Satu hari tengah makan di kedai dengan adik Yong pakar makanan, ada orang jual sos buatan sendiri. Pekedai beli beberapa botol. Adik Yong belek2 sos dan bercerita pasal sos. Yong cuba transcribe ceritanya yang dicampur dengan sedikit penyelidikan, begini:
Sos memerlukan bahan pengawet atau preservative. Kebanyakan syarikat besar menggunaka sodium benzoate dan benzoic acid sebagai bahan pengawet. Kedua bahan ini selamat digunakan jika dimasukkan ke dalam campuran sos mengikut piawaian SOPnya.
Bagaimana piawaian itu?
Kalau komer tanya syarikat, tentu demer kata itu rahsia. Biarlah demer nak kata apapun. Bagi syarikat yang besar, mereka sudah ada mesen yang sesuai untuk membotolkan sos yang mereka buat. Takde excuse le. Masalahnya ialah syarikat kecil, misalnya industri belakang rumah. Di sini ada beberapa isu:
- Botol yang digunakan mesti di sterilize untuk membunuh kuman. Adakah syarikat memiliki alat untuk sterilize botol?
- Bahan pengawet makanan dimasukkan ketika adunan sos yang dimasak sudah mula melekit, bukan gaul sekali dengan adunan lain.
- Botol hendaklah ditutup rapat ketika suhu 70o C. Maknanya makanan tengah panas. Adakah syarikat memiliki mesen yang boleh membuat operasi itu?
Bahan pengawet semulajadi (natural preservative) adalah gula, garam dan cuka. Jika sos menyatakan “no preservative” kemungkinan besar syarikat menggunakan gula, garam dan cuka sebagai pengawet. Biasanya gula, garam dan cuka dimasukkan dalam ingredien sebagai perasa sos. Jadi gula, garam dan cuka memainkan dua peranan: Sebagai penyedap dan pengawet.
Janganlah anda percaya dengan bahan makanan yang tertulis “no preservative.”
Jangka hayat makanan dalam botol yang tidak ada preservative hanya 6 bulan selepas meninggalkan kilang.
Bagaimana nak tau sos dalam botol telah tercemar?
Perhatikan botol sos baik2 sebelum dimasukkan dalam troli. Jika ada ring (gegelang) sos pada leher botol (gambar) menunjukkan ada udara terperangkap di dalam ketika ia ditutup. Ini mungkin kerana suhu tidak tepat ketika operasi menutup botol. Jika ada udara, bacteria pun ada jugak. Cari yang tidak ada ring.
GAMBAR NI CONTOH JE |
Sama2 lah kita berhati2 ketika membeli-belah untuk mengelak dari keracunan makanan.
Jika ada pakar di alam cyber ni nak kongsi maklumat tambahan tentang makanan, sumbangan komer amat dialu2kan. Yong environmentalist, bukan pakar makanan.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.