Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 7 February 2012

110% PARLIMEN TAKKAN BUBAR MINGGU DEPAN

Banyok lagi keroje belum siap weh! Macammana nak bubar Parlimen? Antara keroje2 itu termasuk:

1. Nama2 Pengundi Hantu Belum Diselaraskan. 
Senarai tak lengkap lagi. Demer nak diletakkan untuk mengundi kat mana? Target sekarang ialah untuk kalahkan orang2 tertentu dalam PAS dan PKR. Orang2 ni pulak tak diketahui nak bertanding kat mana. Bagi orang DAP harapan agak terhad. Orang PAS yang mesti dikalahkan ialah mamat2 yang dianggap anti agenda kerajaang perpaduang. Sistem IT negara mesti cukup canggih sehingga nama pengundi hantu boleh dimasukkan dengan pantas apabila tempat calon2 PAS anti perpaduang bertanding telah dikenalpasti.

2. Dana Untuk Gerakkan Jentera Pilihanraya Belum Cukup
Projek2 untuk menarik pelabur2 asing supaya memasukkan wang ke dalam akaun2 tertentu belum menjadi kenyataan. Pelabur2 dari negara Arab masih berhati2 kerana tidak pasti BN akan menang dalam PRU13. Banyak cadangan projek berbillion ringgit tidak masuk akal dari segi pulangannya. Juga hasil "brain-storming" untuk mendapat dana belum nampak lagi. Beberapa pelabur hanya mahu melabur selepas PRU13! Duit Petronas tidak boleh digunakan. Tokeh2 judi pun tak boleh sponsor. Takut jika BN kalah, premis judi kena tutup. Tak balik modal.

3. Kaedah Melarikan Diri Belum Sempurna
BN perlu mencari jalan bagaimana mereka boleh melarikan diri jika kalah. Maksudnya bukan melarikan diri secara fisikal, tetapi memadamkan segala bukti2 menyelewengan! Kaedah ini mesti disiapkan sekarang. Bukti2 yang incriminating harus dapat dihapuskan dengan menekan satu suiz. Tak perlu guna shredder lagi. Bukti2 ini mungkin disimpan di bank2 tertentu. Inilah gunanya e-government. Tapi ia agak sukar kerana Governor Bank Negara takkan bersekongkol dengan penyamun duit rakyat! Jadi bagaimana? Demer sekarang sedang berusaha mencari jalan paling selamat, kerana tak sanggup hidup susah.

4. Kaedah Menguasai Polis dan Tentera Belum Mantap
SB2 kata banyak kerusi BN tidak selamat lagi. Jadi kaedah menakut2kan pengundi perlu digunakan. Tapi tempat2 yang pengundi perlu ditakut2kan itu belum diketahui kerana calon PR (khususnya geng anti kerajaang perpaduang) masih tidak diketahui di mana mereka akan bertanding.  Satu sistem kawalan harus ada di hujung jari supaya kekuatan polis dan tentera boleh digembeling serta merta ke tempat2 tertentu di mana orang2 BN akan membuat provokasi. Sekarang dah bermula pun (kepala babi kat masjid).

5. Perpecahan PAS Tak Menjadi
Walaupun Hassan Ali telah dipecat tetapi PAS tidak pecah. Sokongan individu2 dalam UMNO terhadap Hassan Ali menjadi kaunter-produktif kerana pemimpin2 yang dahulu nampak macam pro-kerajaang perpaduang mula menjauhkan diri. Banyak perbuatan Perkasa yang pro-UMNO memalukan. Sokongan terbuka Perkasa kepada Hassan Ali tidak memberi nilai positif kepada BN. 

6. Anwar Ibrahim Masih Bebas
Ramai orang UMNO kecewa kerana Anwar didapati tidak bersalah. Keputusan mahkamah ini adalah satu kejutan. Bagi orang biasa atas pagar, keputusan mahkamah ini menampakkan Liwat II sebagai satu konspirasi politik. Situasi ini tidak baik untuk BN. Oleh itu BN harus menyusun strategi lain bagi menangkis serangan PR dan memburukkan Anwar Ibrahim.

7. Isu Sampingan Seperti Kes Fidlot dan Tabiat Berbelanja Rosmah
Isu Fidlot belum nampak di mana hujungnya. Sahrizat enggan berhenti kerana dia fikir jika berhenti maknanya dia bersalah. Tetapi dengan berdegil tak mahu berhenti, dia dilihat seperti ingin "interfere" dalam proses siasatan. Maknanya, apa dibuat semua tak kena. Tabiat berbelanja Rosmah (isteri PM) sepatutnya tidak menjadi isu, kerana dia bukan ahli politik. Tetapi oleh kerana dia diberitakan suka bermewah2 sedangkan PM meminta rakyat ikat-perut, perbuatannya telah menjejaskan reputasi PM sendiri.

Kesimplannya, parlimen belum boleh dibubarkan lagi. Demer sengaja bocorkan kabar angin tarikh pembubaran supaya PR letih membuat persediaan. Demer harap bila parlimen benar2 bubar, mood PR sudah tepu.

Yong cadangkan PR ketatkan security sistem IT masing2 bagi mengelakkan data daripada dicuri. Percayalah! Demer tengah mengukuhkan sistem IT dan network demer! 

Sekian. My 1 cent thought.

4 comments:

  1. salam izin kan takpa rela untuk sey pos kan n3 ni kedalma blog sey,, izin kan yoo ... tq ,,

    ReplyDelete
  2. Pak Oncu,
    Takde masalah. Maklumat untk kongsi

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Yong,

    Article yang bagus. Saya pun nak copy paste jugaklah. Semoga ramai yang membacanya.

    Berinformasi itu penting.

    Keep on writing.

    I like the way you write.



    Saudia.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.