Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 20 June 2016

ALANG IBN SHUKRIMUN: PAS AKAN JADI PARTI TERMAHAL NILAINYA DI MALAYSIA

Oleh kerana komer kata analisis anak muda aktivis Pakatan Harapan hanya bahan nak menyedapkan diri, Yong kongsi analisis PMIP pula. 

Tentu ramai tak baca Harakah kan?

Sila hadam dan komen molek-molek:

Cerah buat PAS, malap buat BN, gelap buat PH 

ALANG IBN SHUKRIMUN | 19 Jun 2016.


1. CUBAAN PERTAMA TIGA PENJURU

Kedua-dua PRK kali ini adalah cubaan kali pertama di Semenanjung untuk pola politik baru negara. Pertandingan tiga penjuru yang benar-benar tiga penjuru. Walaupun semasa PRU13 lalu ia telah berlaku di beberapa kerusi, namun blok politik masih dalam konsep dwiparti.

Dari keputusan PRK, nampaknya bentuk sebegini amat positif terutama bagi parti yang teguh berjuang atas dasar dan prinsip masing-masing. Mereka tidak perlu berkira-kira untuk melonggarkan prinsip atau menipu pengundi semata-mata meraikan pakatan. Jangan bimbang soal membentuk kerajaan kerana pakatan tidak semestinya berlaku sebelum pilihan raya sahaja!

2. KEPUTUSAN DUA PRK SEKATA

Bacaan trend pengundian dilihat sama antara kedua PRK ini. Walaupun pecahan kaum agak berbeza, tetapi dari sudut yang lain ia memberikan banyak persamaan seperti bilangan keluar mengundi dan undi mengikut kaum.

Ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran umum bagaimana trend politik semasa rakyat Malaysia. Jika diadu dengan keputusan PRN Sarawak yang baru sahaja selesai, mudah untuk mana-mana parti melakukan muhasabah dan mencatur gerak untuk menghadapi PRU14.

3. TIADA FAKTOR CALON

Faktor calon tidak begitu memberi kesan. Pemilih lebih melihat kepada perjuangan parti. Perkara ini berada dalam status quo. Ini biasa berlaku di kawasan parlimen dan juga kerusi campuran.

Keadaan ini memudahkan semua parti menjelang PRU14. Yang berpakat boleh terus berbincang soal pembahagian kerusi tanpa menilai wibawa setiap calon. Tetapi barang diingat, ini hanya terpakai pada kawasan kerusi campuran.

4. BN MENANG TAPI MENURUN

Sekali pandang, BN menang besar kali ini dengan majoriti yang tersangat tinggi. Tetapi jika dihitung campuran undi dua pembangkang ditambah sedikit faktor pecah undi, sokongan terhadap BN boleh dikatakan statik sahaja. Undi BN nyata menurun kira-kira 2.000 undi, berbanding PRU13 walhal PRK biasanya adalah lauk BN.

Perpecahan pembangkang tidak memberi nilai tambah yang ketara buat BN. Sokongan terhadap kepimpinan Najib masih tidak pulih. BN masih tidak boleh selesa terutama jika pembangkang menjumpai solusi untuk mengubat persepsi terhadap mereka.

5. PAS RAMPAS UNDI BN

Sebahagian undi BN adalah dari masyarakat Cina yang mula beralih dari DAP. Dengan jumlah undi keseluruhan BN yang menurun, ini bermakna sokongan Melayu terhadap BN telah pergi kepada PAS dan diganti oleh Cina.

Ini boleh dilihat melalui setiap peti undi. Di kawasan Cina, 50% dimiliki PH dan 50% lagi dimiliki BN. Kawasan Melayu pula, 50% diperoleh BN dan 50% dimiliki PAS. Melayu sangat tidak berminat kepada PH.

BN patut memikirkan lebih jauh terutama di kawasan majoriti Melayu intelek yang tidak boleh digula-gulakan. Potensi PAS untuk menguasainya adalah sangat tinggi sekiranya PRU dilambatkan seperti sedia kala.

6. PH PARTI CINA

Angan-angan PH untuk kuasai negara boleh dilupakan. Ini kerana mereka hanya mendapat sokongan kaum minoriti sahaja di Malaysia. Itupun sudah menurun drastik. Sedangkan undi teras di Malaysia adalah dari kaum Melayu.

Faktor BN boleh memerintah sehingga hari ini adalah kerana menguasai undi Melayu walaupun pernah hilang hampir 100% undi bukan Melayu. Malangnya hakikat ini masih sukar difahami politikus PH.

7. PAN TUNGGUL KAYU

Nyata kemunculan PAN tidak berjaya menggantikan peranan PAS dalam PR suatu ketika dulu. Undi Melayu masih di antara BN dan PAS sahaja. DAP boleh lupakan PAN mulai sekarang kerana mereka tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada PH.

Terserah jika PAN masih mahu berusaha. Tetapi adat politik Malaysia, parti serpihan sebegini hanya beri kesan untuk tempoh yang sebentar sahaja, itupun sebagai tunggangan parti besar buat sementara waktu sahaja.

8. PH TERJEJAS TERUK

PH yang bergantung penuh kepada sokongan Cina tidak lagi boleh duduk diam. Jika dahulu mereka memiliki sokongan hampir 90% masyarakat Tionghua, kali ini menurun hingga ke 50% sahaja. Perkara sama berlaku di Sarawak dalam PRN baru-baru ini. Dijangka akan terus menyusut ekoran beberapa isu urus tadbir DAP di Pinang Pinang dan lain-lain.

Nampaknya taktik menguasai pengundi melalui sentimen Islamophobia tidak begitu berkesan. Tionghua yang celik lebih mengambil cakna soal kecekapan urus tadbir dan maslahah ekonomi mereka. Mereka lebih percaya kepada persatuan-persatuan peniaga, kebajikan dan pendidikan mereka lebih dari tipu daya politikus.

9. PH PENGACAU POLITIK

Sepatutnya kewujudan PH dalam politik Malaysia yang selama ini hanya mengenali PAS dan Umno mampu untuk memberi impak signifikan untuk menumbangkan BN. Malangnya mereka tidak berjaya menyentuh sedikitpun undi Umno. Lebih malang apabila kewujudan mereka hanya untuk berebut undi dengan PAS sahaja.

Mereka langsung tidak mahu tunduk menyokong sahaja PAS yang sudah lama bertapak. Malah sikap PAS yang merendah diri menerima mereka sebagai rakan akhirnya dipijak kepala. Nyatalah apa warna PH selama ini. Sama ada gila berkuasa, tali barut BN atau semenangnya bodoh berpolitik.

10. PH DI TAKUK LAMA

Mereka tidak boleh pergi lebih daripada trend 2008. Seolah telah mati akal untuk mencari formula baru bagi menambah sokongan. Kononnya menganggap dengan mengekalkan status quo boleh meningkatkan sokongan sebaliknya merudum pula.

Dengan dakwaan mewakili kelompok profesional, PH sepatutnya mencipta idea-idea baru untuk mewarnai trend politik Malaysia, bukan hanya muncul bercakap soal salah laku kerajaan sepanjang masa. Profesional mereka hanya jadi pembaca berita sahaja bukan sebagai jurutera masa depan negara. Sedangkan PAS pula walaupun dituduh jumud dan parti Pak Lebai, sudah bercakap perkara tersebut berpuluh tahun lalu sejak mereka masih ditipu BN lagi. Kini PAS sudah mula meninggalkan fasa itu untuk bergerak setapak lagi sebagai penyelesai masalah pula.

11. HUDUD BAHAN POLITIK

Sepanjang kempen PRK, PH jelas mempergunakan agama untuk politik walaupun PAS telah nyatakan RUU 355 bukan hudud. Ia hanya soal naiktaraf bidang kuasa mahkamah syariah. Pindaan sebegini sudah berlaku zaman 90-an dahulu dan bukan perkara pelik dari sudut perundangan.

Mereka bercakap di hadapan audiens bukan Islam isu ini walhal tiada kaitan sedikitpun dengan mereka. Nyata ia menjadi alat untuk memburukkan Islam secara halus. Dasar politik machiavelli, sanggup mengenepikan agama demi politik.

Namun PAS tidak peduli dan tetap bawa usul RUU sehingga dibaca. Ini menunjukkan PAS tidak sedikitpun bimbang soal sokongan kerana yang lebih mustahak adalah soal martabat agama, bukan semata-mata politik.

12. ISU NASIONAL TAK MAIN PERANAN

Kesilapan PH adalah banyak berceramah isu-isu nasional tanpa menyentuh isu setempat. Mereka juga tidak ada tokoh tempatan yang lebih dekat dengan rakyat. Semuanya mengharap tokoh luar. Walaupun isu yang dibawa sangat besar dan merugikan kerajaan, tetapi ia tidak mempengaruhi rakyat.

Rakyat perlukan pemimpin yang kenal mereka dan mereka kenal pemimpin. Rakyat tidak sempat berfikir soal jet atau 1MDB. Mereka lebih terkesan dengan isu setempat, isu harga barang, masalah JKKK, perparitan, prasarana kampung dan sebagainya.

13. MAHATHIR TUTUP BUKU

Nampaknya tidak ada apa yang boleh dibanggakan lagi kepada Mahathir. Menyatakan sokongan kepada PH pun tidak boleh berbuat apa. Sedarlah orang BN tidak wala' kepada individu walau sehebat manapun jasa dan namanya.

Bagi yang terhegeh gilakan sokongan dari Mahathir, ingatlah kembali tegasan Presiden PAS, usaha kalian itu hanya sia-sia sahaja. Kalau alergik dengan kebenaran dari PAS sekalipun, sekurang-kurangnya renunglah kembali warkah dari penjara.

14. ANALISIS AWAL PAKAR POLITIK TERSASAR

Sebelum PRK, ramai menjangka PAS akan jadi parti tercorot dan hilang pengaruh. Perkara ini disebut ramai pensyarah, pengulas, peramal dan pakar politik.

Hakikatnya apa yang disebut sekadar bersifat omongan kosong. Ataupun mereka memainkan peranan sebagai spekulator atau pencipta persepsi. Mereka tidak jujur dengan profesionaliti yang ada apabila bercakap tanpa statistik dan fakta.

Terdahulu mereka pernah buat ramalan untuk pemilihan PAS dan PAS pasca muktamar. Nyata semua itu tersasar. Rekod-rekod ini menunjukkan ulasan mereka ini tidak boleh lagi diterima untuk akan datang. Tidak keterlaluan jika saya nyatakan ulasan politikus BN lebih tepat dari mereka.

15. WAJAH BARU PAS DITERIMA

Undi PAS dalam PRK ini hapir sama dengan kedudukan seperti tahun 2004, sewaktu tanpa koalisi DAP. Ini menunjukkan undi teras PAS tidak tergugat. Satu petanda baik bagi PAS yang sedang mencuba pendekatan baru seperti BPMS dan blok ke-3. Penyokong PAS menerima baik perkara ini. Tuduhan bahawa PAS kini mengelirukan awam dan tersasar dari perjuangan adalah jauh dari realiti.

Kerja bertambah mudah apabila hanya perlu memahamkan atas pagar sahaja. BPMS dan Blok ke-3 masih di peringkat permulaan. Keputusan PRK ini amat positif untuk PAS meneruskan strategi ini hingga ke kemuncaknya.

16. KEKUATAN SEBENAR PAS

Walaupun PAS bersendirian, jika dibanding dengan gabungan tiga parti dalam PH, undi yang diperoleh sekata. Ini bermakna PAS menyumbang hampir 50% kekuatan PR selama ini. Nyata tanpa PAS, PH tiada apa-apa. PH perlu terima hakikat yang pahit ini.

Sedikit masa lagi PAS akan jadi parti termahal nilainya di Malaysia. Masing-masing akan berusaha merebut PAS sebagai rakan koalisi. Waktu inilah PAS boleh jual mahal, dengan mensyaratkan koalisi mestilah membenarkan PAS dengan cita-cita Islamnya. 

-HARAKAHDAILY 19/6/2016

********************

Agak-agak berapa nilai yang mengkomer nak beri kepada PAS? 

Adakah nilainya seperti ini?

PJ NI TAK PANDAI MENGEJA ATAU TAK TAHU BEZA? 

Kamipun ada Allah (سبحانه و تعالى). Adakah Allah akan merestui fitnah seperti imej itu? Fikir-fikirlah.

16 comments:

  1. masih tak sedar diri lagi pas ni

    ReplyDelete
  2. Pas jadi barua Umno,masuk pilihan raya bertujuan untuk memastikan umno terus berkuasa.

    ReplyDelete
  3. Salam Yong

    Beza orang bodoh-sombong dgn org bodoh adalah, orang bodoh akan berjaya juga akhirnya berkat usaha yg berterusan. Yg bodoh-sombong, memang itulah tahap mereka. Dari dulu, kini dan akan selamanya macam tu..

    PAS tidak sedar bahawa senjata pindaan Akta 355 telah berjaya dimainkan oleh UMNOBN dengan sebaiknya. PAS berjaya menjaga air muka dgn pengundi-pengundi tegar mereka atas andaian HJ Hadi berjaya membawa Hudud di Malaysia. Berjayakah? Bulan Oktober ni Hj Hadi boleh bentangkan usul ini?? Firasat saya, kirim salam. Itu belum lagi andaian ada perhimpunan ulama dunia yg memnolehkan MP Marang itu excuse persidangan Dewan....
    Dan cerita pindaan ini akan muncul baluk bila PRU 14 yg akan datang...
    Tak percaya? Sama-samalah kita tunggu....

    ReplyDelete
  4. Apa boleh buat, yang tinggal dalam PIS kini adalah mereka yang keliru, jumud, bodoh sombong, bongkak dan tidak matang berpolitik.

    Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya....

    ReplyDelete
  5. Cuma aku mintak PH jauhi lah diri dari Mahathir @ Mahafiraun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak rugi sokong islam kita yang jahil ini perlu belajar islam darinya

      Delete
    2. Yg kecewa pasal mahathir ni sbb keras kepala dan keras hati masih tak mahu mengaku fitnah terhadap anwar...sebaliknya jika ianya berlaku,sokongan terhadap mahathir pasti bertambah dan pasti dia boleh diangkat sbg barisan pemimpin2 pembangkang yg berkaliber.

      Delete
  6. wAHAI SAUDARA SEMUA
    Apa tujuan anda hidup?
    Untuk jadi hamba Allah atau hamba dunia?
    jika mahu jadi hamba Allah kena ikut cara jadi hamba Allah, panduan dan jalannya sudah ada, pilihlah!!!

    ReplyDelete
  7. Selagi islam dipandang dari sudut melayu, zaman hari ni, parti pas.. dan lebih kronik kelantan, tganu.. masa selagi itulah saudara2 pejuang islam dlm perkumpulan lain akan dikafirkan sepupu sepapat bal'am balghah versi melayu.
    Sedang islam itu agama langit sejak Adam a.s hingga ke akhir zaman melangkaui seluruh alam dunia..
    Selagi ahli bawahan PAS terus jadi pengecut, selagi pimpinan Pad istiqamah mencarut, selagi ulama Pas terus melalut..selagi itu tali Umno akan terus menjerut, maka rakyat akan kepanasan seakan disundut cerut.. dan melayu akan terpaksa mengikat perut.
    P/s hamba ahli PaS tp undi hamba untuk Amanah/DAP/PKR

    ReplyDelete
  8. PH PASTI bungkus dalam PRU 14 tanpa PAS - harap PAS dapat BANTU UMNO/BN dalam menguburkan politik haru-biru yang dipelopori oleh PH

    ReplyDelete
  9. orang islam kutuk pejuang islam.tunggulah balasannya.

    ReplyDelete
  10. Selagi PAS dan PH bertelagah, saling tikam-menikam.... Tak guna nak bangga diri. Masing-masing jadi arang dan abu. yang menang Najib. Yang merana rakyat.

    ReplyDelete
  11. Rumusan aku senang je...PAS walaupun langkahnya kadang2 agak tersasar dan menjadi gelak tawa orang but it's still in track...masih boleh diperbaiki...tapi AMANAH...aku pun tak pasti apa matlamat dia...PKR masih 50-50 untuk beri sokongan pada AMANAH...DAP memang beri sokongan kuat, tetapi klu AMANAH mengharapkan sokongan DAP, apakah AMANAH ada matlamatnya sendiri...klu ada sekalipun sekiranya tidak dipersetujui DAP, adakah AMANAH sudi melonggarkan tunjang perjuangannya...sebab AMANAH boleh dikatakan 80% mengharapkan sokongan pengundi DAP...kesimpulannya, for AMANAH lebih baik kembali pada PAS, and jadi check and balance di dalam PAS sendiri...itu jalan terbaik...unless AMANAH ada kekuatan sendiri sepertimana PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam wth.. 1st. Mungkin enta baru berjinak dgn PAS. sy dah berpuluh tahun dalam PAS dan dahpun bersama sejak hujung tahun 80an zaman masih sekolah. Tempat lain sy xnak komen tapi di kelantan tempat saya PAS bukan berubah hari ni tp sejak penggal ke2 era TGNA tapi terlindung di balik kezuhudan TokGuru, sebenarnya sejak zaman tu dah ramai yg mencari2 dedak yng boleh dimakan. Bukan dgn Amno tp dgn kabel YB peringkat negeri.. bukan ikhlas nak bantu rakyat. Enta x tau kegagalan2 besar kerj negeri cth bandar baru dabong.. tgk blueprint pastu cuba g tgk tapak. Ni semua sebab penyangak yang bertopeng ulama' (kecuali beberapa kerat yg besama TGNA). Sedarlah ini semua ketentuan Allah yang tak mengizinkan nama Islam dimenangkan atas nama PAS. Bayangkan imej agama yg akan terjejas jika tuhan takdirkan Pas memerintah malaysia. Hampir pasti suatu masa anak-cucu kita hilang kehormatan pd agama yg maha suci ini. Tlg la tinggalkan Pas kerana bukan semata YAHADI tp kerana pas itu sendiri sudah menjadi hampas..

      Info benar : dalam satu meeting dlm Pas MACHANG ada ungkapan (selepas PR2008) dari pimpinan (bukan YB) berbunyi 'Sebelum kita kalah PR lebih baik kita ambil dulu hasil mahsyul milik negeri'
      INI mentaliti kebanyakan pimpinan pertengahan PAS. Sorry to say tp ini realiti.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.