Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 7 June 2012

DATUK PROFESOR DR RAMLAH ADAM KENA TENDANG DARI UITM


Tak kira enko dah berpuluh tahun jadi ahli umno atau penasihat PERKASA. Kalau enko bukan kaki ampu, atau bukan kaki angguk, maka enko kena tendang.

Datuk Profesor Dr Ramlah Adam adalah salah satu daripada mereka yang tak suka bermuka-muka. Beliau memang pemegang keris bogel yang setia dan salah seorang penasihat PERKASA yang suka berterus terang. Kalau dia rasa tak betul, dia akan kata tak betul, walaupun yang memberi pandangan itu ahli umno, walaupun Ketua Menteri sekalipun. Beliau juga seorang ahli sejarah yang berwibawa. 

Jangan kata Yong nak mengampu Datuk Profesor Dr Ramlah ye. Yong bersikap adil. Memang ada kalanya kita tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Profesor Dr Ramlah Adam. Ideologi politiknya sudah tentu bercanggah dengan Yong. Tapi dalam kes Lynas, Kampung Baru dan alam sekitar, kami sependapat.  

Dalam kes kontrak tidak diperbaharui, adalah amat-amat aneh.

Datuk Profesor Dr Ramlah telah diingatkan supaya memohon untuk menyambung kontrak. Beliau melakukannya 6 bulan sebelum kontrak tamat. Tetapi akhirnya surat dukacita juga yang diterima. Hari ini kabarnya ada jamuan di fakulti khas untuk ucap terima kasih dan selamat jalan kepada Datuk Profesor Dr Ramlah. Apa sudah jadi? Orang yang hendak diraikan tidak hadir. 

Yong simpati pada Datuk Profesor, tapi, nak gelak pun ada bila dengar cerita kawan mengenai jamuan yang tak jadi ni. 

DATUK, SELAMAT MENCARI LANDASAN PERJUANGAN YANG DIREDHAI ALLAH.  

6 comments:

  1. Rasa2nya seorang lagi intelek Melayu akan serah borang ahli kepada TGNA ni. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Salam yong...
    terima kasih kerana terlebih dahulu mengikuti blog Teman... sebagai tanda persahabatan teman link kan blog Yong kedalam blog Teman... semoga ia memberi manafaat kepada semua... Salam Perjuangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mat Indera
      Terima kasih. Semoga sentiasa di rahmati Allah! Amin.

      Delete
  3. takziah n padan muko lu ,,,,, masuk PAS lah Prof,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Oncu,
      Yong doa gitu le. Tapi dia ni kereh besi kerisnyer. Tapi Yong tahu dia baik hati. Takde dengki mendengki macam sesetengah PhD (Profesor hasad dengki).

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.