Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 9 February 2017

CADANGAN PALING BERNAS BUNG MOKTAR

Siapa kata Bung Moktar takde idea? Inilah dia cadangannya yang paling bernas:


Maklumlah Sabah maju sudaa...Takkan semua mahu percuma saja kan?

Urang Kinabangan sukak dengan cadangan ini? Kalu sukak, undilah lagi beliau pada PRU14. Yang pasti kalu terlaksana, harga barangan di Kinabatangan akan turun mendadak...

Seperti kata Ahmad Maslan. Lepas GST, harga barangan akan turun!

Begitulah keadaannya nanti di Kinabatangan selepas cukai pintu dilaksanakan.


Mohon ampooon!

2 comments:

  1. Assalamualaikum Yong

    Memang benar pun ada kebaikannya Majlis Daerah mengenakan cukai pintu untuk sesuatu kawasan bandaran, yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Di dalam kawasan PBT yang dinamakan 'zon tadbiran' terbahagi pula kepada dua zon, iaitu 'zon disediakan perkhidmatan' dan 'zon tidak disediakan perkhidmatan' oleh PBT tersebut.

    Cukai pintu hanya akan dikenakan untuk premis yang berada di dalam 'zon disediakan perkhidmatan' sahaja dan PBT berkenaan akan memberikan perkhidmatan membina serta menyelenggara jalan, parit, lampu jalan, kawalan bangunan, pasar, potong rumput (bahu jalan dan padang), perkhidmatan angkut sampah, kawalan vektor/nyamuk, pelesenan dan permit dan beberapa perkara lagi. Semuanya itu adalah bersumberkan kewangan yang dipungut dari cukai pintu dan juga geran peruntukan dari kerajaan negeri atau KPKT. Berikut beredarnya waktu, sedikit demi sedikit 'zon tidak disediakan perkhidmatan' akan diserapkan menjadi 'zon disediakan perkhidmatan' mengikut kewajaran.

    Cuma apa yang dibimbangi adalah, PBT tersebut tidak melaksanakan fungsinya menurut piagam yang telah termaktub disamping berlakunya unsur-unsur pembaziran, penyelewengan dan rasuah walaupun amaun rasuah itu tidaklah sampai mencecah RM2.6bilion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Saleh,

      Setuju ada kebaikan cukai pintu. Tetapi banyak kerja tidak diselesaikan walaupun ada cukai pintu. Kenapa ya?

      Fikirlah cara lain yang tidak membebankan rakyat yang begitu banyak membayar cukai.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.