Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 15 June 2012

INI BARU HARAMJADAH

Berita rembat hari demi hari semakin menggila, 
Budak-budak jadi jutawan macam mee segera,
Ada seorang di KL kononnya anak raja,
Ada juga yang bapanya di luar negara pernah dituduh meraba-raba.

Semuanya hanya fixed deposit untuk sang bapa,
Anak entah pandai entah tidak berurusniaga,
Inilah terjadi bila tender projek dibuka cara rahsia,
Bagi rakyat yang mahu tahu duduk perkara - Haramjadah! makinya.

NFC dulu pun siasat punya siasat tak jadi apa,
PAC, SPRM senyap makan gaji buta,
Yang jatuh bangunan SPRM bunuh diri katanya
Siapa dalang rakyat asyik tertanya-tanya.


K-pop didahulukan untuk belia bersukaria
Biar lupa politik dan tanggungjawab bersama.
Rakyat marhein pula siang malam berdukacita,
Harga barang terus naik, turunnya tiada.

Berpuluh juta ditabur demi dua ekor panda,
Berpuluh juta lagi dibayar pada APCO untuk nasihat dan propaganda,
Harga diri rakyat Islam Malaysia hanyut ikut selat Melaka,
Di bawa kapal Zionis laknatullah yang kononnya singgah sahaja.

Senangnya budak-budak dapat projek berjuta-juta,
Semuanya kerana emak bapak punya angkara,
Negara dikelilingi hutang dan rakyat marhein papa kedana,
Inikah yang menjadi kebanggaan 1Malaysia?

Pemimipin cari menantu mesti dari luar negara,
Tak kisah walaupun penipu atau geng mafia sedunia
Gelang besar, beg besar, kenduri besar rakyat boleh tengok sahaja,
Peduli apa media perdana aku punya.

Bagaimana kalau kalah dalam pilihanraya?
Sudah tersediakah tempat untuk santai sekeluarga?
Adakah akan berpergian ke Zimbabwe atau Somalia?
Kerana inikah hukum hudud ditentang walau ia tuntutan agama?

Ayuh! ramai-ramai kita tolak pengkhianat bangsa,
Yang gadai tanah rizab Melayu dan harta pusaka,
Jangan bagi mereka terus memperbodohkan rakyat marhein Bumiputera
Kita ingin hidup aman dengan bangsa lain di tanah ibunda.

Ayuh! kita tolak pemimpin yang hanya tahu bergaya,
Bida lab-u lab-u lab-u 15 - kantoi, lalu tidak mengaku tahu mengenainya,
UMNO, MCA, MIC dan yang sejenama dengan mereka,
Kita berpaling dan lupakan mereka selamanya!

Ayuh! kita tolak pemimpin rakus dan lanun negara,
Yang menconteng arang ke muka rakyat Malaysia
Jangan biar mereka terus mentadbir-urus dan niaga secara maharajalela,
Kita mahu negara bebas rasuah dan pemimpin yang beretika.

MALUNYA KITA DI PERSADA ANTARABANGSA
SUMBER ARKIB MILOSUAM
Nota:

Index Rasuah Zimbabwe = 165/182
Index Rasuah Somalia =182/182








3 comments:

  1. Salam Yong,

    The web is getting more complicated,
    The crooks are still not implicated,
    But we must bide for time,
    Sooner or later they will be dealt with of their crimes!!!

    Ehhh panda teman berpantun dlm Omputih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yong Moh Kembara,

      Wah, hebat miker! Bior Yong sambung...

      But we cannot allow crimes to prevail
      It is time we teach them hard lessons and put them to jail

      Delete
    2. hahahahahahahah mkn masak boleh lahhhhhhhhhh ahahhahah

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.