Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 12 March 2017

SELAIN NIAGA DI CAYMAN ISLANDS...

Berikut kenyataan media paling keras Yong baca yang dikeluarkan oleh Amanah. Yong kongsi buat mereka yang tak buka homepage Amanah:

2 hrs ·

Kenyataan Media.

*MALAYSIA TERLIBAT MENJUAL SENJATA DARI KOREA UTARA - NAJIB PERLU JAWAB SEGERA.*


1. Pihak berkuasa Kerajaan Malaysia perlu memberikan penjelasan kepada rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa bahawa terdapatnya syarikat dan individu yang menjual senjata dari Korea Utara di negara ini.

2. Masyarakat antarabangsa umumnya sedia maklum bahawa Korea Utara adalah di antara negara penyangak - (rogue state) - di mana hubungan diplomatik dan hubungan dagang harus ditangani dengan teliti dan cermat sesuai dengan beberapa konvensyen dan peraturan antarabangsa.

3. Apabila berlaku *Krisis Kuala Lumpur - Pyongyang* ketika ini akibat pembunuhan politik abang tiri Presiden Korea Utara, ada pihak termasuk Reuters telah dapat menimbulkan beberapa penemuan menarik yang semacam tersembunyi daripada pegetahuan umum sebelum ini seperti kemudahan Imigresen tanpa visa oleh rakyat Korea Utara ke negara ini.

4. Terdapat syarikat yang beroperasi menjual senjata buatan Korea Utara yang juga dimiliki oleh orang kuat sebuah parti politik di negara ini. Dikatakan Korea Utara dapat mewujudkan pusat penjualan senjata mereka di sebuah bangunan di Little India, Kuala Lumpur.

5. Perdana Menteri seharusnya memberikan penjelasan tentang keterlibatan penjualan senjata dari Korea Utara oleh Global Communications Company (Golcom) yang kemudiannya menukar identiti kepada International Golden Services (IGS). Di bawah dagu dan hidung pentadbiran Perdana Menteri mana mungkin Najib boleh menafikan bahawa Malaysia telah menjadi destinasi penjualan senjata haram oleh negara Korea Utara yang bertentangan dengan United Nation Arms Embargo. Ini sudah membawa masalah dan reputasi Malaysia di mata badan dunia tersebut.

6. Dalam ertikata lain, kita sendiri yang membuka ruang untuk orang memasang jebak atau perangkap yang hari ini rakyat dan pegawai kita di Pyongyang yang menjadi taruhan. Rakyat pula diminta bersembahyang hajat untuk menutup segalanya?


*SALAHUDDIN HAJI AYUB*
Timbalan Presiden 
Parti Amanah Negara (Amanah)
12 Mac 2017.

********************

Walaupun cerita mengenai hub jualan senjata di Little India itu telah tular pada hujung bulan February (Baca di sini), tetapi bak kata omputih., "Better late than never," memang patut sangat Amanah membuat gesaan ini.  

Mungkin cerita perniagaan senjata yang diharamkan oleh UN ini akan digelapkan dari pandangan awam jika Kim Jong Nam tidak mati dibunuh di Malaysia. 

Oopps...bukan kita maksudkan kejadian pembunuhan ini perkara yang baik. Tetapi sepandai-pandai manusia merancang, Allah SWT juga sebaik-baik perancang:

Surah al-Imran ayat 54

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

ALLAH berfirman dalam al-Quran “Dan Mereka Merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”

Hati kecil ini tertanya-tanya:

Sudah berapa banyak sebenarnya kedaulatan Malaysia tergadai kepada negara Asing?

Jom ramai-ramai nyanyi lagu "Warisan."

2 comments:

  1. Hebatnya negaraku yang tercinta ini, kan? Maju Malaysia!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.