Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 29 February 2016

MAAF! TUKAR BOS PENYELENGGARA SERVICED APARTMENT PUN SAMA JER...

Berita paling panas kini ialah Tun M mengisytiharkan diri keluar UMNO:

MALAYSIAKINI

Selain Tun Dr Siti Hasmah, turut keluar UMNO ialah bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan. 

Diberitakan Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM) yang mendakwa mempunyai lebih 400 ahli di seluruh negara akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membuat keputusan sama ada kekal bersama parti atau keluar.

Ehem!

Tun M pernah keluar parti pada tahun 2008 kerana tak puas hati dengan Pak Lah. Tetapi lepas itu masuk balik pada tahun 2009 apabila Najib jadi PM.

Tun M janganlah buat UMNO macam "service apartment" pulak.

Bila tak puas hati dengan pihak bos penyelenggaraan, terus keluar. Bila bos tukar saja, terus masuk balik. Sedangkan orang tahu bos baru takde kelebihan apa-apapun berbanding dengan bos lama. 

Adakah nanti bila bos penyelenggara "serviced apartment" dah bertukar, Tun M dan geng pun masuk balik?

Apa pilihan Tun M?:
  • Bina rumah sendiri?
  • Masuk rumah Zaid Ibrahim?
  • Masuk rumah PAS, PKR, Amanah atau DAP?
  • Jadi pensyarah jemputan?
  • Duduk rumah main dengan cucu?
Kononnya Tun M nak berpakat dengan Pakatan Harapan untuk jatuhkan Najib.

Ehem!

Kabar angin bertiup kencang ada sebuah "serviced apartment" baru sedang dalam pembinaan!

Kalau Tun M dengan rakan-rakan memilih untuk tinggal di apartment baru ini, semolek-moleknya Tun M sokong Pakatan Harapan pada PRU14. Itupun, jika Tun M ikhlas mahu sistem pemerintahan negara diubah menjadi lebih progresif dan adil.

Betul! Tun M memang berjaya melahirkan ramai jutawan Melayu/Bumiputera, termasuk anak-anak Tun M sendiri.

Tun M memang banyak jasa kepada UMNO.

Tetapi kalau setakat nak guna Pakatan Harapan untuk jatuhkan Najib, minta maaf ya... 


2 comments:

  1. Bersamalah kita berfikir dan berusaha membentuk malaysia yang aman dan sejahtera melalui pendekatan matang yang memebrikan kesan baik maksima untuk rakyat

    ReplyDelete

  2. Kesian Tun M. Di Usia senja sehingga ke hari ini...beliau masih tidak mendapat ketenangan jiwa. Tentu, roh nya..sentiasa gundah gelana..fikir kehidupan duniawi.

    Kepada Tun M, berbanyakkanlah memberikan Al fatihah kepada Allahyarham Ust Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Nik(semasa menjadi PM dahulu, tidak pulangkan royalti minyak kepada rakyat kelantan).

    Jika Tun M rasa, ingin menebus dosa-dosa lama... berjuanglah masuk menjadi ahli AMANAH dan sertai Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Najib Tun Razak dan BN.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.