Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 19 June 2016

MUHAMMAD SYAFIQ AZMI: ANALISIS AWAL PASCA PRK KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR

Berikut Yong kongsi analisis awal seorang aktivis Parti Amanah Negara, Muhammad Shafiq Azmi. Ini pandangan peribadinya yang agak menarik juga sebagai anak muda:

3 hrs · 

BARISAN NASIONAL KEKAL STATUS QUO SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR, AMANAH BUKTI MEREKA BUKAN PARTI NYAMUK DAN PAS PERLU SEDAR SEBELUM MEREKA TERLAMBAT.

Tahniah buat AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) diatas pencapain pada pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. PH telah membuktikan kekuatan gabungan itu punya rasional mengapa ia perlu dibentuk. Ia juga menjadi gambaran betapa jentera PH itu bersedia berhadapan dengan PRU yang akan datang.

Keputusan yang kedua-duanya menyebelahi Barisan Nasional (BN) bukanlah sesuatu yang berada diluar jangkaan. Ini kerana bila berhadapan dengan PRK sudah semestinya BN akan mengerahkan keseluruhan instrument kerajaan yang ada bagi memastikan calon mereka mendapat kerusi di dalam dewan rakyat.

AMANAH BUKTI ADA WIBAWA

Walau ada pihak yang sinis pada AMANAH dengan hujah bimbang parti itu akan hilang deposit atau tidak akan mendapat undi yang banyak mereka terbukti tidak berpijak dibumi yang nyata. Dalam usia bayi (8 bulan) ia mampu mencabar kewujudan sebuah parti klasik(PAS). Tentunya ia satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Kekecewaan itu harus ada kerana tidak dapat mencapai kemenangan di kedua-dua kerusi parlimen, namun koalisi utuh yang turut dibantu atas beberapa faktor lain nyata merencatkan usikan "politik matang dan sejahtera" yang dibawa oleh PAS. Nyata lagi jelas bahawa AMANAH bukanlah Hamim atau Berjasa yang mereka sindir selama ini.

PAS KUAT BUKAN KERANA SENDIRI, TETAPI TIDAK DISERANG BN

Jika ada yang beranggapan PAS lebih baik kerana mendapat undi yang banyak walau hanya bergabung dengan IKATAN, sebenarnya ia suatu hujah yang tidak memandang kepada realiti sebaliknya ia cakap politik pihak yang telah terlajak jauh. Apakah dulu sewaktu PAS bertanding ketika dibantu PKR dan DAP mereka tidak mendapat lebih dari apa yang mereka perolehi hari ini? Itulah guna kita membentuk gabungan.

PAS atau BN merupakan parti lama yang bukan baru berusia 8 bulan dalam pentas politik tanahair. Mereka punya segala jentera dan dana untuk berhadapan tidak kira apa sekalipun pilihanraya. Ditambah pula BN yang tidak keras serangannya seperti kebiasaan menyerang PAS di media perdana juga menjadi faktor bantu dapatan jumlah undi yang diraih PAS.

AMANAH KUDA TUNGGANGAN DAP

Kalau rakyat Malaysia boleh mengimbau suasana politik pada PRU ke-11 dan PRU ke-12, PAS diserang dari segenap sisi dan sudut. Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat difitnah sepanjang ketika. Baik isu kemiskinan, kemunduran dan masalah sosial mereka bertubi-tubi diasak hanya ketika mahu berhadapan dengan mana-mana pilihanraya.

Kini asakan itu mula beralih arah dan bertumpa kepada AMANAH dan PH. Pada waktu perdana, stesen televisyen yang berpihak kepada kerajaan menyiarkan berita tentang AMANAH yang dikatakan alat tunggangan DAP yang suatu masa dulu peranan tersebut dipikul oleh PAS. PH bergelut untuk memberi maklum balas agar berita yang ditonton tidak ditelan bulat-bulat. Tiada kedengaran lagi soal hudud atau kuda tunggangan DAP yang terpalit pada PAS.

BARISAN NASIONAL JANGAN SELESA

Barisan Nasional juga tidak perlu merasa mereka diterima baik oleh rakyat kerana jika dilihat pada jumlah undi pada PRU ke 13 lalu, jumlah undi kedua-dua kerusi adalah lebih dari apa yang mereka perolehi sekarang. Mereka kekurangan sekitar lebih 1500 undi pada PRU ke-13 lalu dan sekaligus menggambarkan yang mengundi mereka pada PRK kali ini masih dalam kalangan kelompok yang sama. Manakala majoriti itu punya jurang yang besar kerana undi telah terpecah kepada dua pasukan yang ada asas yang kukuh untuk rakyat berikan undi iaitu antara PAS dan AMANAH.

Rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah membuat pilinan. Isu seperti GST, 1MDB, skandal yang melibatkan pimpinan atasan BN, bukanlah “masalah besar” bagi mereka. Mereka hanya dambakan keperluan semasa mereka dipenuhi. Maka rakyat disana perlu menuntut agar seluruh janji yang diberi perlu dipenuhi. Sama ada janji bina jambatan, menyelesaikan isu pusat kesihatan, masalah petani dan nelayan ianya perlu diselesaikan sebelum PRU ke-14 tiba kelak.

Benar, ini bukanlah medan sebenar untuk memuji atau menunjukkan bukti rakyat Selangor mahukan BN kembali menerajui negeri itu seperti yang disebut oelh Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana ianya memang kerusi yang dimenangi BN pada PRU yang lepas.

KEJUTAN MENJELANG PRU 14?

Ada yang meramalkan pertandingan lebih dari 2 penjuru ini memberikan kelebihan kepada BN. Ini kerana undi pembangkang itu hampir pasti terpecah kepada 2 iaitu antara bersama PH dan Blok ke-3. Jika diteliti situasi politik semasa ianya adalah keputusan mustahil buat pembangkang kerana ia telah ditegaskan berulang kali oleh pimpinan PAS mereka tidak akan berunding dengan PH. Taktik BN agar PAS keluar dari keutuhan pembangkang nyata berkesan dan beri keuntungan kepada mereka.

Ramai juga yang yakin PAS tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan dan buktinya mereka terus membawa nas dan hadis berkaitan perang bila berhadapan dengan AMANAH dan DAP. Apatah lagi DAP dilihat sebagai penentang hudud yang terbesar berbanding MCA, MIC dan Gerakan. Atau dari sekarang PAS perlu berpaut pada bahu UMNO dalam berhadapan PRU yang akan datang. Maka ia sudah tentu lebih memudahkan rakyat untuk menilai dan memilih.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Syafiq Azmi
-analisa pasca PRK-
2.30 am / 19.6.2016

********************

Bumi ini kini milik anak muda. Kita hanya meminjam daripada mereka, setelah mewarisinya daripada nenek moyang kita. Anak muda harus diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab mereka demi generasi akan datang.


9 comments:

  1. Tulisan yg hanya bertujuan utk menyedap kan hati pemimpon fan penyokong PAN dan PH..
    BN..sebuah pakatan..
    PH..sebuah pakatan..
    PAS..bergerak sendirian...(masih mampu meraih undi yg byk)..
    Sebalik nya PAN Bergerak dgn di bantu seluruh kekuatan PKR dan DAP.tidak mampu menewas kan PAS dari segi pungutan undi..saya sebagai ahli pas setuju pd PRU14 nti di terus kan pertandingan 3 penjuru ini..kalah tak mengapa kerana perjuangan kita panjang selagi siang dan malam ...matahari masih terbit di sebelah barat..saya tidak kecewa dgn keputusan ini dan akan terus bersama PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skg aku tahu stand Pis....mereka skg sudah mejadi body guard Babi-N....mengacau undi dn memastikan PH tidak berjaya ke putrajaya....dpt upah bkn x dapat

      Delete
    2. Skg aku tahu stand Pis....mereka skg sudah mejadi body guard Babi-N....mengacau undi dn memastikan PH tidak berjaya ke putrajaya....dpt upah bkn x dapat

      Delete
  2. Elok la tu biar semua pemimpin pembangkang merasa kehilangan kerusi pada PRU 14 ni,DAP parti rasis penentang Islam terunggul manakala PAN parti pengkhianat.....analysis yg x tepat,jika dilihat di bandar peti undi cina telah beralih kpd BN manakala peti undi melayu PAN kalah teruk,sedarlah diri wahai PAN jangan lah jadi boneka DAP,PAS dah pernah kalah&menang dlm 60 thn ,apa yg nak dikisahkan kekalahan di dunia yg fana INI.

    ReplyDelete
  3. Analisa awal menunjukan AMANAH kalah teruk dikawasan majoriti cina manakala BN dan PAS bersaing..
    Dikawasan majoriti cina pula menunjukan ada peralihan undi cina menyokong BN..
    Ini penanda aras yg AMANAH akan kecundang di kawasan majoriti melayu terutama di kltan, terengganu,kedah dan negeri2 lain..
    Kalau AMANAH masuk juga bertanding akan menguntung kan BN.

    ReplyDelete
  4. Elok bubar je Pan tu, berjuanglah dari dalam pas kalau pas tu berdosa mengikut ukuran yg keluar dan tubuh pan. Ni tidak kalah dalam pemilihan keluar parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemilihan ikut chai tu ikut keadilan dalam islam la ye?
      Dorg blah sebab malu ada presiden kaki maki suka ponteng mesyuarat penting pakatan,berlagak nak jadi boss,suka tikam belakang,mungkir janji.
      Malu la ada presiden mcm tu.
      Baik dorg blah

      Delete
  5. Analisis tak menyatakan majoriti undi yang PAN dapat dari kaum mana...kalau bukan dari kaum melayu..jgn laa megah sangat....takut nanti akan benar kata-kata orang..PAN bukan saja KUDA tapi KELDAI tunggangan DAP.

    ReplyDelete
  6. Air sejak menang ni pencacai syok ja serbu blog pro pakatan.
    Jangan lupa bonus raya!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.