Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 13 June 2017

GAGAL DALAM RAYUAN, PENJAWAT AWAM CUMA DAPAT RM500

KERAJAAN bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bantuan khas juga dinikmati hampir 775,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun ini.

“Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan dengan anggaran sebanyak RM1 bilion,"

Dalam pada itu, kerajaan berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Aidilfitri. Lapor SINAR HARIAN bertarikh 2 Jun 2017.

Dalam blognya Rafizi Ramli mendakwa kerajaan mengutip GST pada puratanya RM19 sehari dari setiap keluarga di negara ini dalam tahun 2016. Sementara itu jumlah kenaikan BR1M, hanyalah 14 sen sehari.

Walau bagaimanapun, pemimpin UMNO sangat bangga kerana “Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyelamatkan ekonomi Malaysia termasuk menampung peruntukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).”

Kenyataan ini disebut oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan ketika menyampaikan bantuan kepada 1,427 penerima BR1M dalam Parlimen Kangar pada 27 Februari tahun lepas.

"BR1M tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan perkembangan ekonomi semasa ketika harga minyak mentah dunia jatuh yang memberi kesan pada hasil negara tetapi alhamdulillah kita diselamatkan oleh GST," katanya. Lapor SINAR HARIAN.

Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) telah memohon agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Permohonan ini disampaikan oleh presidennya, Datuk Azih Muda, memandangkan kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu. Lapor BERNAMA.

Namum permohonan tersebut tidak dihiraukan oleh kerajaan yang diterajui UMNO/BARISAN NASIONAL.

Mustahil pemimpin CUEPACS itu tidak sedar bahawa kos sara hidup yang mencanak naik dan harga yang tidak menentu itu berpunca daripada GST?

Maka, setelah hasil kutipan GST itu ditolak bayaran untuk BR1M, tidak hairan jika sebanyak itu sahajalah yang tinggal sebagai nilai pengorbanan penjawat awam yang sekian lama menjadi penyokong setia UMNO/BARISAN NASIONAL.

PAKATAN HARAPAN telah berjanji akan melaksanakan dasar GST sifar. Ini tidak akan berlaku jika anggota Perkhidmatan Malaysia tidak berani berubah bagi mendapatkan manfaat daripada GST sifar tersebut.

Malaysia boleh bankrap jika diperintah oleh kleptokrat, tetapi tidak akan bankrap jika tidak melaksanakan GST.

Penjawat Awam Selangor dapat bonus banyak mana?

JENG! JENG! JENG!


Zaman Khir Toyo dulu ada dapat banyak ni tak?

Tanya jer. Takkan tanya pun tak boleh?

5 comments:

  1. Dapat juga anak Toyol hehehe

    ReplyDelete
  2. klu kerajaan tak beri,cuepacs juga setuju...krajaan prihatin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong

    Ater lepeh melilo nengok tabung, duit udah tak mandang abih belanje beli sakneke baghang yang mahey-mahey pulak tu. Idak temasuk lagi kesah makan angin meghate hale. Jenoh mikiyokan macam mane ke gayenye, mane nak diceghoko duit tu lagi?

    ReplyDelete
  4. Kerajaan negeri Kelantan bagi bonus 1 Tahun sebab kerajaan negeri dapat banyak hasil dari pembotakan hutan. Cayalah PAS! membalak bersama ulamak dan rakyat Kelantan dapat bonus yang banyak...err...Angan2 je!!! Bonus tak de tapi yang ada sampah sarap yang berlambak2 tak terurus dan tak dihiraukan sebab geng2 lebai geli nak usik sampah2 tu..takut batal air semayang.

    Nick.
    Cape Tiger.

    P.s- Kalau sampah sarap pun takde ongkos utk urus macamana nak bagi bonus, betui tak? Duit balak tu tak boleh usik sebab tu duit suci, sampah tu kan benda kotor. Maka benda kotor takleh lah campur dengan benda suci , kan?

    ReplyDelete
  5. Kalo sumbangan kerajaan ckit camne pun mesti nk heboh kt tv3, tv1....... Punye lah nk bodek rakyat Malaysia, kerajaan Selangor diam diam je bg bonus 2 bulan gaji...... X kecohpun kt tv3,tv1..
    ..takut malu nanti Najib n the gang

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.