Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 20 February 2016

"COP! COP!" KATA ZAHID.

Setelah letih menangkis tembakan dari kiri dan kanan, dari kawan dan lawan, sehingga anaknya yang ada sijil wataniah turut serta bersilat, akhirnya Zahid Hamidi kata "Cop!"

"Unfortunately, the damage has been done!" "Public trust" terhadap keputusan Kerajaan ini dipandang sinis oleh rakyat.

Bila anak Zahid melompat masuk gelanggang, rakyat marhaen tak samakan dia dengan Nurul Izzah dan Nurul Nuha yang membela bapa mereka yang difitnah. Sebaliknya rakyat marhaen (khususnya netizens) sindir dan buka balik cerita dalam kelambu si Nurul Hidayah. Bab ini Yong tak setujulah. Setiap orang ada sejarah silam. 

Tapi bab dakwaan pemberian kontrak kepada adik beradik tu bukan cerita baru. Sebelum ini Hishammuddin juga menafikan dakwaan kononnya membantu adiknya mendapatkan kontrak mencetak label keselamatan rokok dan minuman keras daripada kerajaan. (Sinar Harian).

ASTRO AWANI 

Tentu ada yang kata, "Anak Mahathir Muhamed juga jutawan dot dot dot."

Kan?

Juga Zahid dipetik berkata:

"Penangguhan ini dibuat bagi pihak membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan terhadap pembayaran levi dua tahap atau two tear levi program.

"Selain itu, ia bagi membolehkan tumpuan kepada program pengajian semula serta melakukan penguatkuasaan untuk menentukan tidak ada pekerja-pekerja asing yang baharu dibawa ke Malaysia dan mana-mana pekerja yang tidak ada dokumen atau melebihi tempoh tinggal di Malaysia, mereka akan ditangkap,ditahan dan dihantar pulang ke negara asal mereka," 

Ehem!

Nampak tak?

Tangguh jer beb. Bukan batal.

Bukan sekali atau dua kali pihak sektor swasta digesa supaya memberi peluang pekerjaan kepada warga tempatan. Tetapi gesaan ini seperti jatuh atas telinga badak sahaja (FMT).

Akibatnya terjadi lambakan pekerja asing di Malaysia. Ada yang enggan pulang setelah habis tempoh bekerja, lalu menjadi PATI (SINAR HARIAN). Golongan ini menjadi penganggur yang tidak masuk ke dalam data statistik tahap pengangguran di Malaysia.

Ramai juga yang merebut premis perniagaan di Malaysia!


GAMBAR BUKAN DI DHAKA (SINAR HARIAN)

Kenapa rakyat Malaysia sanggup bekerja dalam sektor 3D di luar negara?

MSTAR



1 comment:

  1. Abih nak buek camno...nak rembat tanah kerajaan boli harga murah jual beratus kali gando kek syarikat awam Najib dah buek...tepakso la bawak masuk Bangla, Indon dan Myanmar....mudah jo dapek bebiliun tu.....

    Tapi tu la...baru nak menipu sikit rakyat dah bangkit mempersoalkan setiap tindakan....susah la UMNO nak cari makan kalau makin ramai rakyat yang celik dan berani.... ni semua Che Det punya pasal kerana dia yang mulakan. Ganti dengan Mr Clean, rupa-rupanya tak se clean mana pun...kuat tido pulak tu. Bawa masuk Najib makin besar kerosakan yang dibawa. Dan yang ini pulak belum pun naik ke tangga teratas, dah macam-macam perkara pelik nak dibuatnya....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.