Besor atau kecik melakak je taunyer |
Akhirnya budaya bodek dalam perkhidmatan awam akan diteruskan. Orang yang maleh keroje akan terus datang ke pejabat sehingga usianyer 60 tahun. Tak usah riso tentang lenguh2 badan dan penyakit. Kot komer sakit, orang lain akan tanggung keroje komer. Yang penting komer ampu bos. Kot tak ampu, komer kena buang keroje. Dinosaur besor dan kecik boleh terus dibela.
Graduan universiti - komer cari le keroje di luar sektor awam, sebab keroje makin sikit kat situ. Komer cuba minta gran kat gomen untuk bela lembu. Atau komer cuba jadi orang tengah untuk dapat komisen beli barang2 untuk gomen. Komisen ni baguih weh! Dapat duit ateh angin!
Pagi tadi Yong pergi pejabat pos besar nak beli sampul surat. Baik budi bahasa betoi pegawai kat kaunter tu. Lepas Yong beli dia ucap terima kasih dan minta Yong datang lagi. Yong masih teringat dulu. Pernah Yong berbaris nak beli setem. Lama Yong berbaris. Ada tiga orang lagi. Tetiba jendela kaunter ditutup sebab sudah tamat masa. Kami bertiga marah. Tapi pegawai tu buat tak tahu je. Itu zaman Post Malaysia belum wujud. Jadi penswastaan ni memang ada baiknya. Takde dinosaur besor dan kecik. Sumer kena keroje cekap dan mesra pelanggan.
OPPS! BREK! Penswastaan ni baguih jika skim kroni ditamatkan. Kalau tidak balik jadi dinosaur jugak. Macam fitlot, SYABAS, MAS, PLUS, PKNZ dan GLC tertentu etc.
OPPS! BREK! Penswastaan ni baguih jika skim kroni ditamatkan. Kalau tidak balik jadi dinosaur jugak. Macam fitlot, SYABAS, MAS, PLUS, PKNZ dan GLC tertentu etc.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.