Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 21 December 2016

APABILA ULAMA KESIPUAN: BILA FATHUL BARI NAK KOMEN?

Yang mana kesipuan?

Yang ini tipu:

JANGAN CARI DI KUIS. DAH DELETE SEBAB KESIPUAN

Tapi dalam blog PAS ada lagi:

APA TUJUAN SIMPAN N3 NI? PAS

Yang mana benar?

Yang ini benar:


Mujur ada Dr Asri. Dapatlah terjemahannya. Sila hadam:


ALHAMDULILLAH, AL-QARADAWI TIDAK MENGECEWAKAN UMAT

(Tulisan ini mengulas pendirian Dr al-Qaradawi bukan mengulas TGHH. Baca dengan teliti beserta terjemahan kenyataan wakil al-Qaradawi)

Apabila ada pihak yang mendakwa kononnya Kesatuan Ulama Islam Sedunia iaitu al-Syeikh al-'Allamah Dr Yusuf al-Qaradawi menghantar wakil bertemu mesra dengan Ali Khameini di Iran saya amat dukacita. Saya kehairanan, terkejut dan sedih bagaimana ini mungkin berlaku?!

Ini kerana bagi saya mustahil ulama yang bijak dan faham seperti al-Syeikh al-'allamah Dr Yusof al-Qaradawi dan sesiapa sahaja insan muslim sunni apatahlagi ulama di WAKTU INI ketika Syiah Iran sedang menyembelih umat Islam Syria sanggup berjabat mesra dengan pemimpin mereka yang bertanggungjawab. Iman, ehsan, ukhuwwah Islamiyyah dan kewarasan insan menolak hal ini.

Saya antara pengkagum Dr Yusuf al-Qaradawi sekalipun saya tidak taklid beliau dalam semua perkara. Saya berharap pengalaman beliau, kecemburuan beliau terhadap nasib umat dan keluasan ilmu beliau dan para ulama yang insaf tidak akan terlibat hal seperti itu. Bukan isu menziarahi Iran ataupun bersalaman dengan Syiah, tapi isu kejahatan mereka pada WAKTU ini dan dalam SUASANA yang seperti ini. Mereka yang matang siyasah, tegap keinsanan serta teguh pegangan pasti cuba mengelakkan hal ini.
Alhamdulillah, dukacita saya berakhir apabila Dr Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha beliau Dr Ali al-Qurrah Daghi bukan sekadar menafi tapi mengecam tindakan itu. Ertinya tokoh umat Islam itu tidak terlibat dalam hal ini. Semoga al-Syeikh al-'Allamah al-Qaradawi dan para ulama yang ikhlas terpelihara dari fitnah seperti ini. Hal tokoh lain saya belum mahu ulas sebab bukan rujukan saya. Saya hanya menumpukan kepada pendirian Dr al-Qaradawi dan tokoh-tokoh ulama yang berwibawa yang saya membaca bahan mereka.

Berikut TERJEMAHAN kenyataan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu;

Kecaman Kunjungan (Abdul Hadi) Awang Ke Iran

Kunjungan Timbalan Presiden al-Ittihad ke Iran tidak mewakili Ittihad 'Ulama Muslimin (Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa).

Al-Ittihad al-'Alami Li 'Ulama al-Muslimin - mewakili presidennya fadhilah al- 'allamah Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Setiausaha Agungnya Dr 'Ali al-Qurrah Daghi - mengecam keras kunjungan al-Syeikh 'Abdul Hadi Awang, Naib Presiden al-Ittihad al'Alami Li 'Ulama al-Muslimin, dan presiden parti Islam Malaysia ke Iran.

Al-Ittihad al-'Alami li Ulama al-Muslimin melahirkan rasa hairan dengan pemilihan waktu kunjungan, pada ketika Iran melakukan tindakan kejam membunuh saudara kita, khasnya di Halab dan di Syria amnya. Selain peranan yg dimainkan dan ketamakan Iran untuk menguasai wilayah-wilayah kita (Ahli sunnah) termasuk di 'Iraq dan Yaman.

Al-Ittihad juga mengecam kunjungan yang dilakukan pada waktu ini, ia dianggap sebagai satu kunjungan yang tidak sah dari salah seorang yang pimpinan dalam kesatuan, dan kunjungan itu tidak mewakili sesiapa pun melainkan individu itu sendiri. Ittihad juga menantikan penilaian semula dari al-Syeikh (Haji Hadi) Awang di atas kunjungannya tersebut yang tidak dipersetujui dari segi pemilihan waktu mahupun tempat.

Al-Ittihad dalam masa berkerja untuk mewujudkan kesatuan ummah Islam, namun di sudut yang lain al-Ittihad mengambil pendirian yang jelas menentang setiap ketamakan kepuakan yang diperjuangkan oleh Iran. Al-Ittihad tidak akan melupakan peristiwa-peristiwa yang melanda umat Islam, pertumpahan darah yang mengalir di Halab (Aleppo), jutaan rakyat Syria yang terbunuh, yang tercedera, yang ditawan dan menjadi pelarian di merata tempat.

Baca juga bagaimana ulama "side of the story". Nak setuju, tak setuju, lantak komer. Yong bagi link ajer:


Kita tunggu apa pulak ulasan ulama UMNO mengenai penglibatan Presiden PAS dalam program puak Syiah Iran:


Sedap mulut ustaz ini menghentam Syiah. La ni Presiden Syiah dah mai ke Malaysia. Presiden PAS pulak dah pi senyum-senyum di sana. Hang nak kata apa?

NAK NIAGA DENGAN PUAK NI KATANYA UTUSAN

Patutnya awal-awal lagi cakap pergi sana atas kapasiti Presiden PAS. Jangan kelentong kata wakil KUIS. Bila kantoi kan dah kesipuan? 

Kita bukan dengki. Tapi sebagai parti yang memperjuangkan Islam, amanah itu wajib. 

Sudah tidak adakah yang cerdik di dalam PAS?

Semua ulama pun tahu pentingnya amanah dalam kepimpinan. Tak kira yang duduk dalam PAS, UMNO, Amanah, PKR atau PPBM. Yong petik rencana dari agensi gomen yang diterajui UMNO sebagai peringatan:

Link di sini:

Sesungguhnya isyarat sudah diberikan oleh Rasulullah SAW ketika melantik Abu Bakar menjadi imam sewaktu baginda sakit. Betapa tidak minatnya Abu Bakar untuk dilantik sebagai pemimpin umat Islam dapat dilihat ketika beliau menyampaikan pidato perlantikannya. Abu Bakar berucap, “Aku telah kamu angkat sebagai pemimpin kamu padahal sebenarnya aku membencinya. Demi Allah, sesungguhnya aku berharap agar jawatan ini dipegang oleh salah seorang di antara kamu. Jika kamu membebani tugas kepadaku sebagaimana kepada Rasulullah SAW maka aku tidak sanggup memikulnya kerana Rasulullah SAW seorang hamba yang diutamakan oleh Allah dengan wahyu dan dijamin keselamatannya. Sedangkan aku hanyalah manusia biasa yang tidak lebih baik daripada kamu. Maka bantulah aku dan taatilah aku jika aku di jalan yang benar. Tetapi jika aku menyimpang, maka luruskanlah aku.”

Semoga faham.

1 comment:

  1. DeeDee Yong...

    Gua senyum ja la Yong.... nak buat camana... biaq pi kat depa la.. Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.