Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 1 January 2012

ZAHID HAMIDI PM MALAYSIA KE 8: LAWAN CARA POYO EXTRA? PT 2

Zahid Hamidi memang poyo. Mana ada pemimpin UMNO yang tak poyo? Bagi UMNO poyo tu gaya hidup - life style kata ahli sociology. Kalau mereka tak mendambakan poyo takkan le sampai sanggup guna duit grant kerajaan untuk pelihara lembu tapi beli kondo mewah? Dah tengok gambor datuk yang konon tipu NFC tersengih dengan tangan digari? Poyo yob!

Nak lawan si poyo kena lebih poyo dari poyo, atau ringkasnya poyo extra. Macam kita nak laju, kena guna minyak yang ada extra, RON97. Begitu juga nak sental kekotoran degil tentu kena guna sabun yang ada label extra. Samalah keadaannya kot nak lawan poyo UMNO kita kena guna peralatan poyo extra.

Kenapa tak guna cara cool? Cool lawan Poyo. Bolehkah? Boleh jika kawasan yang nak ditawan itu ada 50% Cool dan 50% Poyo. Tetapi kita sedang bercakap tentang Bagan Datuh. Di sana geng poyo jauh melebihi geng cool. Jika guna cara cool, macam cuba membersihkan Sungai Kelang dengan menggunakan jala je. Jadi kita kena lawan dengan kelebihan poyo = poyo extra. Mula2 kita tengok sejauhmana kepoyoan parti2 yang ada kerusi kat DUN Perak. Kita mula dengan media electronic poyo, iaitu laman web mereka.
Website UMNO
Website UMNO boleh diaccess di sini. Apa ada dalam website demer? Di laman utama ada gambor PM, TPM dan MB, juga pautan ke blog UMNO Bahagian. Sudah tentu muka MB demer tersengih nampak gigi putih. Poyo!!!
Website PAS
Website ada kat sini. Pada laman depan ada gambar dua Tuan Guru dan Pesuruhjaya Negeri. Ada juga sejarah parti, keahlian berita terkini dan aktiviti parti. Diselitkan juga banner tentang ceramah dan social plugin facebook. Ada juga pautan ke video2 yang mudah di access. Pautan kat bloggers pun ada. Hmmm. Poyo jugak.
Website PKR
Surprised! Ini aje info tentang PKR Perak, yang tidak diupdate. Tengok kat website yang diuruskan di sini. Mengapa Yong kata tak update? Sebab Yong tengok takde nama Haji Osman sebagai Ketua Cabang PKR Pasir Salak. Dengor citer PKR nak tanding kat DUN Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak, tapi ketua pun takde. Bior betoi! Yong paste keratan halaman 2 di bawah. Aperkehe yob?
Tengok yang dalam kotak warna merah

Website DAP 
DAP Perak memang meriah. Website kat sini. Ditulis dalam semua bahasa di Malaysia termasuk Bahasa Inggeris. Halaman utama ada slide aktiviti, berita, blog pemimpin dan menu shortcut yang comel. Wow! Poyonyer!

Buat le pernilaian miker mana satu yang poyo extra? PKR Perak!!!?? Aduhai! Camne nak kalahkan mamat poyo bernama Zahid Hamidi?

2 comments:

  1. pautan ke Bahagian UMNO Perak tu kosong aje yong..memang poyos

    ReplyDelete
  2. Hihihi 2 x 5 jer. Duit banyok buat aper erk?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.