Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 7 July 2016

MAAFKAN TEMAN SAHABAT

SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI, MAAF DZAHIR DAN BATIN.

Yong sedang dalam proses menyusun semula blog ini. Semua blog yang ada ciri-ciri berikut akan di-unlink kerana mengganggu (annoying), selain misleading:

1. Blog yang ada iklan sex:

Mungkin anda hanya ingin mencari sedikit wang tambahan. Tetapi pernahkah anda mengambil tahu siapa yang membeli ubat sebegini? Suami mithali atau mat rempit?


2. Blog yang ada iklan tersembunyi yang redirect kita ke tapak iklan:

Iklan ini tidak keluar dalam blog anda. Apabila Yong masuk ke laman anda via rumah Yong, iklan tersembunyi ini mengambilalih tapak laman Yong. Iklan adalah dari luar negara dan kebanyakan mengenai skim cepat kaya dan anti-virus dan mungkin juga mengandungi Malware.


3. Blog yang apabila masuk saja keluar iklan dulu:

Ini cuma contoh iklan sahaja. Adalah tidak adil memaksa kita membaca iklan dahulu sebelum membaca kandungan blog.


Mungkin anda kata ini negara demokrasi, anda boleh letak iklan ikut suka anda. Ya! Setuju. Yong juga sedang melaksanakan hak demokrasi Yong untuk menutup link yang ada iklan tersebut. Yong tidak mahu bersekongkol dengan apa-apa kesan sampingan akibat percaya kepada iklan tersebut.

Kita juga tidak tahu sama ada ubat-ubatan yang diiklankan itu diluluskan oleh KKM. Kita juga tidak pasti sama ada peniaga yang mengiklankan barangan dan perkhidmatan itu benar atau scam.

Blog "menjual" agama sudah tentu tidak ada di sini.

Anggaplah ini resolusi 1 Syawal Yong pada tahun ini.

Sekali lagi Yong memohon maaf.


3 comments:

  1. Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Yong...

    Elok la tu...Teman pun pening juga dengan blog-blog sebegini. Ada satu lagi blog yang kalau kita tak "like" dia dia tak bagi kita baca. Ni apa punya orang ... dia tak tau ka cinta bukannya paksaan...
    Maaf Zahir Batin semua. Teruskan perjuangan menentang pemimpin yang rasuah dan zalim.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Yong. Kekadang jenoh nengok iklan. Write up tak boleh baca.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak yong

    Slmt hari raya, maaf zahir batin. Moga Yong istiqamah dlm perjuangan. Sumbangan kecil tapi besar nilainya. Pohon redha dan lindungan Allah senantiasa mengiringi Yong. sekeluarga

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.