Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 7 August 2012

PENAUNG/PENGERUSI SUKAN NI APA "JOB DESCRIPTION" (TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB)NYA?

YONG MINAT SUKAN INI
Kerana sukan duit habis lesap. Rakyat masuk angin keluar asap!

Walaupun Yong bukan peminat badminton, Yong tetap kata Chong Wei menang. Kalau kita kata dia kalah, takat ini saper dah kalahkan dia kat Malaysia? Takde saper kan? Jadi Yong ucap tahniah pada Chong Wei. Ucapan ni sengaja Yong lambatkan sebagai protest peribadi kerana gomen buang banyak duit untuk sukan yang entah apa-apa faedahnya pada rakyat Malaysia yang berjuang setengah mati demi sesuap nasi!

Siapa yang kalah? Yang kalah ialah Rosmah. Dia dikalahkan oleh nafsunya yang mendambakan glamour sebagai penaung!

New Zealand, negara yang penduduknya cuma 4.4 juta dan sering dilanda gempa bumi pun prestasi sukannya lebih baik dari Malaysia! Jadi masalahnya di mana? 

Orang kenamaan berebut-rebut hendak menjadi pengerusi dan penaung persatuan sukan. Apa tujuan mereka selain personal interest? Tapi selepas itu apa yang mereka lakukan demi kemajuan sukan itu? Bukankah penaung/pengerusi persatuan sukan itu seharusnya seorang yang boleh memberi sumbangan spiritual dan material kepada sukan? Bukan menghabiskan tabung persatuan sukan!

Yong cadangkan penaung dan pengerusi persatuan sukan ini ditawarkan hanya kepada Pengerusi/CEO syarikat sahaja. Tak kira GLC atau persendirian. Syaratnya, syarikat itu hendaklah tiada kaitan dengan sukan yang bos itu jadi pengerusi. Misalnya, syarikat menjual bola tidak boleh menjdi pengerusi persatuan bola sepak. Takut jadi personal interest. 

Anggaplah tanggungjawab ini sebagai Corporate Social Responsibility pihak syarikat. Kerajaan boleh memberi insentif kepada syarikat kerana penglibatan dalam CSR ini dari segi promosi di TV dan media cetak. Majlis Sukan Negara boleh memantau siapa individu yang mencalonkan diri untuk jadi penaung/pengerusi persatuan sukan ini.

Ahli politik dan isteri-isteri mereka hendaklah dilarang dari menjadi penaung/pengerusi persatuan sukan! Mereka masih boleh menjadi pengerusi persatuan kebudayaan/sosial/kebajikan yang lain.

Kitapun tak mahu syarikat porno, judi, arak dan rokok jadi penaung atau pengerusi! This is common sense!

Dengan cara itu sukan akan bersih dari elemen-elemen kepentingan peribadi.

Idea supaya orang kenamaan jangan berebut untuk menjadi penaung/pengerusi sukan ini pernah timbul beberapa kali dahulu. Yong cuma melebarkan perspektifnya sahaja.

Aper komen miker?

Nota: Takat derma duit/peralatan/hadiah kat persatuan/individu sukan bukan CSR weh!

8 comments:

  1. Saya sokong cadangan Yong dan ingin menambah satu cadangan lagi...Raja atau anak Raja takyah le jadi orang besar mana-mana pertubuhan sukan....melainkan mereka benar-benar mempunyai kemahiran serta kepakaran. Tapi Rajalingam boleh....
    Rosmah lagi tak boleh...sebab itu hari dia peluk Chong Wei betul-betul kena kat ketiak....Lepas tu Chong Wei tak menang-menang lagi kejohanan Antarabangsa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Kalau budaya ini diteruskan, sampai bilapun kita tidak akan berjaya dalam arena sukan.

      Delete
  2. Salam yong.Setuju sgt dgn cadangan Yong tu.Sy pikir eloklah jawatan tertinggi dlm persatuan sukan diserahkan pada yg arif misalnya bekas atlit ker,jd dia tau selok belok dlm sukan.Ini tidak,ibarat kita suruh jurutera pergi merawat org sakit kat hospital.Mmglah pro tp bukan pakar dlm bidangnya.Sy pernah dgr salah satu alasan yg membuatkan politician campurtgn dlm persatuan sukan adlah kerana soal nk cari dana.Kalau gitu,jdkan pengerusi bersama,bukan solely org politik menguasai kelab sukan.Sy rasa,kalau kita bagus,byk syarikat sudi jd penaja.Yg penting,tingkatkan prestasi atlit2 kita dan fikirkan cara nk membangunkan program jangka panjang utk atlit.Bkn duk bergaduh tiap2 tahun rebut jawatan.Yg tersepit jd mangsa,atlit.Kesian diorg.Eh,pjg plak komennya,bleh up satu entry.hehehe.itu pandangan rakyat marhaen mcm sy ajerlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rafhani

      Negara China memiliki sistem yang tersusun untuk melahirkan atlit yang hebat. Mereka mula di peringkat tadika lagi. Gimnasium mereka banyak. Takde dengor cerita stadium runtuhpun.

      Di negara kita, bersenam pun endak tak endak, mesti ada menteri dan siaran TV. Nak jogging pagi-pagi takut dikejar perompak. Stadium kitapun sibuk dengan persembahan artis dari luar negara.

      Pemimpin kita sering ulang alik ke China buat apa?

      Delete
  3. A'kum Yong

    Memang betul. Saya banyak terlibat dengan NGO sukan dan rekreasi. Memang ramai manusia yang mahukan nama tapi apa pun tak buat untuk persatuan. Ada kalanya dia sendiri buta dengan aktiviti persatuan yang dinaungi. Camana nak maju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller,

      Yong masih ingat lagi, dulu bola sepak, hoki, silat, te kwan do, wusyu, sepak takra kita hebat. Yong pun suka tengok. Sekarang tinggal badminton dan squash. Yang lain sampai peringkat asian jer. Itupun terlungkup.

      Sekarang Yong dah tak tengok sukan kat TV lagi, sebab menyampah dengan prestasi atlit kita.

      Delete
  4. Kalau penyamun dipilih mengurus bank alamat lingkupmusnahlah bank tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Antahberantah,
      Kah kah kah...bior Yong gelak dulu. Bacam biasa dengor jer statement miker nih!

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.