Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 15 February 2017

PENUNGGANG AGAMA - BILA KERAJAAN AKAN BERTINDAK?

Dalam ramai-ramai penunggang agama, inilah yang paling canggih! Orang ini bawa doa tuan-tuan/puan-puan ke Mekah mengadap Allah SWT. 

SUMBER

Berdasarkan apa yang ditulis dalam FBnya, dia menjamin doa itu sampai kepada Allah SWT dan makbul dengan segera!


Bila pulak Allah SWT lantik dia menjadi wakil mengumpul dan menyampaikan doa orang ramai!?

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Doa pun sudah kena jual!

Tentang penunggang agama ini, bukan Rasulullah SAW tidak memberi amaran. Baginda bersabda (terjemahannya):

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi).

Teringat Yong apa kata Dr Jasser Auda:


Pastinya dia tidak menghina pemakai jubah, kerana dirinya pun berbangsa Arab. Tetapi ia sekadar peringatan kepada kita supaya berhati-hati (Contohnya individu seperti pemilik FB Valet Doa).

Semasa N3 ini ditulis FB tersebut masih wujud.

Mohon pihak yang berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya!

8 comments:

  1. Kalo nak bagi tahu pasal JUBAH...sebutkan HADIS Nabinya...jangan cakap sekerat sekerat...seolah2 pakai jubah itu perkara NEGATIF...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane ade hadis suruh, larang pakai jubah. Pakai jubah harus mcm pakai seluar jeans panjang.

      Delete
    2. Sekadar analogi sahaja tu, tiada hadis tetapi memakai jubah adalah untuk menutup aurat sahaja.

      Untuk kefahaman lebih jelas boleh juga guna analogi begini; anjing pakai tali leher dan pemimpin pun pakai tali leher juga, tetapi anjing langsung tidak pernah rembat duit bilion-bilion, amacam...

      Delete
    3. Susahnye manusia take o
      Paham bahasa....jubah ITU hanya analogi

      Delete
  2. Tuan faham tak apa yang dimaksudkan oleh Dr Jasser Auda tu ... berjubah bukanlah segalanya macam hujjah sesetengah pihak ...yang penting ialah pakaian yang menutup aurat

    ReplyDelete
  3. Jubah itu hanyalah sunnah jibliyiah. Iaitu kerana budaya dan faktor persekitaran. Disebabkan Nabi Muhammad lahir di Tanah Arab dan membesar dalam lingkungan orang Arab, maka baginda memakai jubah

    ReplyDelete
  4. rmbut same htam...hti⁉⁉...

    ReplyDelete
  5. Kalu mintak doa dapatkan bini cantek tinggi lampai lagi seksi berusia dlm 19thn ke 25 thn sebagai no 2 berapa kena bayar. Dengan melembutkan hati bini no 1 memberi kebenaran skali. Kira 2 in 1 lah.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.