Tiba-tiba keluar berita kononnya Daim Zainuddin membiayai parti baru Ezam. Semua orang tahu parti Ezam itu kongsi dengan Khairuddin Abu Hassan.
Bukan Yong buat cerita ni. Yong baca dari Malaysia Chronicle yang mengambil cerita itu dari UMNO.
Kalau cerita UMNO, tak payah nak perah otak untuk menilainya.
Daripada Daim bagi Ezam buat parti kecil yang mungkin ada 2-3 orang lama UMNO di dalamnya, baiklah Daim buat sekolah. Lagi barokah.
Itupun kalau duit halal ler...
Parti Ezam nak bertanding di mana pun kita tak taw.
Sekarang ini masing-masing sudah pakat-pakat berebut kerusi.
Yang kata tak mahu kerjasama dengan PH pun bagi amaran jangan cuba nak berebut kerusi dengan demer.
Ahli politik, dulu, kini dan selamanya! Malu tolak tepi.
Betui tu yong..politikus..tetap mcm tikus..haha..
ReplyDelete