Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 13 March 2017

PAKCIK DAN MAKCIK FELDA KENAL KE PETER SONDAKH?

Sudah tentu tidak ramai pakcik dan makcik Felda yang kenal Peter Sondakh. 

Melihat dari nama, sudah tentu Peter Sondakh ni bukan Melayu dan bukan Islam. Malahan dia bukan rakyat Malaysia pun. Dialah pemilik PT Eagle High Plantations.

Felda sudah memiliki 37% saham dalam PT Eagle High Plantations, kalau pakcik dan makcik Felda nak tau. Baca di sini dan di sini.

Takkan harganya seringit dua, kan... Kata Rafizi, Felda terpaksa menjual harta dan meminjam wang untuk membiayai pembelian yang berjumlah RM2.263 bilion.

Peter Sondakh juga pemilik satu resort mewah di Langkawi yang sewanya satu malam jauh lebih mahal daripada gaji sebulan seorang tukang cuci di pulau itu. 


Apakah yang Malaysia dapat setelah bersidang di tempat yang hebat itu?

BHARIAN

Malaysia dipuji melambung oleh perwakilan. Maklumlah, tempat mewah, kan? Haha...

Lagi?

MSTAR


Harga tepung naik. Dengan itu rakyat dapat berjimat kerana tidak lagi pergi sarapan roti canai di restoran mamak. Jangan tanya Yong harga roti di restoran hotel mewah itu.

Ok. Apakah yang rakyat dapat setelah Felda beli 37% saham dalam PT Eagle High Plantations?

 MALAYSIAKINI

Harga minyak masak naik.

Jom ramai-ramai nyanyi lagu "Warisan."

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.