Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 25 July 2012

KERETA RAKYAT: JANGAN SAMPAI PARKING KERETA DEPAN RUMAH JIRAN!

AGAK-AGAK HARGA KERETA NI TURUN TAK JIKA PR MEMERINTAH?
Yong memang sangat suka SUV. Yong ada sebiji 4WD. Yong beli sebagai hadiah untuk diri sendiri setelah tamat buat MSc di Aston University. Tetapi ia sudah sakit sendi-sendi. Bladder dan pancreas pun lemah. Lepas dapat PhD Yong beli kereta baru (gambor di bawah). Kereta ni amat berjasa pada Yong. Ketika Yong kena himpit rempit KL (Rapid KL) dulu, badan kerasnya dapat bertahan dan luka-luka sikit je. Takde sampai tercabut pintunya! Itupun ia udah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Yong langsung tak boleh sebut nak tukar kereta. Dia akan merajuk! Macam dalam gambar ni, tetiba mati tengah jalan. Malunya!

Yong mampu beli kereta ni sebab Yong tak joli sakan atau beli barang mahal atau perhiasan emas dan intan permata. Kena menabung yob, yong baru dapat sebijik. Ibu pun selesa naik kereta ni. Tak payah memanjat macam 4WD dulu. Wakaka!

POLIS BAIK NI TOLONG TOLAK KERETA YONG

Yong menyambut baik usaha PKR nak turunkan harga kereta supaya jadi mampu milik rakyat Malaysia. Tetapi harus diingat, semakin banyak kereta, semakin banyak jalan diperlukan untuk kereta-kereta tersebut. Semakin banyak tanah diperlukan, semakin banyak hutan ditebang dan alam sekitar dimusnahkan. Jika tidak buat jalan tambahan, jalanraya akan jadi sesak. Selain itu ada juga orang memiliki banyak kereta tetapi takde parking lot dan menjadikan lorong-lorong taman sesak dan jadi one-way! Maknanya, tiada ruang untuk berselisih.

Penurunan harga kereta mesti disertai dengan polisi lain yang mesra rakyat. Misalnya ada sebuah negara membuat polisi - sesiapa yang ingin membeli kereta mesti menunjukkan bukti dia ada tempat untuk parking keretanya. Jadi, orang kampung yang mampu beli kereta gerenti takde masalah. Kat bandar, pula, setiap developer yang nak buat rumah perlu menyediakan bangunan khas untuk pemilik memparking keretanya. Tak kira rumah teres, flat etc. Jangan fikir nak parking kerete depan rumah jiran ye. Kalau jiran tak reda, kat akhirat jiran akan tuntut. 

Kerajaan kena baiki sistem pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan jalan-raya. Secara peribadi, Yong suka naik pengangkutan awam jika ia cekap. Oleh itu insentif harus diberi kepada rakyat supaya mereka yang tiada kereta pun dapat nikmat dari polisi yang mesra rakyat.

Bagi setiap polisi, walau baik macam manapun, pasti ada externalities dan kos melepasnya. PR kena berhati-hati akan kesan sampingan setiap dasar yang tujuannya baik. 

Yong no problem jika komer jika ingin buah fikiran Yong. Ini kerana Yong ada kepakaran asas dalam bidang policy decision making. Yong bukan APCO, jadi takde charge duit!

Berita berkenaan di sini

5 comments:

  1. DeeDee Yong....

    Hehehe... gua pakai moto kapchai jer... selamat ... senang nak parking... cepat dan ringkat... boleh chilok-chilok... hahahaha...

    Kereta bini bawak pi kerja (dah lama abis bayor)... kereta satu lagi MPV.. hanya untuk balik kampung jer...

    Tapi gua cukup suka naik moto.. terasa diri nih muda belia lagie.. walaupun rumah kata pergi, kubur kata mari... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yob C++
      Cer tengok MPV tu kot ader sesapa menumpang masa balik lalu Bidor dulu. Hahaha.

      Delete
  2. Bernas sekali pandangan & pendapat Kak Yong tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazaruddin
      Alhamdulillah. Allah yang bagi kita otak untuk berfikir.

      Delete
  3. Salaam Kak Yong,

    Saya ni x brapa nk kaya mcm Kak Yong. Cuma mampu beli moto kapcai je. Tu je la transport sya ulang alik keje dri Klang ke KL. Tua sgt gamaknya lepas 7 tahun. Semput. Jln pun slow ngalahkan keter lembu! Sesekali kt highway NKVE lalu berdesup Yamaha R1. Sesekali berdesup pulak Ninja 1000R. Berkali-kali pulak berdesup Yamaha LC 135. Yg aku ni bwk moto bedesup macam semut je. Adehhh.. meleleh air mata. Badan tua ni pun cam nk patah riuk. Letih naik moto 3-4 jam sehari ulang alik Klang KL.

    Jd tringin pulak nk dengar krajaan mesia yg baekk hati ni terniat nk turunkan jugak rege moto. Sbb ada baiknya klu moto kapcai ni dikurangkan dri muka bumi mesia ni. Gamaknya kurang kot aktiviti rempit. Sbb biasa yg merempit cam plesit sewel ni mat kapcai je. Btoii dak Kak Yong?

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.