Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 11 March 2012

SISA LYNAS BUANG KAT BATU CAVES, NAK TAHU SAPA PULAK YANG BODOH?

Yong balik kampung. Biasale, kat kampung blackberry pun jadi buah berry yang tak boleh dimakan, Hehehe.

Balik ke alam moden, Yong jumpa cerita dari Malaysiakini yang heboh, yang sebahagiannya begini: 

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam. 

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.
GUA GAJAH., PAHANG. DALAMNYA ADA KELAWAR JER. TAKDE ORANG

Yong dah masuk banyak gua. Cuma Batu Caves jer Yong tak pergi, sebab ada kuil. Gua mana pulak nak digunakan untuk tempat “dumping” sisa Lynas nih? Gua yang cangkat tentu tak cukup secure. Gua yang dalam ada air yang mengalir ke sungai, misalnya gua Tempurung, gua Niah etc. Gua ni sebahagiannya di luar tanah, dan sebahagiannya di dalam tanah. Dinding gua adalah batu yang lembut dan mudah rosak. Sebab tu orang boleh conteng macam2. Kalau gua tu terletak dekat Sungai Lembing, simpan sisa Lynas di situ sama le macam buang sisa ke dalam Sungai Lembing je.

GUA TELINGA, PAHANG. ADA KELAWAR DAN ULAR. TAKJE ORANG JUGAK
Negara mana pulak pernah buang sisa rare earth ke dalam gua? Cer kabor!

Sapa sebenarnya yang bodoh? Wartawan yang menulis tentang Lynas, Adnan yang mengamuk, atau Raja Aziz yang nak buang sisa Lynas ke dalam gua?

No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.