Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 24 June 2016

WAHAI TOK MUFTI! DALAM PARTI DAP ITU ADA RAMAI PENGANUT ISLAM!

Terkejut Yong apabila membaca kenyataan Mufti Pahang ini:

UTUSAN

Kenyataan tersebut diselar oleh ahli DAP beragama Islam:

2 hrs · 

KENYATAAN MUFTI PAHANG AMAT BAHAYA.

Saya ingin menarik perhatian semua pihak kepada berita yang dimuatkan di laman sesawang Utusan Online bertarikh 24 Jun 2016 bertajuk "DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang" seperti capaian berikut dibawah;

Saya berpendapat dan merasakan bahawa kenyataan Mufti Negeri Pahang ini amat merbahaya dalam konteks negara kita Malaysia. Mengeluarkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi adalah sesuatu yang serius dan boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam dan negara.

Menggolongkan DAP secara keseluruhan sebagai kafir harbi, bermaksud darah seluruh ahli DAP adalah halal termasuk darah kami ahli DAP yang beragama Islam. Tidakkah kenyataan ini mengancam keselamatan negara? Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini??

Mufti Pahang dilaporkan berkata "Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka."

Kenyataan tersebut amat berat malah tidak langsung disandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh. Bagaimana seorang mufti kerajaan negeri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang hanya berasaskan emosi. Apa bukti DAP menentang Islam? Di mana bukti DAP membenci Islam? Menyandarkan hujah DAP tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang sebagai menentang dan membenci Islam adalah hujah yang amat lemah.

Saya sebagai penganut Islam yang menganggotai DAP amat kesal dan terkilan malah malu dengan kenyataan Mufti Negeri Pahang tersebut. Ia tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta.

Saya menyeru Datuk Seri Mufti Negeri Pahang agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan beristighfarlah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan cuba mencetuskan ketegangan agama dan kaum dengan lemparan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

Seterusnya saya sebagai ahli DAP beragama Islam menjemput Datuk Seri Mufti Pahang atau memohon Datuk Seri Mufti untuk mengadakan perjumpaan mahabbah dengan kami untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran lebih tepat.

Selanjutnya, saya meminta pihak Polis DiRaja Malaysia agar menasihati mufti dan agamawan agar lebih berhati-hati mengeluarkan fatwa. Jika saya bersetuju dengan Akta Hasutan nescaya saya memohon supaya Datuk Seri Mufti ini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan yang cukup menghasut, tetapi saya bersama parti saya DAP amat tidak bersetuju dengan Akta Hasutan, justeru saya minta agar kenyataan tersebut ditarikbalik demi kesejahteraan dan ketenteraman negara.

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF 
Ahli Biasa DAP
Cawangan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
24 Jun 2016
19 Ramadhan 1437

Kenyataan Mufti tersebut yang amat merbahaya juga ditegur oleh Dr Mazlee Malik, pensyarah UIAM.

MALAYSIAKINI

Baru kelmarin seorang YDP PAS Padang Serai memohon maaf kepada DAP di atas kelancangan mulutnya:

MALAYSIAKINI

Tidakkah boleh para agamawan ini berfikir secara matang selain menggunakan siku dan lutut?

10 comments:

  1. Assalammualaikum Yong,

    Besar kemungkinan di bulan Ramadhan kali ini ramai umat ISLAM tidak mendapat redha ALLAH termasuk diri saya. Saya berani membuat kesimpulan sedemikian kerana sejak dari awal Ramadhan sehingga kini kata nista, umpat mengumpat dan fitnah memfitnah terus di
    limparkan oleh orang tertentu termasuk para
    ulamak, ostad jenis "SERBAN LONGGAR" dan kini
    seorang yang berjawatan Mufti. Malang nya saya tumpang sekaki membaca kenyataan mereka.

    Ia nya juga berpunca dari dua PRK yang di ada kan di bulan Ramadhan. Ia nya berlaku gara gara pegawai SPR yang mengaku ISLAM tidak peka akan hal ini. Bukan kah di setiap PRK atau PRU akan ada ceranah umum. Lupa kah SPR bahawa di kala itu ramai penceramah akan berikhtiar untuk menegak kan benah basah mereka. Umpat mengumpat dan caci cerca sudah menjadi adat sehingga membelakan kan ajaran ISLAM. Rasuah pengundi oleh UMNO/BN juga turut berlaku.Ia nya turut tersebar melalui U-Tube. Perpuasa konon tapi sanggup memberi dan menerima rasuah.

    Kerana terlalu "TEKUN" ada seorang yang konon nya "OSTAD" sanggup mengelar abang Mat Sabu sebagai Mat Sabun. Yang terbaru selain dari memburuk buruk kan DAP sanggup mengelar AMANAH sebagai pen(kuali leper). Walau pun mereka memohon ma'af tetapi tahu kah mereka bahawa demage had happen.

    Ini lah wajah Negara ku yang konon nya menjadi "ISLAM CONTOH"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam Saadun,

      Kalau boleh Yong tidak menulis dalam blog lagi. Kalau boleh Yong duduk diam-diam tak payah ambil tahu apa berlaku di Malaysia.

      Tetapi apabila melihat kelakuan ahli politik dan penjawat awam yang semakin lama semakin jauh dari aspirasi rakyat (entah kemana wawasan 2020), Yong tidak boleh berdiam diri.

      Mungkin blog ini kecil sahaja. Tetapi menentang kezaliman itu wajib. Fitnah itu juga satu kezaliman.

      Yong tidak memihak kepada Dr Mahathir. Tetapi kalau dia hendak bersama sepentas dengan sesiapa, walaupun DAP, itu hak dia.

      Anehnya DAP jadi kafir harbi setelah Dr Mahathir merapatkan jurang perbezaannya dengan Lim Kit Siang.

      Delete
    2. Islam itu ada hukum hakam dengan dalil Al-Quran dan hadith maka berhujuhlah dengan dua perkara tersebut bukan Islam berideologi akal untuk menutupi segala kelemahan kita.

      Delete
  2. memang betul pun kata mufti tu kat malaysia ni mana ada kafir Zini

    ReplyDelete
  3. Mufti ni sebenar aku tgk betul ke tidak.. sbb seingat aku dia pernah keluarkan kenyataan..HARAM beri taskirah semasa solat tarawih. Sedangkan negeri2 lain byk yg buat taskirah..utk tambah ibadat di bulan yg mulia ni.. kena mufti pahang ni.. haram.. kalau keluarkan kenyataan tak di galakkan masih boleh org ramai terima.. ni..haram..

    ReplyDelete
  4. Kapir DAP sorang tu masuk penjara kes ada 1 melayu islam rogol underage malay muslim girl...that malay muslim guy lepas tak de apa2..mufti tak berfatwa pon..

    ReplyDelete
  5. Mufti kata berdasarkan hukum bukan suruh bunuh orang kafir. Perasgi maksudnya jangan menyokong atau bersekutu denganya. Dalam Dap pun ada orang islam , islam bagimana kalau islam yang kuat imannya tak akan pilih Dap. contoh berapa ramai dalam saf solat rasullah ada munafik malah duduk disaf depan pulak tu dan sekali Rasullah berdoa basah kuyup janggut mereka. Satu lagi fakta Rasullah menghalau Yahudi dari bumi Madinah kenapa ye kerana Yahudi tidak redha dengan Islam. Islam adalah agama perpaduan sekiranya agama lain menghormati Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mufti kata berdasarkan hukum? Awak biar betul? Hukum yang macam mana?
      Apasal dia tak sentuh MCA dan MIC?
      Apasal dia tak sentuh Kerajaan Negeri Sarawak? Kenyataan Adnan Satem macam mana?
      Kenyataan Najib macam mana pasai hudud ma am mana??
      Apa status kerajaan Pulau Punang dan Selangor?
      Bila nak cakap, fikir habis-habis. Dia tu mufti. Bukan main sedap mulut macam kebanyakan penyokong bengong yg tak tahu kepala ekor apa itu percanggahan pendapat dan apa itu penentangan sepenuhnya. Ada yang tak tahu apa itu kafir zimmi dan kafir harbi, tapi komen macam tak ingat hari Pembalasan.
      Inilah orang lslam yang memalukan lslam. Bodoh tapi bengong. Dah la bengong,sombong pulak tu. Macam dia sorang jer lslam. Konpom masuk syurga. Tapi perangai dan mulut, nauzubillah

      Delete
  6. Makan dedak banyak sangat dr kasta Melayu rendah hingga ke kasta tinggi. Hebat lah sangat Melayu berbicara pasal Islam mengalahkan Pak Arab.
    Kalau dah tua mcm ni dah kira bebal amat. Hati berselaput dgn dedak. Dasar Ostaz upahan!

    ReplyDelete
  7. Dalam pasar banyak barangan halal... tapi babi tetap haram.. begitu juga beri sedekah tapi punca duit lendir,,curi, menipu.. haram jugak... senang cakap dismpan dalam bank lslam pun tetap haram daa..Mana mana komen neg hal Mufti tu,, semua red bean army yg menyamar melayu dan Islam,,, ini senerio lah termasuk yg difatwakan sbb nak rosakkan Islam sesama islam cara adu damba ...jarum beb..

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.