Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 26 November 2015

MUHYIDIN NI PATUT KITA KASIHAN ATAU...

...PADAN MUKA?

Sakit hatiku,
Kau buat begitu...

Bunyinya macam lagu Benci Tapi Rindu, yang sayu. Tetapi ini bukan Diana Nasution. Bukan. Tetapi Muhyidin Yasin yang merintih...

SAKITNYA TU DI MANA PAK? (TMI)

Jangan sakit hati pak!

Tak berapa lama dulu bukankah awak pernah kata:

MENGAMPU PUN KENA TERAJANG JUGAK! (TMI)

Baru-baru Parlimen meluluskan budget 2016 yang memotong peruntukan untuk Universiti:

KECUALI UKM (SUMBER) 

Awak kan pernah jadi Menteri Pendidikan. Takkan tak terasa sedih apabila bajet untuk universiti dipotong secara drastik sehingga 27.30%?

Tetapi awakpun mengundi menyokong bajet itu kan?

COLLECTIVE RESPONSIBILITY?

Teruskanlah. Teruskan menyokong apa-apa saja yang dibuat oleh UMNO. Mudah-mudahkan dengan sokongan itu awak tidak diterajang pada Perhimpunan Agong UMNO yang akan datang.

********************

Politik di Malaysia semakin pelik.
  • Ada yang dipecat dari jawatan dan dihalang menjadi perasmi mesyuarat, tapi masih setia di dalam UMNO;
  • Ada yang dihina dan dinista, walaupun ketika sedang sakit, tapi masih setia di dalam PAS;
  • Ada yang dikeji dan dihalau, tetapi apabila membuat parti lain dituduh pengkhianat.
Tetapi yang paling pelik ialah yang bukan gilakan kuasa atau mahu kuasai Putrajaya; tetapi mahu menjadi penasihat sahaja.

Sebenarnya yang paling kasihan ialah pasangan warga emas ini:





Kasihan! Warga emas ini menjadi sebahagian daripada statistik yang dihapuskan kerana di Malaysia kemiskinan tegar telah hampir disifarkan (Ucapan Belanjawan 2016, hal. 5)

BELANJAWAN 2016

Jangan mengeluh Muhyidin. Ramai lagi rakyat Malaysia yang jauh lebih wajar dikasihani berbanding dengan awak.

13 comments:

  1. Kasihan pada orang2 UMNO terutamanya pemimpin2 mereka yang sudah gemuk dengan kemewahan dan kesenangan dunia? Tak dak faedah! Lebih baik kita kasihan pada anak2 yatim, para fakir miskin serta golongan2 yang berpendapatan rendah yang terus terhimpit hidup mereka disebabkan GST yang disokong oleh kesemua pemimpin2 atasan UMNO. Mengapakah kita perlu kasihan pada puak2 yang telah merosakkan negara ini?

    Adakah kita perlu kasihan pada penzalim apabila dia telah terkeluar dari "inner circle"? Atau kita sepatutnya membiarkan mereka semakin berpecah kerana perpecahan mereka memungkinkan kejayaan kita menewaskan mereka? Of course! Kita bukan nak jadi penasihat kepada puak2 penzalim ini! Kita mahu menewaskan mereka! Kita mahu menendang mereka keluar dari tahta kerajaan dan kita mahu menyelamatkan negara inir dari perosak2 dan parasit! Penasihat kepada parasit adalah parasit juga, kita perlu ingat akan fakta tu! Never forget because our forgetfulness is the cause of all the trouble in this country. Never forget to KUPAS (undi ku kepada sesiapa jua Kecuali UMNO (BN) PAS.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nick

      Selagi orang Melayu rela dibodohkan, selagi itu negara kita takkan maju.

      Lebih mudah salahkan Cina DAP saja.

      Delete
    2. tepat bro...pengkianaat bangsa jangan di beri peluang...merbahaya...hidup tiada pegangan...inilah jadinya kalau wang adalah segalanya...

      Delete
  2. Masuk lubang taik pasti berbau busuk biar pun asalnya kita pakai minyak wangi.

    ReplyDelete
  3. Iyye bener Neng...
    Masih ramai yang butuhkan simpati....Lagi pun itu sakitnya Pak Muhiddin bikinan sendiri. Udah ngampu kok kena terajang udahnya.....Tapi kalo mau jadi jagoan jolok lagi Pak sarang 1MDB tu, sampei jatuh tuannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Waah! Bagusnya Pak Asrul ngobbrol Indon ya...

      Ngampunya kurang tinggi mungkin...

      Delete
  4. yong...tiada ape yg lebh padan dan bebaloi untuk dikatakan..selain padan muka....baq hang...ayat dan komen yong..tak terkurang dan terlebih untuk ditambah....betoi2..tepat n padat...bullseye...

    ReplyDelete
  5. Salam.. nak tahu macam mana boleh saya hulurkan sumbangan pada warga emas ini? Tolong beri petunjuk alamat rumah - Menghargai tersangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Unknown

      Boleh menghubungi Sulaiman Ibrahim @Leman Raja Lawan. Ketua Parti Amanah Parlimen Sik. Warga emas ini tinggal di Sik, Kedah.

      Delete
  6. buat apa simpati pd.pak menteri tu...?bio dia kena...karat birunya sangat tebal tu..orang Johor le katakan...

    ReplyDelete
  7. dulu dia desak Pak Lah turun sekarang giliran dia pula kena turun

    ReplyDelete
  8. Muhyiddin ni ibarat sarung tak berkeris..
    Bukan keris tak bersarung..
    Tapi kena ketuk dgn sarung keris pun terasa la jugak..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.