Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 29 January 2016

KALAU KERAP SANGAT TERSALAH NAIK BAS, BILA NAK SAMPAI?

Kawan baru balik kampung. Terkejut badak kawan ni apabila mendapati abang iparnya yang dulu turut mengibarkan bendera DAP semasa PRU13 tetiba mengeluarkan kenyataan yang buat dia pening.

Dulu adik-beradik dia rata-rata penyokong PAS.

(Berikut lebih kurang isi sembang demer)

K = Kawan; S: Abang ipar.

K: Dulu bukanke menyokong DAP?

S: Dulu ada tahaluf siyasi...

K: Ater, takkan dulu DAP bukan kominih, sekarang baru kominih?

S: Dulu kita masih beri sokongan, walaupun kominih sebab nak jatuhkan UMNO.

K: Sekarang, bukanke masih nak jatuhkan UMNO?

S: Tak boleh dah. Sekarang UMNO sokong hudud. Tak boleh boleh bagi Pakatan Harapan menang.

K: Kenapa tak boleh?

S: Sebab kalau menang Lim Guan Eng jadi PM, dan Kristian jadi agama rasmi. Mana boleh?

K: Sejak bila kominih jadi Kristian?

S: (Nada marah) Kamu ingat kamu sorang jer pandai berfesbuk. Akupun tahu juga buka fesbuk.


S: Kamu jangan pulak nak sokong parti Mat Sabu. Kamu tak dengor apa kata Presiden? Nak masuk neraka?

MUKTAMAR PAS KE-60 (SINAR)

Oleh kerana tidak mahu menyinggung perasaan abang iparnya, kawan Yong pun diam. Lagipun kakaknya janji nak masak gulai asam ikan patin dengan tempoyak.  Isterinya yang tak campur sembang duduk sebelah dah senyum semacam jer.

Balik dari rumah abang iparnya isterinya terus buka internet. Lepas buka Facebook, isterinya pun tunjuk satu kenyataan dari PMIP dan berkata:

"Kalau dah kerap sangat salah naik bas, bila nak sampai?"




Kalau pening baca kenyataan dari page PMIP itu di sini sila ke page rasmi http://www.parti-pas.org/surat-pembaca/7439-tppa-syabas-presiden-pas-berani-menentang-sikap-cahauvinis-dap

Nabi S.A.W bersabda:

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi). Sumber: Dr. Asri

Siapakah 127 MP yang menyokong TPPA di Parlemen? Adakah mereka MP DAP dan Amanah?

SUKANYA DIA! TMI


8 comments:

  1. pas mesti berbangga dan hadi mesti gumbira gumbira sbb mantan mb Selangor sokong TPPA bersama umno mca mic.

    kan dulu pas buat solat hajat mohon Allah swt kekal mamat tu sbg mb?

    org2 yg berpesonaliti alim dan mungkin tak tinggal solat, buat solat hajat utk mohon pada Allah swt supaya kekalkan org yg sengaja lalai dlm solat supaya terus berkuasa?

    takkan org alim sanggup lantik org lalai zalim jadi pemimpin dia?

    itulah tahap pemikiran ahli pas!

    Allah kata masuk Islam kena masuk seluruhnya. tak boleh agama suku, politik spt tv3/4.

    bila bab imam, lantik org warak. tp bila bab pemimpin politik ambil yg paling byk bg habuan.

    ReplyDelete
  2. PAS skang parti politik suku agama suku

    ReplyDelete
  3. Apabila 'ulamak' menagih dedak pemerintah yg zalim.... tunggulah kehancuran jamaah Islam!

    ReplyDelete
  4. Inilah jadi jika pas dipimpin oleh pemimpin2 tiga suku.

    ReplyDelete
  5. Blog ni sy x berapa berkenan kerana hanya berani menyediakan komen pro PAN shj.. Contohilah blog pro PR yg satu lg iaitu wfauzdin..wpun terang2an sokong PKR tapi BERANI menyiarkan komen2 kontra tanpa ditapis2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh,

      Pertama:
      Yong tak suka orang yang menyebut parti Amanah Negara itu PAN. Kerana nama sebutan ringkas parti itu yang telah diiktiraf oleh ROS ialah Amanah. Tidak tahu menghormati nama parti orang lain, jangan harap Yong akan menghormati parti awak.

      Kedua:
      Yong tak suka orang yang menggunakan An Anonymous atau tanpa nama sebagai pseudo name. Jadi, kalau pakai nama itu, Yong tak akan siarkan.

      Ketiga:
      Oleh kerana awak jarang masuk ke blog ini awak tidak tahu bahawa semua komen dalam blog ini diterbitkan, kecuali yang mencarut, rasis atau menghina. Ini termasuk dari penyokong Pakatan Harapan, PMIP atau BN. Carilah sendiri, awak akan jumpa nama yang tak sealiran dengan pemikiran politik Yong seperti Wan Rosli, Usin etc.

      Keempat:
      Kali ini Yong siarkan komen awak sebab nak jawab. Kalau mahu Yong siarkan, gunakan nama lain, bukan An Anonymous.

      Kelima:
      Yong tak hairan awak suka atau tak suka blog ini. Kebetulan tak ramai mereka yang tidak sealiran dengan pemikiran politik Yong akan mengkomen.

      Keenam:
      Yong moderate komen juga kerana ada yang nak jual barang, MLM dan nombor togel ke dalam blog ini.

      Sekian.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.