Akhirnya termeterai perjanjian bersejarah antara tiga parti di dalam persepakatan yang bernama PAKATAN HARAPAN.
Semoga tiada lagi u-turn, perlanggaran perjanjian atau tuduhan perlanggaran perjanjian di antara ketiga parti yang terlibat. Tiada juga perbuatan ponteng atau tuduhan ponteng berlaku pada mesyuarat seterusnya.
Rakyat sudah penat mendengar janji;
Muak dengan pembohongan;
Benci dengan pembaziran;
Marah dengan rasuah.
Biarkan mereka bermain api.
Kita bekerja.
Tidak kira sama ada Pakatan Harapan atau Barisan Nasional, rakyat sentiasa memantau tingkah laku kalian sebagai pemimpin.
********************
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
PERJANJIAN PAKATAN HARAPAN KE ARAH MEMBINA KESATUAN POLITIK YANG MAMPAN
Pertukaran kepimpinan kerajaan di negara ini telah menjadi satu keperluan mendesak. Tidak pernah sebelum ini rakyat dihukum dengan dasar-dasar kerajaan yang membebankan dalam keadaan prospek ekonomi yang murung seperti sekarang. Malaysia berada di persimpangan genting yang bakal menentukan halatujunya dalam tempoh 30 tahun akan datang. Oleh itu kelompongan kepimpinan yang jujur dan boleh dipercayai perlu diisi segera untuk memberi harapan kepada rakyat.
Mengambil iktibar itu, Pakatan Harapan akan mengadakan satu Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan buat julung-julung kalinya pada 9 Januari 2016 di Pusat Persidangan SACC, Shah Alam dari jam 9 pagi yang bakal menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Pakatan Harapan yang mengikat KEADILAN, DAP dan AMANAH di dalam sebuah kesatuan politik yang mampan.
Rundingan dan perbincangan untuk memuktamadkan Perjanjian Pakatan Harapan telah bermula sejak pertengahan Oktober 2015 sejurus selepas pelancaran Pakatan Harapan. Keputusan untuk menguatkan lagi persefahaman politik di antara KEADILAN, DAP dan AMANAH melalui sebuah Perjanjian Pakatan Harapan ini lahir dari keinsafan kami bahawa rakyat mahukan sebuah pakatan politik yang lebih bersatu padu dan utuh yang padan dengan sokongan rakyat terhadap agenda perubahan yang kami bawa selama ini.
Rakyat sedia maklum pandangan dan keputusan Pakatan Harapan dalam isu-isu besar negara. Perkara ini termaktub di dalam dokumen dasar-dasar Pakatan Harapan sebelum ini (Kerangka Dasar Bersama, Belanjawan Pakatan Harapan, Buku Jingga dan lain-lain) atau telah pun diterjemahkan oleh pentadbiran Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Pun begitu, ada keperluan untuk menguatkan lagi kerjasama politik ini dengan membuktikan keikhlasan dan niat politik yang mengikat ketiga-tiga parti. Niat politik yang ikhlas ini menjadi asas kepada kepatuhan ketiga-tiga parti kepada prinsip yang dipersetujui di dalam dasar-dasar dan keputusan bersama. Keikhlasan dan kejujuran politik sebegini adalah sebahagian dari harapan rakyat yang perlu dikotakan oleh Pakatan Harapan.
Justeru, Perjanjian Pakatan Harapan yang akan ditandatangani pada 9 Januari 2016 akan memberi fokus kepada perkara-perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mampan di antara ketiga-tiga parti. Perjanjian Pakatan Harapan mengandungi tujuh (7) fasal utama mengenai pra-syarat tersebut iaitu:
i. Prinsip dan kaedah membuat keputusan
ii. Prinsip dan kaedah membina kesatuan politik di antara parti
iii. Prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian di antara parti
iv. Prinsip dan kaedah dalam membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama
v. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihanraya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi
vi. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang
vii. Prinsip dan kaedah menangani keadaan bila mana perjanjian ini dilanggari
Kami yakin pemeteraian Perjanjian Pakatan Harapan ini merupakan kemajuan besar yang melambangkan kematangan politik KEADILAN, DAP dan AMANAH yang berjaya mengenepikan kepentingan politik masing-masing demi mencapai persetujuan ini.
Di atas kekuatan kesatuan politik hasil dari Perjanjian Pakatan Harapan ini, kami akan memberi tumpuan seterusnya untuk membangunkan satu kerangka dasar-dasar yang jitu dan radikal ke arah mencari penyelesaian berkesan kepada masalah rakyat dan membina sebuah negara yang inklusif dan berdaya saing. Ini akan membentuk dokumen Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang akan diumumkan di Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan menjelang Jun 2016.
5 Januari 2016
YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
YAB LIM GUAN ENG
TUAN HAJI MOHAMAD SABU
Presiden KEADILAN
Setiausaha Agung DAP
Presiden AMANAH
********************
Musuh politik Pakatan Harapan tetap UMNO, BN dan sesiapa saja yang bersekongkol dengan parti tersebut.
Bagaimana dengan hubungan PKR-PAS? Lantak demer nak main kayu 3.
Mari kita yang membenci rasuah dan segala kepincangan yang di lakukan oleh kerajaan yang sedia ada sehingga menyusah dan menyulit kan kehidupan rakyat berdoa agar apa yang di rencana kan oleh PAKATAN RAKYAT berjalan dengan lancar dan teratur.
ReplyDeleteKeutuhan PAKATAN RAKYAT di harap agar menyerupai "BANJARAN TITIWANGSA" dan jangan saperti bukit bukau yang di gondolkan oleh tangan tangan yang rakus dan tamak sehingga sesetengah rakyat menderita dek banjir. Malang nya sehingga kini nasib mereka masih tak terbela sepenuh nya wal hal yang memerentah itu konon nya mengikut dan mementingkan ajaran ISLAM.
Yang seronok nya salah seorang lebai malang yang baru merasa nekmat sepagai orang dombol dua di Negeri itu mengelar kami yang menyertai AMANAH sebagai penderhaka dan tidak akan berurusan dengan kami walau dengan apa cara sekali pun. Kitab mana yang dia tujuk saya pun tak tahu. Mereka lupa bahawa kemenangan mereka ada lah melalui penipuan yang di okestra kan oleh bekas Al-Maunah.
Ayuh PAKATAN HARAPAN maju dan mara terus. Rakyat yang tertindas mengharap kan pembilaan kamu.