Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 7 March 2012

AWAS! GENG PUKAU DI SHAH ALAM (BERITA TAK MASUK UTUSAN)

KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM
Bukannya niat Yong nak menakut2kan warga Shah Alam atau memburukkan PKNS. Kisah benar ini berlaku lebih kurang dua bulan lepas kepada seorang rakan. Dia perap kisah ini kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.

Rakan ini mengeluarkan wang RM700 dari ATM di Komplek PKNS Shah Alam untuk membayar bil dan beli barangan runcit. Di hadapan ATM ada gerai menjual makanan kering seperti kismis dan sebagainya. Gerai ini hanya 3 meter sahaja dari bank tersebut. Rakan berhenti untuk membeli makanan. Alangkah terkejutnya kerana wang yang baru dikeluarkan telah ghaib dari kocek seluarnya. Si rakan ini tidak bawa bag tangan atau wallet. Bukan hanya wang RM700 ghaib, wangnya yang lain ada beberapa ringgit juga turut ghaib. Tempoh waktu dari masa mengeluarkan wang sehingga dia sedar wang telah ghaib hanya 2-3 minit sahaja. 

Pada hari itu juga rakan membuat laporan polis. Setelah menceritakan kesnya, pak sarjan membuat kesimpulan sebenarnya rakan Yong ni dah kena pukau. Pak sarjan tak percaya ini perbuatan penyeluk saku kerana poket rakan terletak di bahagian depan seluarnya. Polis nasihatkan orang perempuan kalau nak keluarkan duit dari ATM, jangan berseorangan. Rakan Yong minta polis tengok CCTV bank. Polis berjanji untuk meningkatkan kawalan. Entah buat entah tidak, tak tahu lah. Shah Alam ni kan aman!

Rakan Yong rasa tak puas hati. Bukan senang nak dapatkan RM700! Penat dia kerja. Rakan kemudian menemui seorang pakar penangkap penjenayah ghaib (bomoh ler itu). Bomoh ni orang Johor. Bomoh memberitahu, dia dah maklum dengan kes tersebut kerana ia juga berlaku di kompleks membeli belah di Johor. Geng ini didalangi warga Pakistan! Rupanya orang Pakistan pun pandai pukau! Bomoh ini memberitahu dia telah berjaya memberkas beberapa orang daripada geng pukau Pakistan ini, dan telah pun di "kerjakan." 

Bagaimana operasi pukau ini berlaku? Menurut bomoh ni, geng pukau akan "memagar" seluruh komplek membeli belah supaya apa yang mereka lakukan tidak disedari oleh sesiapapun yang berada di dalam premis tersebut. Lepas itu mereka masuk dan memilih mangsa. Biasanya perempuan. Masa yang digunakan amat pantas, kerana "pagar" tak tahan lama. Geng ini beredar dari satu kompleks ke satu kompleks. Tapi mungkin kembali ke kompleks yang sama.

Yong seram mendengar cerita ini. Adakah Malaysia sudah menjadi "HUB" penjenayah? Yong rasa amat "helpless"- cuma dapat nasihati rakan2 supaya berhati2 ketika mengeluarkan wang dari ATM.

Yong minta sesiapa yang ada doa2 boleh menghalang pukau, harap kongsi supaya kejadian yang sama tidak berulang atau terjadi kepada orang lain.

1 comment:

  1. Amalkan bacaan ayat Kursi setiap kali lepas sembahyang..insya Allah selamat...ayat Kursi ni banyak kelebihannya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.