Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 10 June 2016

APA DALAM BEG ROSMAH? (VIDEO MESTI TONTON)




14 mins · 

Pihak Datin Seri Rosmah Mansor telah mengakui secara terbuka bahawa beliau telah menggunakan jet peribadi ACJ319 A6-CJE yang dibayar oleh rakyat untuk menerima satu anguerah di Turki. Beliau juga tidak menafikan bahawa anak beliau, Nooryana Najwa Najib juga telah menaiki jet tersebut dan ditanggung oleh rakyat.

Hari ini saya paparkan rakaman video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut sebagai bukti lanjut.

Daripada video ini, saya lontarkan lagi soalan-soalan yang wajar dijawab oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti berikut:

1. Berapa orang pegawai yang mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor menaiki pesawat tersebut?

2. Kenapa beg-beg besar tidak disimpan di bahagian simpanan beg (“luggage”) sedangkan ini adalah jet peribadi dan ada ruang yang besar dan selesa untuk menyimpan beg-beg besar tanpa mengganggu keselesaan di dalam pesawat? Apa guna menyewa jet peribadi mewah tetapi ruang mewah dipenuhi dengan beg-beg besar?

3. Berapa beg-beg besar yang dibawa menaiki pesawat dan disimpan di ruang mewah?

4. Siapa pemilik beg-beg besar ini?

5. Apa kandungan beg-beg besar ini?

6. Adakah beg-beg besar ini membawa wang tunai? Jika ya, adakah pengisytiharan membawa keluar wang tunai telah dibuat dengan pihak berkuasa yang sewajarnya?

Ini adalah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran rakyat apabila mereka meneliti rakaman video ini. Datin Seri Rosmah tidak boleh memberi alasan beliau tidak perlu memberi jawapan kerana apabila perjalanan dan sebahagian dari kegiatan beliau ditanggung oleh rakyat, maka rakyat berhak untuk mengetahui setiap perkara yang dibuat secara telus dan benar.

Saya telah menanyakan beberapa professional yang telah berkhidmat lama di dalam industri penerbangan. Mereka sependapat bahawa adalah janggal untuk menyewa sebuah jet peribadi tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan dengan membawa naik beg-beg besar ke dalam ruang mewah pesawat sehingga boleh mengganggu keselesaan penumpang yang membayar sewa yang mahal.

Adalah adil untuk saya bertanyakan soalan ini: apakah kandungan di dalam beg-beg besar itu yang sangat berharga hingga ia perlu dibawa ke dalam ruang mewah pesawat?

Saya akan menunggu jawapan dari Datin Seri Rosmah seperti biasa.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


********************

Yong pun rakyat. Jadi Yong nak tahu juga. Takkan dalam beg tu cuma ada baju, alat mekap dan rambut palsu jer?

"JIKA KERAJAAN BELANJA RM86 JUTA (ANGGARAN) SEWA JET PERIBADI UNTUK VVIP DAN TUGAS RASMI, KENAPA ANAK PEREMPUAN DATIN SERI ROSMAH TURUT SAMA GUNA ACJ319?" (RAFIZI RAMLI)

CAKAP TAK SERUPA BIKIN (MALAYSIAKINI

UBAH: TOLAK UMNO DAN SEKUTUNYA: UNDILAH CALON PAKATAN HARAPAN.

4 comments:

  1. Aku lagi berminat nak tau pasal kebejatan dan penyelewengan hadi marang dari salahlaku bini najib yg satu dunia dah tau.
    Khabarnya hadi dah kantoi.tunggu masa meletop

    ReplyDelete
  2. Salam Yong

    Ada dua tiga perkara yg patut difahami oleh semua orang sebelum kita mengulangi fakta yg salah.

    Kos sewaan pesawat ini bagi kegunaan DS Rosmah ke Turki iaitu selama 26 jam adalah USD 15,000 sejam. Jadi kosnya adalah 26 jam x USD 15,000 iaitu USD 309,000 atau bersamaan RM 1.56 juta. Banyak?? Yong tentukanlah sendiri!

    Pesawat ACJ ni bukan boleh buat buat penerbangan jarak jauh. Malahan utk direct flight KLIA ke Istanbul pun nyawa-nyawa ikan. Itu pasal kena stop refueling kat Dubai. Tapi kenapa guna alasan nak cepat kalau tau pesawat kena berenti isi minyak? Tak bolehkah guna Turkish Airline yg hari-hari ada direct flight KLIA ke Istanbul??

    Isu ruang kargo yg ada tangki minyak tambahan di tengah (ACT - Aircraft Center Tank)?? Utk makluman Yong, utk semua pesawat ACJ - Airbus Corporate Jet yang ada ACT, walaupun semua ACT dipasang, pesawat masih ada baki ruang kargo seluas 650 kaki persegi. Keluasan ini hampir sama dgn apartmen kos rendah atau high end apartment di prime area di KL. Nak masukkan van kat dalam tu pun boleh...

    Kalau nak kata bawa barang budak2 yg buat tarian tu, minta maaf la. Kawan anak saya adalah salah sorang daripada yg buat persembahan tu. Barang2 mereka semua dibawa sendiri. Si Rosmah nak tolong... jauh panggang dari api ler jawabnya.

    Isi kelayakan?? Kat INTAN dah diajar siapa yg layak terima status VVIP. Bini PM tak layak terima layanan VVIP atau VIP bagi menggunakan kemudahan kerajaan tanpa suaminya ada!!

    Tapi apa kan daya. Malaysia dah jadi macam depa punya. Dan saya haramkan sampai kiamat apa yg depa salahgunakan utk kepentingan peribadi mereka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Daud

      Terima kasih di atas pencerahan.

      Yong juga tak halalkan walau 1 sen pun apa yang demer gunakan sesuka hati demer tu.

      Delete
  3. Semua rakyat Malaysia yg sayangkan negara sepatutnya tidak menghalalkan walau satu den pun dari Wang rakyat yg digunakan oleh puak puak jahanam INI..

    Melainkan ahli ahli UMNO...

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.