Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 4 September 2016

DI PARIT JAWA MUHYIDDIN YASSIN TUDUH PERDANA MENTERI MENCURI (VIDEO)

Saksikan sendiri sedutan ceramah Muhyiddin Yassin. Kalau dia fitnah sila saman!


********************

Muhyiddin Yassin mungkin tidak seberani Anwar Ibrahim. Semasa Anwar Ibrahim membuka persoalan tentang pelaburan 1MB dalam tahun 2011, Muhyiddin Yassin masih selesa bersekongkol dengan Perdana Menteri yang kini dituduhnya mencuri. Mungkin ada hikmahnya dia berada di sisi Najib, sebagai orang nombor dua negara. Dia dapat tahu macam-macam rahsia buruk Kerajaan UMNO/BN.

Tak apalah. Omputih kata "Better late than never." Tak macam mamat dari Kelantan tu, macam chipsmore, tapi ada juga yang suka dia jadi PM Malaysia. 

Sebelum ini diberitakan jelajah Muhyiddin bersama PKR mendapat sambutan suam-suam kuku sahaja di Sabak Bernam. Haha...Silap partner Mahyuddin ni. Ramai menyampah kat budak-budak yang dipimpin tukang buat laporan polis tu, jangan komer tak sedor.

MALAYSIAKINI

Selama ini champion PKR yang bercakap tentang isu 1MDB ialah Rafizi Ramli. Tetiba ada mamat-mamat lain (yang kita tahu bercinta dengan PAS yang menyokong Najib), nak tumpang glamour. 

Konfius!

Tan Sri jangan tersalah naik bahtera lagi. 

Selamat berjuang Tan Sri.

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.