Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 9 May 2012

MOH KITA RAMAI-RAMAI MAKAN FREE DENGAN PM DI LONDON!

Sarawak Report keluar cerita PM nak jumpa rakyat Malaysia di London. Tambang free, makan pun free. Sapa tanggung? Tentule pembayar cukai Malaysia. Takkan FLOM nak tanggung, walaupun dia ada banyak duit kerana menabung sejak bayi. Isy! isy! isy! Kot pasei buang duit nombor wahid PM kita ni. Kalah PM dulu...

PM dulu guna banyak duit rakyat juga. Tapi Yong nampak bendanya...Twin Tower, KLIA, Menara Kuala Lumpur, Sepang, Jambatan Bengkok (Pak Lah runtuhkan), Putrajaya dan entah apa lagi, komer fikior sendiri le. Dalam banyak-banyak bangunan, cuma Menara Kuala Lumpur ada hasil. Yang lain segelintir rakyat je yang syok. Kenapa jadi gitu? Sebab projeknya cuma nak jadikan the First in the World! Untuk bangga diri je, bukan untuk rakyat.

Tapi kali ini lebih hebat. PM kata rakyat didahulukan. Jadi rakyat luor negara tak dilupakan. Demer pun diraikan jugak. Ha Ha Ha. Baca kisahnya kat link Sarawak Report dalam blog ini atau di sini. Kat bawah ni poster jemputan untuk miker sumer.

Berapa juta Euro pulak rakyat kena tanggung kos tempahan, persiapan, hiburan dan beli barangan program glamour nih? Tolong bagi tahu. Cer komer bawa RM50 dan cuba beli ikan, sayor, telur, susu, bawang dan cili tak termasuk gula, daging ayam, beras dan sabun! Takde sabun, mana boleh kuor rumah, busuk komer! Cukup tak duit komer? 

5 comments:

  1. Salam,
    Nak gi, nak gi! Bape tambang bas ke London Yong?!

    ReplyDelete
  2. Salam Yong Moh Kembara, Kot naik bas loncat-loncat, baik bertolak sekarang. Kahkahkah!

    ReplyDelete
  3. ai mak yong....bile tahun nk sampai lau udah loncat2....huuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Momma lulu,
      Sori Yong delete komen sebab dah silap taip. Nampaknya miker kena tunggu PM baru pergi London pulok le. Hehehe.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.