Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 3 April 2017

SIAPA MASIH INGAT KES IMAM BALING SELIPAR KEPADA HAKIM?

Yong langsung tak sokong perbuatan baling selipar kepada orang lain. Tak kira terhadap hakim atau siapa saja. Tak kira si pembaling selipar itu imam atau bukan imam.

Tentu mengkomer ingat lagi kan? 

Imam itu dihukum penjara selama setahun di atas perbuatannya:

MALAYSIAKINI

Yong juga setuju tindakan itu boleh menggugat kuasa pihak institusi dan menjatuhkan maruah institusi di mana yang kena baling itu bertugas.

Ya. Memang patut dibendung! 

Tapi kalau yang diserang itu penjawat awam (ahli Parlimen) bertugas di institusi legislatif daripada parti pembangkang?

SINAR HARIAN

Begini pulak jadinya...

SINAR HARIAN

Parlimen tidak terhina ke? Atau Khalid Samad silap kerjaya?

ALAHAI NEGARAKU!

*Firdaus Tajuddin, anak lelaki kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman didakwa merupakan sebahagian daripada kumpulan dari Pemuda Umno bahagian Pasir Salak yang menyerang Khalid sebaik sahaja ahli Parlimen itu keluar dari keretanya di pintu masuk Dewan Rakyat dalam insiden 24 November lalu* (MSTAR)

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.