Pages
Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.
MAAF
Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.
Wednesday, 28 December 2011
HASSAN ALI, KESALAHANMU BUKAN KEPADA TG NIK AZIZ SAHAJA!
Tuan guru Nik Aziz nak maafkan Hassan Ali, biarlah.
Mustapha Ali nak kunci mulut, biarlah.
Jawatankuasa Pusat enggan mengambil tindakan disiplin, biarlah.
Tuan Ibrahim sudah berjaya jadi moderator, biarlah.
Bagi ahli-ahli PAS yang sakit hati dengan perangai busuk ini, bolehkah ia dibiarkan?
Sedangkan Hassan Ali tidak pernah belajar dari kesilapan.
Sudah tidak jadi Pesuruhjaya PAS Selangor sepatutnya jadi pengajaran.
Perangainya tetap macam budak kecil yang tidak diberi permainan.
Hassan Ali mengaku dia pakar motivasi,
Dia ada sedikit ilmu psychology,
Tapi perangainya mirip sociopathy,
Apa maknanya? Hassan Ali faham sendiri.
Sampai bila PAS akan simpan peminat keris karat ni?
Nak tunggu hingga PRU 13 nanti?
Nak korek kesalahan Shaari dan IRC?
Untuk tutup bau gajah yang dah mati?
PAS takut pada hantu yang tidak ada.
Sedangkan musuh berada di tepi jendela yang terbuka.
Hassan Ali, kesalahanmu bukan pada TG Nik Aziz sahaja,
Kami yang nak selamatkan Malaysia tidak mudah lupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.