Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 21 July 2016

CIS! RUPANYA PAHLAWAN KENYA PERMAINKAN PAHLAWAN BUGIS

Bukan senang nak dapat peluang main golf dengan Pahlawan Kenya (kelahiran Hawaii) yang sekarang menguasai Rumah Putih. Tetapi Pahlawan Bugis mampu melakukannya. Walaupun dalam apa keadaan sekalipun:

KEADILAN DAILY

Malangnya, walaupun Pahlawan Kenya itu sanggup main golf dengan Pahlawan Bugis, dia tetap suruh Pahlawan Bugis balik Malaysia dan cari MH370 di selatan Lautan Hindi Selatan, walaupun tak jumpa.

Betullah demer ni pembohong. Janji macam-macam demi TPPA. Tapi langsung tak pertahan ayor muka partner yang sama-sama main golf.

Apa yang Obama buat?

Dia biorkan ajer Jabatan Kehakiman buat press statement yang memalukan rakyat Malaysia!

Oleh kerana kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ditulis dalam Bahasa Inggeris, maka Yong kongsikan yang telah diterjemahkan. Lebai PAS sila hadam.

JABATAN PERUNDANGAN

Pejabat Hal-Ehwal Awam

Rabu, 20 Julai 2016

Amerika Syarikat Berusaha Mendapatkan Kembali Lebih AS$1 bilion Yang Diperoleh Melalui Rasuah Melibatkan Dana Mahsul Negara

Peguam Negara Loretta E. Lynch mengumumkan hari ini bahawa pemfailan permohonan rampasan sivil untuk tujuan merampas dan mendapat kembali lebih AS$1 bilion dalam bentuk aset yang berkait dengan konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang haram yang diseleweng dari sebuah dana mahsul negara (sovereign wealth fund atau SWF) Malaysia. Permohonan hari ini merupakan suatu tindakan tunggal terbesar yang pernah dijalankan di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi.

Turut mengiringi Peguam Negara Lynch di majlis pengumuman itu adalah Penolong Peguam Negara Leslie R. Caldwell dari Bahagian Jenayah, Jabatan Perundangan; Peguam Kerajaan AS Eileen M. Decker dari Daerah Tengah California; Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Andrew G. McCabe; dan Ketua Pengarah Siasatan Jenayah dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (IRS-CI) Richard Weber. 

Menurut permohonan itu, sejak 2009 sehingga 2015, lebih dari AS$3.5 bilion dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan diseleweng oleh pegawai-pegawai tinggi dan sekutu-sekutu mereka. Dengan pemfailan permohonan hari ini, Amerika Syarikat dengan ini berusaha untuk mendapatkan semula lebih AS$1 bilion dana yang diubah secara haram melalui Amerika Syarikan dan boleh dikesan dan disahkan berkait dengan konspirasi ini. 1MDB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosi pembangunan ekonomi di Malaysia melalui perkongsian sejagat dan pelaburan terus asing, dan dananya sepatutnya digunakan untuk menambah baik kebajikan rakyat Malaysia. Namun begitu, menurut permohonan itu, para pegawai 1MDB dan sekutu mereka dikatakan dana tersebut menyelewengkan lebih AS$3 bilion.

“Jabatan Perundangan tidak akan membenarkan sistem kewangan Amerika digunakan sebagai saluran amalan rasuah,” kata Peguam Negara Lynch. “Dengan tindakan ini, kita beruasaha untuk merampas dan mengambil kembali dana yang asalnya bertujuan untuk mengembangkan ekonomi Malaysia dan membantu rakyat Malaysia. Akan tetapi, dana ini telah dicuri, diubah melalui badan-badan kewangan Amerika dan digunakan memperkaya beberapa pegawai dan sekutu mereka. Pegawai-pegawai korup di seluruh dunia patut tahu bahawa kami tidak akan menghentikan usaha agar mereka terus dinafikan hak ke atas hasil jenayah mereka.”

“Menurut pertuduhan dalam permohonan ini, kes ini adalah umpama ‘hidup meniru seni’ (life imitated art: hasil kerja yang amat halus dan rapi),” ujar Penolong Peguam Negara Caldwell. “Sekutu-sekutu pegawai perasuah 1MDB ini dikatakan telah menggunakan sebahagian dari hasil haram dari skim penipuan mereka untuk membiayai The Wolf of Wall Street, sebuah filem tentang seorang broker saham korup yang cuba untuk menyembunyikan keuntungan haram miliknya di tempat-tempat yang dianggap selamat di luar negara. Walau bagaimanapun, sama ada pegawai-pegawai perasuah tersebut cuba untuk menyembunyikan aset curian di beberapa negara - atau di sebalik layar perak - Jabatan Perundangan beriltizam untuk memastikan tidak akan ada tempat yang selamat (untuk wang haram itu atau pengubahnya).

“Wang curian itu kemudiannya digunakan untuk membeli pegangan dalam syarikat muzik, hasil seni atau hartanah bernilai tinggi boleh dirampas di bawah undang-undang AS,” kata Peguam AS Decker. “Tindakan hari ini adalah hasil usaha keras para peguam dalam jabatan saya dan Jabatan Perundangan, serta pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh negara. Kami semua beriltizam untuk menyampaikan mesej bahawa kami tidak akan membenarkan Amerika Syarikat dijadikan ‘gelanggang bermain’ mereka yang korup, persada pengubahan wang haram atau tempat untuk menyembunyikan atau melaburkan harta curian.”

“Amerika Syarikat tidak akan menjadi tempat selamat untuk pegawai kerajaan negara asing yang rasuah,” menurut Timbalan Pengarah McCabe. “Rasuah awam, tidak kita di mana, adalah suatu ancaman kepada ekonomi sejagat yang saksama dan kompetitif. FBI bertekad untuk bekerjasama dengan mana-mana rakan di dalam mahupun luar negara untuk mengenalpasti dan memulangkan kembali harta curian ini kepada pemilik asal mereka yang sah, yakni rakyat Malaysia. Saya ingin berterima kasih kepada pasukan penyiasat FBI dan IRS yang telah bekerjasama dengan pihak pendakwaraya dan rakan-rakan luar negara kami dalam kes ini.”

“Pengumuman hari ini membuktikan betapa luas dan dalamnya pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang berkait dengan dana 1MDB,” kata Ketua Weber. “Kami tidak boleh membenarkan penyelewengan wang haram yang begitu besar, terang-terangan dan tanpa segan silu sebanyak berbilion-bilion dolar ini diubah melalui badan-badan kewangan AS tanpa sebarang akibat buruk.”

Menurut pertuduhan dalam permohonan, mereka yang terbabit dalam konspirasi ini - termasuk pegawai-pegawai 1MDB dan sekutu-sekutu lain - dikatakan mengalihkan lebih AS$3.5 bilion dana 1MDB. Dengan menggunakan dokumen dan perwakilan palsu, sekutu konspirator dikatakan mengubah dana haram melalui beberapa siri urusniaga rumit dan syarikat lohong (shell company) palsu yang mempunyai akaun bank di Singapura, Switzerland, Luxembourg dan Amerika Syarikat. Urusniaga-urusniaga ini dikatakan bertujuan untuk menyembunyikan asal, punca dan hak milik dana terbabit, dan akhirnya diproses melalui badan-badan kewangan AS dan kemudiannya digunakan untuk memperoleh dan melabur dalam aset di Amerika Syarikat.

Dalam usaha untuk mendapatkan kembali lebih dari AS$1 bilion itu, permohonan itu memperincikan penyelewengan harta 1MDB yang dikatakan berlaku melalui sekurang-kurangnya tiga skim. Pada tahun 2009, dokumen permohonan menuduh para pegawai 1MDB dan sekutu mereka telah menggelapkan lebih kurang AS$1 bilion yang sepatutnya dilaburkan untuk eksploitasi konsesi tenaga yang dikatakan dimiliki oleh rakan kongsi luar negara. Sebaliknya, dana itu dialihkan melalui syarikat-syarikat lohong dan digunakan untuk membeli beberapa aset, seperti yang dijelaskan dalam permohonan. Permohonan itu turut mendakwa sekutu konspirator menyeleweng lebih AS$1.3 bilion dari dana yang dikumpulkan melalui dua terbitan bon pada tahun 2012 and AS$1.2 bilion melalui terbitan bon pada tahun 2013. Menurut perincian dalam pertuduhan ini, dana curian kemudiannya diubah masuk ke Amerika Syarikat dan digunakan oleh para konspirator untuk mendapatkan dan melabur dalam pelbagai aset. Aset-aset ini dikatakan termasuklah hartanah bernilai tinggi dan hartanah hotel di New York dan Los Angeles, sebuah jet peribadi bernilai AS$35 juta, karya seni oleh Vincent Van Gogh dan Claude Monet, serta pegangan dalam hak penerbitan muzik oleh EMI Music dan penyuntingan filem The Wolf of Wall Street pada tahun 2013. 

Siasatan kes ini dijalankan oleh Unit Rasuah Antarabangsa FBI dan IRS-CI. Timbalan Ketua Woo S. Lee dan Peguam Perbicaraan Kyle R. Freeny dari Seksyen Rampasan Aset dan Pengubahan Wang Haram, Bahagian Jenayah, serta para Penolong Peguam Kerajaan AS John Kucera dan Christen Sproule dari Daerah Tengah California menjalankan pendakwaan bagi kes ini. Pejabat Hal-Ehwal Antarabangsa, Bahagian Jenayah turut memberikan bantuan kerjasama.

Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi ini dipimpin oleh sebuah pasukan pendakwa dari Seksyen Rampasan Aset dan Pengubahan Wang Haram, Bahagian Jenayah yang bertekad untuk merampas sebarang hasil rasuah pegawai negara asing dan, jika berkenaan, menggunakan aset yang dirampas untuk kemaslahatan mereka yang menjadi mangsa salahlaku rasuah dan salahguna kuasa. Mereka yang mempunyai maklumat tentang sebarang kemungkinan wang hasil rasuah di negara asing yang, sama berada dalam atau diubah melalui negara Amerika Syarikat, wajib menghubungi pihak penguatkuasa undang-undang persekutuan atau menghantar emel ke kleptocracy@usdoj.gov atau https://tips.fbi.gov/. 16-839 

Pejabat Peguam Negara 
- Dikemaskini 20 Julai 2016


Sumber Trejemahan:


********************

Komer jangan marah Yong.

Yong hanya seorang rakyat biasa yang sayang Malaysia dan tidak sanggup mati bersama-sama UMNO. . .

ASTRO AWANI

Yang berani mati tu jangan bimbang. Nama Najib tak disebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, kata Abdul Rahman Dahlan (Malaysiakini). 

Nak gelak ke nak nangis?





6 comments:

  1. Tak lawak pun

    Bapak dulu rembat duit flda

    Anak rembat 1mdobi

    Bapak mati muda

    Anak tak mati mati jadi firaun

    Itulah najibullah laknatullah

    ReplyDelete
  2. Aduih Yong.....alih lah ke bahasa arab, baru hadi and gang boleh jatuh hukum mengikut RUU 355......Najib pun sokong!

    ReplyDelete
  3. pakat balaih hadiah abihh..kawan bagi...pak arab bagi...anak murid bagi...ishhh hebat pemimpin

    ReplyDelete
  4. itulah tahap iman dan pengetahuan agama kbykn org Islam dinegara ini. sbb itu masih ramai yg undi bn wlp dah byk terbukti buat kezaliman.

    insan akan dibangkitkan bersama2 pemimpin2 mrk. yg ambil najib sbg pemimpin spt pengundi, penyokong, pemakan dedak, penerima jawatan akan bersama2 najib diakhirat nanti.

    tak dpt dbygkan bgmn sorg yg hafal al-Quran boleh ambil najib sbg pemimpin dia???

    ReplyDelete
  5. Orang kelulusan politikal sains dari universiti lslam cakap....

    http://darisungaiderhaka.blogspot.sg/2016/07/skandal-1mdb-ada-konspirasi-cabar.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Hi Yong,

    Saya org Cina, asal Penang. Sekarang ini terasa amat sedih dan malu tentang apa yg terjadi - negara kini diperintah oleh sekumpulan penjenayah dan 'we feel helpless'. Saya tak hairanlah kalau gerombolan (dgn budaya Umno/BN) ini berniat jahat dan menyamun harta negara untuk wang, kuasa dan pangkat. Tetapi saya tidak dapat memahami kenapa golongan Ulamak2 dan agamawan Islam yg sepatutnya paling lantang dan keras menentang kejahatan dan kerakusan ini, semuanya mendiam diri...malah menyokong pulak Penjenayah2 yang bertopengkan Pemimpin dan penguatkuasa undang2.
    Saya tak faham; adakah rasuah & mencuri tidak salah di sisi agama? !
    Izinkan saya berkongsi komen di bawah dari blog A. Kadir Jassin (pengkomen :Zalma A):

    Kleptocracy seperti yang sebahagian orang tahu ialah sebuah kerajaan mencuri, oleh pencuri dan untuk pencuri. Jika langkah yang diambil oleh DOJ adalah dibawah kleptocracy initiative, bererti Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara pencuri, oleh pencuri , untuk pencuri.

    Dari tahun 2009 sehingga 2015, sejumlah wang melebihi USD3.5bn telah di curi dari 1MDB oleh orang2 berkuasa dalam 1MDB dan konco2 serta yang bersubahat dengan mereka.

    Kerajaan Amerika tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat untuk ketua2 negara mencuri duit rakyat dinegara mereka. Amerika tidak membenarkan ianya menjadi syurga loka untuk pencuri2 bermain disana. Mereka tidak mahu pencuri membawa budaya rasuah dan budaya mencuri dari rakyat mereka, bertapak di Amerika.

    Saya melihat ini sebagai kondemnasi keatas Malaysia. Malaysia ialah negara si pencuri. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara kafir.

    Malaysia pula ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan berasuah.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.