Presiden PAS tak akan mampu memberi nasihat kepada UBN.beliau tiada track record yang solid mengenai pentadbiran dan ekonomi macamana orang akan mempercayai beliau?

    Sepanjang beliau menjadi ahli Parlimen sehingga kini, tiada satupun Isu besar yang beliau utarakan dan selesaikan. Kalau ada pun, isu-isu dari orang lain dan beliau hanya followup sahaja. 2.6B,GST,1MDB,TH,KLIA2,Mara dll.

    Adakah Rosmah Mansor dan PM akan mendengari nasihat dari Hadi Awang Yong..? Tentulah tidak. Mereka akan menjadikan Pas hanya seperti melukut di tepi gantang.

    Pandangan saya, Pas patut menjadi NGO badan-badan dakwat dan kebajikan sahaja.




    ReplyDelete
  2. As salam.

    Cer kita imagine ... TGHH, Us. Mohf Amar ker Us. Norazli ker Hj Razman tu ker, "if they're in DSAI's shoes" kena jel, kena fitnah begitu rupa??? Teman rase ramai orang akan kesian @sympathetic yet emphatic @sokong perjuangan vs kezaliman, penganiayaan !!

    TAPI, shame on PAS-sionate member, supporters macam Wan***, many are just pretty daft, shockingly insensible, insensitive yet tactless paranoiac.

    Demer takder prinsipal@dasar sendiri DAN akan hanya sokong memba**-buta apa je ketua@kepala demer suruh buat@ cakap. Harus, ramai PAS-sionate Wan*** alike, akan buat dek@nohin aje pasal nasib DSAI sebab demer tu memang puppets, main ikut aje apa kepimpinan PAS-ti lemah demer tu dah buat benda salah@sesat larat. Tu ler PASal is truly in a mess...imho !!

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, semoga DSAI dipanjangkan umur serta sentiasa dalam peliharaan Allah juga. semoga kezaliman ini dapat dihentikan. #berasa sedih

    ReplyDelete
  4. Dgn berkat doa rakyat malaysia,insyaalah anwar akan selamat dan sentiasa dibawah peliharaanNya. Pelbagai cabaran;dugaan,penderitaan diterimanya semata mata ikhlas utk bantu rakyat dan negara...semuanya adalah saham2 syurga utknya di alam kekal nanti...penzalim wajib ingat kita semua adalah sementara dan semua berada diperingkat umur'bonus'...bila2 pun boleh ditarik nyawa ,cuma tak tahu akan dihumban ke neraka atau syurga.

    ReplyDelete
  5. TGHH tu penasihat no wahid umno kan!!! Klu tk ikut, nantibkena sumpah jadi kera, dan boleh melompat ke pokok yg banyak buah!! Hahsha

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.