Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 20 May 2017

PUNCA PERKASA HANGIN DENGAN MCA

Mengapa tiba-tiba Perkasa hangin dengan MCA yang menjadi sekutu UMNO selama ini?

Mungkin ada yang tak tau puncanya. Mungkin ada yang baca tapi tak faham punca. 

Ok. Ini Yong ulas mengapa Perkasa naik antu dengan MCA. Puncanya tulisan bekas duta Dennis Ignatius. 

Disebabkan bekas duta itu menulis dalam bahasa omputih, mungkin ramai tak faham. Jadi Yong ulas dalam bahasa Melayu. Bukan terjemahan secara direct yer. Cuma apa yang Yong fahami daripada tulisannya, siap dengan tajuknya:

TARIAN MERBAHAYA MCA DAN PARTI KOMUNIS CHINA.

Umum mengetahui apa tujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di China untuk menghadiri "New Silk Road Summit" yang dihoskan oleh Presiden Xi Jiping, dan mencari pembeli untuk projek Bandar Malaysia.

Tetapi, apa yang ramai tidak sedar adalah mesyuarat antara Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai (yang mengiringi Perdana Menteri) dan Song Tao, Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

Liow Tiong Lai, dipetik dalam The Star bertarikh 5 Mei 2016, sebagai berkata “MCA dan Parti Komunis sedang bekerjasama rapat dalam perkara yang melibatkan budaya, pendidikan dan latihan kader, dan telah sampai masanya untuk memulakan kerjasama ekonomi ke atas inisiatif itu.” 

Dennis Ignatius, yang juga Penasihat First Step Forum, berpendapat “Mengambil kesempatan daripada hubungan yang berkembang antara Malaysia dan China, Parti Komunis China telah secara senyap-senyap meningkatkan hubungan daripada negara ke negara (China dengan Malaysia) kepada parti ke parti dengan MCA.

Perbuatan ini adalah umpama pergantungan kepada kuasa asing untuk mencapai matlamat politik domestik dan merupakan pengukur betapa terdesaknya MCA.

Seterusnya bekas diplomat itu mendakwa, wakil-wakil Parti Komunis China kini menghadiri mesyuarat tahunan MCA; manakala diplomat negara Republik Rakyat China tersebut sering mengiringi ahli politik MCA apabila mereka melawat ke kawasan atau bertemu dengan persatuan perniagaan Cina tempatan.

Kerjasama dan hubungan persaudaraan antara Parti Komunis China dan MCA kini seolah-olah sedia untuk dieratkan lagi dengan kemasukan latihan kader. Walaupun butiran masih tidak lengkap, latihan kader terkenal sebagai satu bahagian penting dalam metodologi indoktrinasi Parti Komunis China.

Parti Komunis China difahamkan mempunyai lebih daripada 2900 sekolah latihan kader di semua peringkat. Kader-kader dilatih dalam perjuangan ideologi parti dan strategi, mobilisasi akar umbi, dan dasar-dasar ekonomi dan sosial serta pengurusan dan pentadbiran.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Parti Komunis China telah mula menjemput parti-parti politik asing yang ia ingin mewujudkan hubungan rapat dengan mengambil bahagian dalam program-program latihan kader mereka. 

Manakala kurikulum bagi peserta asing sedikit berbeza, objektif mempengaruhi dan doktriner parti politik asing tetap sama. Dalam jangka masa panjang, Parti Komunis China berharap untuk membina teras kader asing yang bersimpati dengannya, dan menyokong Parti Komunis China dan dasar luarnya serta matlamat ideologinya.

Memandangkan sifat program latihan kader Parti Komunis China ini, kita tertanya-tanya mengapa MCA mahu membincangkan latihan kader dengan Parti Komunis China? Dan adakah ia selaras dengan kemerdekaan dan kedaulatan kita untuk membenarkan pihak politik asing, lebih-lebih lagi komunis, untuk menyerap ke dalam proses politik negara kita?

Kerajaan China campurtangan dalam politik tempatan apabila secara terbuka berkempen supaya kaum Cina menyokong MCA dan Barisan Nasional. Malah, duta Kerajaan China pernah berkata bahawa Cina Malaysia mesti menyokong MCA jika ingin mempunyai suara dalam Kabinet serta; memastikan hubungan erat antara Malaysia dan China dan seterusnya mendapat manfaat daripada projek Kerajaan China serta peluang perniagaan.

MCA berharap sokongan politik China dapat membantunya mendapatkan semula keyakinan pengundi Cina Malaysia, yang telah menghukum parti itu dengan teruk kerana terlalu tunduk kepada UMNO. 

Apa yang berlaku sudah tentu bertentangan dengan amalan diplomatik serta janji yang diulang-ulang - bahawa China tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara-negara lain. 

Perbuatan sedemikian tidak pernah diterima pada masa lalu. Namun, disebabkan pengaruh China di Malaysia hari ini, kerajaan menutup mata terhadapnya. 

Sejak Parti Komunis Malaya tidak berfungsi lagi, tidak ada parti politik tempatan yang memilih untuk berjajar secara terperinci dengan sebuah parti politik asing, dan menggalakkan dasar-dasar kerajaan asing dalam apa-apa cara sekalipun.

Dennis Ignatius mengakhiri tulisannya dengan memberi amaran bahawa membenarkan Parti Komunis China masuk ke dalam rangka politik kita melemahkan keselamatan negara kita dan menjejaskan proses politik kita. Ia seharusnya mencemaskan semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras.

Sebagai bekas pegawai kanan yang berpengalaman selama 36 tahun dalam perkhidmatan luar negara Malaysia, sudah tentu pandangan Dennis Ignatius itu munasabah bagi yang waras.

Tetapi bagi rakyat biasa, khususnya yang benci tidak ketahuan terhadap DAP, adakah mereka dapat menilai segala tindak tanduk MCA/BARISAN NASIONAL ini dengan akal yang waras?

MCA melalui Ketua Biro Keharmonian Agama, Ti Lian Ker, telah menafikan dakwaan Dennis Ignatius. Malahan penafian suam-suam kuku MCA itu disertai dengan tuduhan bahawa bekas duta itu digunakan oleh pembangkang.

Jangan carilah berita tu dalam Utusan atau lain-lain berita Melayu pasal hubungan MCA dengan Parti Komunis China ni.

Dalam perkara ini Yong berkongsi kebimbangan dengan bekas Duta ini.

Berikut video kenyataan Ibrahim Ali bagi pihak PERKASA:


Rujukan:


8 comments:

  1. Punyala sayang dan kagum dan hormat dam sanjungnya pd atgna....smpi buat seminarkan...bila.keluarga atgna kata jgn...haishhh pantang mengundur anak jantan...sekali madey perlekeh atgna...chaittt...sekor pun x angkat kepala...kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Nak visible visible la...nak invi pun xperla...klu nk dgr komen syiokkk sendiri...kerja la dgn invoke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kamu merepek pasal ATGNA ni kenapa?

      N3 ni pasal MCA yang buka pintu belajar dengan parti komunis China. Bukan pasal seminar ATGNA. Kamu penyokong MCA ke? Tak pun kamu penyokong Parti Komunis China.

      Kalau aku syok sendiri, pasal apa kamu singgah dan komen?

      Cuba kamu tengok sendiri berapa ramai visitors aku, baru kamu boleh kata aku syok sendiri.

      Delete
    2. Biasa la Yong...walaun ni mana boleh berfikir jauh sikit drp apa yg levai-levai mereka syarahkan dan ceramahkan... otak mereka jenis otak kelabu, nak kata apa lagi!!!

      Levai-levai mana ler tau hal-hal politik menjangkau sempadan begini. Yg seterang dan sejelas rm2.6b pun tk ketahuan, mr presideng pulak tu!

      Levai-levai busy, sibuk krn duk asyik kafirkan dan memunafiqkan orang yg tak sekapal dgn mereka.

      Teman kesian tengok walaun ni diklentong kaw-kaw oleh levai-levai mereka, kerana mereka wala dan setia vuta dan tuli!!!

      Delete
  3. Walaun2 Pas terhegeh2 masuk dlm blog orang lain utk menyebarkn dakyah mereka yg tak laku. Harakah pun rakyat xmau beli apatahlagi nk baca harakah online. Maka terpaksalah walaun masuk bog ni komen mcm org x de moral, caci maki, kutuk, lepas tu dok sibuk dabik dada kononnya mereka pejuang islam. Perangai sama dgn perangai macai umno cuma yg beza, berfantasi sbg ahli syurga sbb ada no keahlian pas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harakah pun rakyat tak mahu beli??? Toksah kata rakyat, ahli parti sendiri pun sampai kena suruh beli masa muktamar baru-baru ini.

      Delete
  4. Yong, itulah bezanya antara orang yang rasional dan memahami konteks dengan orang yang gopoh (melulu) dan tidak memahami konteks berhujah.

    ReplyDelete
  5. Dakyah komunis ini halus. Mereka belajar dari Yahudi laknatullah. Jadi ini kira dakyah Yahudi di negara Islam. Umat melayu tidak sedar diri mereka telah jadi hamba komunis dan Yahudi secara tidak langsung. Dah la pemalas, melayu ni tidak suka berfikir dan memajukan diri.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.