Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 28 December 2015

WOW! RUPANYA AHMAD MASLAN BUAT TIGA KERJA SEKALIGOS!

Ini bukan fitnah. Dia sendiri yang sebut dalam tweetnya:


Baru Yong tahu kenapa dia jadi "slow" walaupun mendapat CGPA 3.85 semasa belajar dahulu. Kesian! Pastinya dia "kepenatan" kerana "banyaknya" kerja dia.

COP!

"Kerja" bos dia lagi banyak:

Perdana Menteri Malaysia.
Menteri Kewangan Malaysia.
Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB.
Presiden UMNO.
Pengerusi BN.
MP Pekan.

Itu belum lagi kira kerja mengampu Obama.

Walau bagaimanapun PM 1Malaysia tak dapat menandingi kerja Haji Hadi dari segi banyaknya :

Presiden PAS
Ahli Majlis Syura Ulama PAS.
Pengerusi Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS.
Pengerusi Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS.
Pengerusi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan PAS.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PAS.
MP Marang.
ADUN Rhu Rendang.
Naib Presiden Kesatuan Ulama SeDunia.
Penasihat UMNO.

Patutlah Hadi kata Wan Azizah tiada kebolehan. Rupanya kerja dia tak cukup banyak:

MP Permatang Pauh.
ADUN Kajang.
Ketua Pembangkang.
Presiden PKR.

Lim Kit Siang juga nampaknya sedikit sahaja kerjanya. Dengan Ahmad Maslan pun kalah:

MP Gelang Patah.
Penasihat DAP.

Tetapi rasanya itu bukan punca kenapa UMNO dan PAS benci sangat dengan DAP, kerana ada lagi yang paling corot dari segi bilangan kerja. Orang itu tak lain tak bukan Mat Sabu:

Presiden Parti Amanah Negara.

Maka terjawablah persoalan mengapa UMNO dan PAS dengki sangat dengan Mat Sabu. Rupanya Mat Sabu cuma buat satu kerja sahaja!

Wakaka!

Komen molek-molek. Mengaku ajer berapa kerja yang komer buat untuk meneruskan kehidupan diri sendiri dan keluarga. 

Kalau komer hanya buat satu kerja, sah komer lebih Ahmad Maslan dari Ahmad Maslan.


11 comments:

  1. Teman tak nipu Yong. Teman tak khoje. Pencen askor... 😂

    ReplyDelete
  2. Salam

    Brilliant writing...keep it up.

    ReplyDelete
  3. Ini bukan fitnah apanya.... Kau komen sambil mengutuk ahmad maslan... Kau buka pintu yg luas untuk org membenci ahmad maslan... Lepas tu dengan tak semena- mena kau kaitkan najib, hj hadi dan lain lain... Apa dosa mereka ni dengan kau.... Apakah mereka semua pernah hina kau di mana2 media.... Kalaupun mereka menyeleweng ke apa pun, tak payah kau hina peribadi mereka... Nyatakan saja penyelewengan mereka.... Kau sebenarnya bersama2 geng2 yang sejiwa ngan kaulah yg mencetus fitnah besar di media... Ikutlah cara MSO atau subki latif... Ulas fakta... Bukan kejutkan fitnah yg tidur.... Kalau mereka yg seleweng ada dosa, sama juga kaki maki hamun fitnah adu domba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emo la lu bro..hahahaha
      Ptt la blh jd walaun

      Delete
    2. Bodoh piang.... Hina ngan sindir pun x blh nk beza... Rakyat satu negara sengsara ko x pikir....

      Delete
  4. Mat Nazri ni menteri ameno juga kot.......elok la tu berpasangan dgn mat maslan. Baru aku tau sejak sedondong dgn ameno ni sapa pun tak boleh perli hj hadi semua jadi fitnah. Den nak tanyo mat nazri brahim sikit.....pil kuda tu fatwa ke?

    ReplyDelete
  5. Mat nazri maslan.......fitnah amende?
    Asri: Jika akal tak bijak, apa perlu jadi pak menteri
    Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup terus dikritik pelbagai pihak.

    ReplyDelete
  6. Aku nak ingatkan je... Pihak yg seleweng duit tu memang bdosa... Yg fitnah pun sama.. Takkan org yg mengejutkan fitnah dan membuka ruang org lain tumpang skaki terlepas pula. Nabi pernah bsabda fitnah itu tidur..... Tak pasal2 pula ada yg mengata aku ni mat nazri maslan, menteri umno la, walaun la.... Nampak tak camana fitnah itu bangun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis Yeop...dah menteri bodoh piang, sering buat kenyataan yang menyakitkan hati rakyat. Nak kena berdiam diri dan beri pujian juga. Tak boleh nak perli sikit ke terus jadi fitnah gitu.
      Presiden kau fitnah orang jual pil kuda boleh plak, panggil orang barua broler takpe ye, ponteng kerja tak hadir sidang dewan dimaafkan gitu.....

      Delete
  7. Yong kamu ini memalukan org perak aje...tukar nama blog tak layak..masa nama pakatan rakyat mcm2 kamu puji PAS bila punah PR mcm2 kamu kutuk PAS..Tak konsisten langsung...Org ini kalau bercerai mcm2 dia kutuk laki dia...Si Yeop

    ReplyDelete
  8. Baca cerita mat Maslan ni teringat saya pada kisah seekor beruk milik jiran, Hj Isa. Nama beruk ni Bentayan. Mungkin mukanya garang sebab tu Hj Isa letak nama Bentayan. Biar nampak brutal sikit. Di pendekkan cerita, beruk ni juga mempunyai 3 pekerjaan, tak ubah macam Mat Maslan. Pekerjaan pertama Bentayan adalah panjat pokok kelapa. Ini tugas hakiki Bentayan. Tugas keduanya menghalau Ayam yang sering belegar kat jemuran kelapa kering Hj Isa. Inipun kira tugas rutin Bentayan. Tugas ketiga Bentayan adalah bergambar dengan pelawat, pelancong yang datang melawat kebun Hj Isa. Tugas ni kira macam "part time" je. Jadi bila terpandangan gambar Mat Maslan teringat saya pada Bentayan...cuma Mat Maslan nampak cerdik sikit dari Bentayan.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.